Berhenti Kerja

Assalamualaikum dan hi pembaca semua. Selama ni aku pembaca je tapi kali ni aku terasa nak luah sangat dan minta pendapat bagi yang sama pengalaman seperti aku.

Suami aku nak berhenti kerja. Dia kerja dalam pasukan beruniform, pandai2 la teka yang mana ikut penceritaan aku ni nanti.

Suami aku lulusan SPM je, lepas habis SPM terus mohon dan dapat. Tu pun sebab pak mertua aka ayah suami aku yang nak sebab pak mertua aku ni nak semua ahli keluarga dia kerja kerajaan.

Aku ni pulak masih belum bekerja. Lepas kahwin baru aku sambung degree dan sehingga sekarang aku masih dalam pengajian. Ikutkan InsyaaAllah 2024 grad.

Dulu suami kerja kat balai dan masa tu masih menetap di utara. Ikutkan masa tu pun banyak je orang ‘gila’ dalam balai tu, tapi tak sangka lepas pindah ke tempat baru rupanya lagi ramai yang ‘gila’.

Suami mohon pertukaran pindah ke kawasan yang dekat dengan rumah mertua sebab masa tu mertua asyik sakit.

Dapat lulus pertukaran pun mungkin sebab ada pegawai yang kebetulan melawat hospital tempat mertua dirawat masa tu. Ikutkan jarang lah lulus melainkan ada cable.

Tapi suami aku dah tak dapat kat balai. Dapat kat bahagian latihan untuk pelajar dalam universiti. Ikutkan jawatan suami aku tak terlibat pun dengan kejurulatihan, tapi terpaksa buat jugak sebab tak cukup staf.

Staf yang sedia ada mula beransur keluar, tinggal yang ‘gila’2 ni je la, mask yang baru pun yang sama ‘gila’ je.

Disebabkan suami aku paling muda dan paling rendah pangkat kat situ, maka situasi membuli ni memang setiap hari berlaku. Kalau melawan kena tindakan tatatertib.

Suami aku ni bukan perokok jadi tak boleh geng dengan semua ‘gila’2 dalam persatuan tu.

Tahun ni paling ramai ‘gila’2 baru masuk, dan of course yang lebih tinggi pangkat (tapi tak berguna). Diorang rasa sebab diorang lebih tua, lebih senior, diorang boleh bambu suami aku sesuka hati.

Sorang tu nama je pegawai tapi mintak suami aku pangkat rendah ni gi belanja semua staf dalam persatuan tu.

Bila suami aku tolak nak makan bersama mula la cakap suami aku kera sumbang. Aku tak faham siapa yang wujudkan budaya kena belanja rakan sekerja ni.

Suami aku dah bertahan hampir 3 tahun kat situ. Hadap sekor2 perangai ‘gila’. Nama je pegawai tapi kerja sendiri tak reti nak buat. Suruh suami gantikan tempat dia pergi meeting.

Suruh suami siapkan laporan hantar sampai ke rumah dia. Lawak bila tengok pegawai tu boleh sambung master, memang melingkup la negara ni kalau semua pegawai macam tu.

Aku pernah dengar diorang cakap macam orang takde akal dalam phone dengan suami aku. Ikutkan nak je aku rampas phone tu tanya siapa yang ‘gila’ memekik kat suami aku buat macam barua dia.

One more thing, suami aku bukan saja kena buat kerja persatuan tu kat universiti ni, tapi kena buat jugak kerja2 ipd, ipk.

Staf situ kan dah namanya ‘gila’, buat jadual clash dengan latihan pelajar kat universiti, bila mengadu, solusinya dia suruh suami aku cari sendiri orang lain untuk gantikan, kalau tak suami aku sendiri la yang kena tindakan.

Suami aku nak taknak kena upah orang lain gantikan tempat dia.

Orang2 macam aku dan suami aku takde kuasa untuk bersuara. Asalkan muda, junior, tindas habis2. Apa2 kerja campak je bagi yang muda ni buat sebab yang senior2 dah tua ni nak enjoy, sikit2 sakit itu ini.

Dah tu kenapa masih menyemak nak kerja lagi eh? Tak reti nak pencen ke? Sorang senior tu boleh datang tengah hari dengan alasan sibuk berkebun :D

Sebenarnya banyak lagi. Belum masuk si tua2 ni dok miang dengan pelajar perempuan, dah macam takde isteri kat rumah.

Belum lagi yang sorang ni suruh suami aku luluskan elaun pelajar tak hadir, nak salah guna. Sakit hati aku setiap hari fikir, apatah lagi suami aku yang nak kena hadap setiap hari.

Aku memang nak suami aku berhenti tapi takut dengan semua kemungkinan.

Aku minta suami aku bersabar tunggu aku habis belajar, tapi makin hari tengok suami aku balik muram sepanjang masa, aku yang setiap hari penat dengan pelajaran pun jadi makin stres, sampai kadang bergaduh.

Dulu aku pernah bekerja di tempat yang toksik, jadi aku faham macam mana suami aku rasa.

Aku harap sesiapa yang ada pengalaman berhenti kerja kerajaan, boleh tak berikan pandangan. Apa expectation yang perlu ada? Macam mana dengan pandangan keluarga? Apa persediaan sebelum berhenti?

Ikutkan aku nak suami aku berniaga je, tapi takut nanti tak untung makin rugi.

Dah la dengan aku yang belum bekerja. Mohon pandangan kalian. Maaf tulisan berterabur sebab ini pun aku mencuri masa untuk menulis.

– Isteri Buntu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *