Berhenti Berharap 2.0

Thanks admin if this post is published. Aku tertarik dengan dua confession berkenaan kedua dua confessor menyimpan perasaan dekat seseorang untuk tempoh yang agak lama iaitu 2 tahun dan 4 tahun.

Boleh baca confession berkenaan di sini,

(https://iiumc.com/aku-berhenti-berharap/)

(https://iiumc.com/akhirnya-confess-dekat-crush-4-tahun/)

Kisah mereka sedikit sebanyak mengingatkan tentang kisah aku, cuma bezanya aku menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki ni yang aku gelarkan A sajalah, selama 10 tahun. Sejak sekolah lagi aku mula sukakan A, bermula dengan gaduh lama2 timbul perasaan sayang.

Aku ingat lagi betapa annoyingnya bila A kerap berkelahi dengan aku di dalam kelas dahulu, tapi sejak aku mula nampak sisi matang dia, aku mula jatuh hati. Kami mula tak bergaduh seperti selalu bila kawan2 kami tiba2 menyakat kami seakan akan A ni selalu cari pasal dengan aku sebab dia sebenarnya sukakan aku.

Mulanya aku tak pedulikan dan buat biasa sahaja, tapi selepas A mula awkward dengan aku, aku pun jadi kekok nak bertegur dengan dia. Lama kelamaan kami dah tak lagi bergaduh dan jadi semakin segan nak berjumpa dek kerana kawan2 kami menyakat.

Walaupun nakal, A ni jugak merupakan seorang yang agak pandai dan sentiasa berusaha nak improve diri dia untuk jadi lebih baik in the future. Dari situlah aku mula nampak sikap matang A. Selama kami selalu berkelahi, aku cuma nampak sisi buruk dia. Tapi sejak aku nampak sisi matang dia, aku mula rasa perasaan aku dekat dia dah berubah, mungkin lebih dari seorang kawan.

Lama kelamaan, aku dan A dah makin jauh sebab terlalu segan nak jadi macam dulu, ditambah lagi kami sudah tak satu kelas untuk tahun sterusnya, lagi lah tak ada sebab untuk kami tiba2 rapat. Aku pula cuma simpan perasaan ni dan hanya curi2 pandang A setiap kali nampak dia di luar kawasan kelas. Bagi aku, dapat tengok dari jauh pun dah boleh buat aku happy seharian.

Kawan2 aku ada lah juga ingat kami ni ada apa2 sebab dah tak berkelahi macam dulu dan seakan akan segan nak bertegur. Aku cuma nafikan, tapi aku cakap aku segan nak bertegur sebab aku dah mula sukakan A.

Unexpectedly, perkara tu tersebar dekat kawan2 lelaki lain dan juga A. Aku jadi malu sangat dan makin bertambah awkwardlah kami. Tapi alang2 sudah kantoi aku biarkan sajalah, dalam hati teringin juga tahu respond A macamana. Hampa betul sampai habis spm aku taktahu perasaan dia dekat aku macamana.

Sebelum habis alam sekolah aku mula rasa dah takde harapan nak bertegur atau contact dengan A, ibarat kenangan perkenalan aku dan A tu berlalu begitu sahajalah sebab sampai kesudah kami dah segan nak bertegur.

Tambah2 pula si A ni tak aktif di social media yang waktu tu facebook sahaja famous, lagi lah hilang harapan aku untuk terus keep in touch. Lepas mengenangkan itu, aku rasa takpelah mungkin aku kena cuba move on walaupun perasaan aku dekat dia masih sama, masih terlalu sayang.

Rupa-rupanya sangkaan aku meleset sebab beberapa lama lepas habis alam persekolahan, dia mula text aku. Aku tak peduli dari mana dia dapatkan nombor aku, yang penting waktu tu aku adalah perempuan yang paling bahagia di dunia. Textnya nampak biasa sahaja sekadar tanya khabar tapi aku punya gembira macam dia ajak aku kahwin pula. Sejak tu aku mula berharap setinggi gunung.

Kami berkawan seperti biasa untuk jangka masa yang agak lama tapi kadang2 tu ada juga lah aku bagi hint yang aku masih sayangkan dia walaupun zaman sekolah dah lama berlalu. Cuma yang buat aku rasa pelik adalah bila aku nampak dia seolah2 mengelak dari bercakap soal perasaan dan selama bertahun tu dia tak pernah bagitahu perasaan dia terhadap aku.

Dan aku pula, disebabkan aku dah berharap terlalu lama, aku pun takut untuk tahu jikalau dia tak ada apa2 perasaan dekat aku pun. Disebabkan itulah, aku biarkan saja kami dalam context berkawan. Dalam hati aku, selagi mana mampu aku akan terus berkawan dan tunggu dia sehinggalah kami habis belajar.

Tapi lama kelamaan, kami semakin renggang dan aku makin rasa takut. Takut yang aku ni berharap terlalu tinggi untuk perkara yang tak pasti. Akhirnya aku approach dia dan bagitahu isi hati aku selama bertahun itu dan aku juga minta dia jujur tentang perasaan dia terhadap aku.

Aku ingat lagi macamana susah aku nak hadap first heartbroken aku lepas kejadian tu, tak terkata sampaikan tinggal parut yang sangat dalam. Semuanya salah aku juga sebab berharap terlalu tinggi.

Rupanya, sejak dulu lagi dia taknak aku berharap, sebab dia pun tak pernah berharap sejauh itu. Dia cuma selesa kalau kami terus berkawan dan tak lebih dari tu. Katanya, soal jodoh bukan urusan kita. Kalau ada jodoh, ada lah.

Aku sedih sebab ayat tu terlalu cliche tapi lama kelamaan, aku mula rasa ada betulnya apa yang dia cakap. Dan bukan salah dia juga tak ada perasaan yang sama macam aku. Cumanya aku pun orang biasa, susah nak telan heartbroken tu sebab dah terlalu lama sayang. Parut tu dalam sangat sampai aku susah nak ada perasaan untuk bercinta dengan orang lain.

Bila dah heartbroken pula, tak semudah tu nak move on dan berkawan seperti biasa dengan orang yang sama sebab perasaan sayang tu tak semudah itu hilang, ditambah pula selepas aku tahu dia dah ada plihan hati. Dan sebab tu lah, kami dah makin jarang contact dan lama kelamaan buat haluan sendiri.

Aku ingat dengan cara tu boleh lah aku lupakan dia sebab waktu tu lebih kurang 2 tahun juga lah kami dah tak berhubung. Tapi aku salah, yang berlalu cuma tahun dan bukannya perasaan. Dalam tempoh 2 tahun tu perasaan aku turun naik, ada masa aku okay dan ada masa aku akan sedih mengenangkan perasaan tak boleh move on tu.

Kalau diikutkan waktu tu dah masuk 8 tahun aku simpan perasaan. Walaupun dah 8 tahun, rasa seakan baru lagi kami kenal. Sejak dari tu, aku mula yakinkan diri buka hati untuk orang lain yang lebih menghargai, dengan harapan aku boleh move on dari A. Tapi bercinta sebab nak lupakan perasaan lama adalah the worst decision yang aku pernah buat.

Menyesal sebab terburu buru nak bercinta, menyesal sebab still terkenangkan perasaan lama dalam relationship baru, and the worst part is menyesal tak boleh nak sayang orang lain sepenuh hati.

Makin lama relationship tu nampak tak sehaluan dan akhirnya putus tengah jalan tak sampai setahun. Aku tak salahkan ex aku, sebab mungkin itu yang terbaik. Cuma silapnya aku sendiri yang tak boleh nak move on dengan orang lain.

Relationship baru aku yang terputus tu betul2 bagi pengajaran dekat diri sendiri untuk tak perlu pun rushing bercinta kalau hati belum bersedia, sebab kita akan sakitkan orang lain yang betul2 sayangkan kita dan benda tu buat aku fobia dan menyesal sangat lukakan hati orang.

Tak dinafikan, waktu bercinta dengan ex aku tu aku bahagia sebab rasa dihargai, tapi perasaan aku dekat A masih tak boleh hilang. Itu adalah kesilapan terbesar aku. Tapi alhamdulillah sekarang ex aku pun dah ada pengganti, mungkin yang jauh lebih baik dari aku.

Lepas beberapa lama sejak aku putus, aku masih simpan perasaan yang sama terhadap A, walaupun aku cuma tahu update kehidupan dia di social media sahaja. Harapan aku masih tinggal harapan walaupun aku dah sepatutnya move on lama dah. Sedar tak sedar, waktu tu genaplah 10 tahun aku simpan perasaan dekat A dan aku masih cuba untuk move on.

Lepas masuk 10 tahun barulah tersedar yang dah terlalu lama aku simpan perasaan sia2, perasaan sayang yang cuma bertepuk sebelah tangan. Aku tahu, bukannya aku tak cuba move on, tp aku pun taktahu kenapa susah sangat nak hilangkan perasaan ni. Tapi selepas hujan yang lama, akhirnya muncul pelangi.

Tahun 2020 seakan akan bawa sinar baru untuk aku. Perasaan redha tu mula datang dengan sendirinya dan buatkan aku mula berhenti berharap tanpa rasa terpaksa. Belum sepenuhnya tapi sekurang kurangnya dah tak sakit macam dulu. Aku dah tak lagi berharap walaupun kerap juga ternampak dia.

Sekarang, dah bertahun berlalu dan aku masih taknak fikir pasal jodoh dan nak fokus untuk bahagiakan diri sendiri, juga utamakan kerjaya aku. Soal jodoh, biarlah Allah sahaja yang gerakkan hati aku bila sampai masanya nanti. Kepada A, semoga awak sentiasa bahagia disamping yang tersayang. I will always be happy for you and your success, because i know you are a great guy.

Akhir kata, minta maaf jika posting ni terlalu panjang, haha.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *