Berhenti Berniaga Kerana Kawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selama ni aku ada berniaga. Buat bisnes top up. Top up yang direct masuk dalam kredit tepon tu. Niat aku selain nak dapat pendapatan sampingan, aku nak jugak tolong kawan-kawan. Yela, senanglah diorang kan kalau malam-malam atau tengah emergency kehabisan topup, diorang cuma whatsapp kat aku je nak topup. On the spot aku topup kan. Tapi aku harap esoknya atau bila jumpa, diorang bayar la kan.

Tapi mulai saat dan ketika aku menaip ni, aku dah buat keputusan untuk berhenti jual topup. Aku terus nak confess di sini supaya orang lain selaku sahabat kpd seseorang yang sedang menjalani apa jua bisnes, untuk belajar dari pengalaman aku. Supaya korang tak buat perkara sama pada kawan korang yg tgh bisnes tu.

Niat aku nak tolong kawan-kawan, akhirnya makan diri aku. No, bukan diorg lari tak bayar topup. Tapi diorang LAMBAT bayar. Aku ni dah la bisnes dengan modal kecik. Yela, baru nak mula kan.. Kira cukuplah nak topup kan dalam 20-30 orang dalam dua tiga hari. Tapi ramai kawan-kawan aku ambil kesempatan. Topup harini, lps tu tunggu gaji baru bayar. Bukan sorang dua, berbelas orang. Sorang tu dah la topup RM20,30,50. Lepas tu esok2 nya suruh topup lagi. Aku mintak bayar, diorang ckp ala, tunggu gaji. Lama-lama aku sedar yang aku ni jadi mcm tabung emergency diorang. Bila diorang tak cukup duit nak topup, diorang guna la aku sementara tunggu gaji. Aku cakap la aku nak pusing modal. Diorang punya berdalih-dalih sampai la jadi sebulan dua, baru bayar. Sedih aku tau. Ada jugak sorang sahabat aku ni bila aku mintak bayar cepat sikit, dia marah aku balik. Dia ckp nak tolong kawan pun berkira. Habis yang aku ni sapa nak tolong?

Ada pulak sorang dua punya perangai, bila topup, disuruhnya aku yang mai rumah dia utk kutip duit topup yang dah menimbun tu. Rumah dah la jauh jgk. Petrol aku dia tak kira ke nak pegi sana? Alasan sebab baby dia takde orang nak jaga kalau dia dtg rumah aku. Habis tu, yg ko update siang malam dalam FB ke hulu hilir pi shopping la, pi makan-makan la, pi zumba dengan kawan-kawan la, ko takde pulak terpikir nak dtg singgah rumah aku bayar kan?

Ada jugak alasan “bagus pe aku bayar lambat, kan seronok sekali dapat banyak duit!”. Apa dia ingat aku guna duit tu nak shopping ke hape? Aku nak buat pusing modal la.. Ada yang janji nak bank in hutang topup dia, alih-alih makan berbulan baru bayar. Tu pon lepas aku dah sound menyegat sikit. Alasan asyik takde masa nak pegi bank in. Aik, sama jugak la mcm kawan yg aku cerita kat atas tadi. Dalam FB bkn main update pi sana sini. Nak pegi mesin CDM pulak takde masa?

Oleh kerana aku dah fed up, aku pon ambil keputusan takmo jual topup lagi. Biar la diorang rasa pulak kena pegi kedai waktu malam ke, waktu emergency ke, waktu poket kering ke nak beli topup. Biar rasa susah pulak, asyik-asyik kena suap je kan. Jadi, kalian ambil la pengajaran ni ye. Kalau ada kawan buat apa-apa bisnes tu (yg bukan MLM la), sokonglah diorang. Jangan menyusahkan diorang. Sapa yang nak tolong majukan bisnes diorang kalau bukan keluarga dan sahabat kan? Ni tak, asal kawan je mula la menyendeng mintak diskaun. Kesian kawan tu. Tak bagi diskaun nanti, kecik hati. Akhirnya terpaksa la bagi diskaun sebab nak jaga hati kawan walau untung dia tak seberapa pon. Cuba la jadi manusia yang berakal. Jangan jadi manusia yang selfish.

Semoga jadi pengajaran kita semua.

– Retired Salesman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit