Pertama sekali, thanks admin siarkan luahan ni.
Secondly, sorry aku tak reti mengarang cerita macam luahan orang lain. Aku jenis straight to the point tak reti corner baring.
So kisah ni bermula 10 tahun lepas (kot) masatu aku belajar nun jauh di *****. Cut story short aku kenal dengan seorang lelaki ni, aku nama kan A.
Beza umur kami agak jauh tapi aku jenis flexible jadi mudah untuk kami berkomunikasi dan berkongsi cerita.
Dalam diam timbul perasaan suka terhadap dia tapi aku pendam je perasaan tu sebab dia dah berkahwin time tu dan aku pun ada boyfriend.
Hubungan kami nak kata terlalu rapat tidak pun. Time aku study, dia sudah pun berkerjaya jadi kami tak lah selalu contact atau berjumpa. Tiada istilah dating atau apa pun sebab hubungan kami umpama kenalan biasa.
Sampai aku habis study dan start kerja kami cuma contact sekali dua dalam setahun. Jumpa? Ada lah sekali kot. Jadi dalam diam aku pun telah pun move on dan terima takdir antara kami.
Selepas 3 tahun tamat belajar, aku telah berpindah kerja dari ibu negara ke negeri asal aku.
Tiada apa berlaku sehingga lah tiga bulan sebelum aku berkahwin dan sebulan sebelum bakal suami aku datang Malaysia untuk nikah, si A tadi tiba2 message aku bertanya khabar.
Time tu dia bagitahu dia ada kerja di negeri aku jadi dia ajak berjumpa. Aku pun setuju sebab dah lebih 4 tahun tak jumpa apa salahnya kan.
Hari yang dijanjikan tiba. A nampak pelik sedikit tapi aku ingatkan sebab dah lama tak jumpa dan tambah covid lagi mungkin manusia berubah.
Jadi aku buat macam biasa. Kami keluar dinner, habis dinner A tahan aku daripada balik. Dia kata ada benda nak cakap.
Aku pun suruh dia cakap cepat sebab aku taktahan nak terkucil waktu tu. Dia diam, kemudian dia mula meluahkan perasaan.
Dia kata dia sebenarnya dah lama memendam perasaan terhadap aku, sejak pertama kali kami jumpa.
Tapi dia pendam segala sebab aku masih muda ketika itu dan dia tahu selama aku belajar aku dah ada boyfriend walaupun aku tak pernah bilang dekat dia. Dia berani meluah sekarang sebab dia rasa dia dah bersedia.
Reaksi aku? aku tergelak dalam hati. Mamat ni dah buang tebiat ke. Tapi aku tak direct teruslah. Aku cakap bagi aku masa untuk digest semua ni.
Keesokan hari, kami berjumpa lagi dan aku berterus terang tentang perasaan aku. Apa yang aku pendam selama bertahun tahun dan aku dah pun move on. Aku pun bagitahu A yang sebenarnya aku bakal berkahwin 3 bulan lagi.
Bakal suami aku akan tiba bulan depan dan ini adalah pertemuan terakhir aku dan dia.
Dia terdiam dan mula menyalahkn diri sendiri sebab tak meluahkan perasaan dia daripada awal. Aku bagitahu A masa tak boleh diundur jadi move on je lah.
Selama sebulan selepas itu, A mula buat kerja gila. Dibuatnya ibu negara dengan negeri aku tu macam KL dan Selangor dekatnya. Tiba tiba muncul depan office aku untuk lunch together.
Lepas lunch dia patah balik ke kl semula. Lelaki, bila dah terdesak memang begitu ya?
Kemuncak cerita hubungan kami terhidu oleh isteri A. A beritahu segala nya pada si isteri dengan segala bukti.
Aku marah pada A sebab kami tiada hubungan serius kenapa pergi berterus terang umpama kami in relationship.
Bengang betul aku sebab sudah acap kali aku beritahu pada A perasaan aku dekat dia dah lama terkubur. A janji pada aku untuk terus sayangkan aku walau aku dah berkahwin nanti.
Gila. Aku katakan pada A.
Dinihari, aku dah pun berkahwin dekat 2 tahun. Suami ku tak tahu kewujudan A. Aku masih menerima mesej dari A mengatakan dia tetap berdoa agar suatu hari nanti kami berjodoh dan dia sayangkan aku seikhlas hati.
Dia juga mengatakan dia tetap akan menerima aku walau aku dah beranak pinak nanti.
Ayat manis lelaki, gajah pun boleh terbang.
Aku ignore dan hidup macam biasa. Aku kasihan kan family A tapi apa aku patut buat? entahlah.
Kehadapan isteri A, aku harap kau tabah dapat laki macamni.
A ada bagitahu aku apa yang dia tak happy in his marriage, and I wish I could tell you tapi siapalah aku. Aku hanya orang luar. Aku harap kau tahu dan selamatkan A sebelum dia hanyut. Aku doakan korang bahagia.
To A. Thanks sebab sayang aku. tapi aku tak boleh balas perasaan kau tu. Berhentilah berharap dan berdoa benda yang salah.
10 tahun lepas maybe aku rasa happy bila tahu perasaan kau, but now Aku dah move on. Aku harap kau faham and fokus pada family kau je. Kesian anak2 kau.
Aku penat nak ulang2 benda sama and kau ingat ohhh baiknya hati perempuan ni, tulusnya bla bla bla.
No! aku nasihat kau tu bukan sebab aku baik hati but as a friend as a woman aku tak suka apa kau buat dekat family kau sekarang. Aku harap sangat kau faham.
Thanks sudi dengar luahan tak best ni.
Bye..
– Yang Tak Boleh Harap (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit