Assalamualaikum, saya F25 sudah berkahwin baru 5 bulan.
Saya bekerja dalam sektor GOV, saya dapat tawaran kerja ni selepas 2 minggu saya bertunang dengan husband. Tapi waktu saya terima offer tu dia tak setuju untuk saya bekerja.
Tetapi saya tetap terima sebab mak ayah suruh terima offer kerja tu. Sampai suami saya time tu nak putuskan tunang katanya takut dapat kerja jauh dan terpaksa LDR.
Tapi alhamdulillah lepas terima saya dapat bekerja di dalam negeri sendiri.
Perkara ni berlanjutan sehingga sekarang, dia masih tak izinkan saya bekerja. Bila kerja kerajaan ni paham paham lah, banyak kerja luar yang saya kena hadirkan. Kadang berkursus di luar negeri.
Jadi selepas kahwin jadi masalah dekat saya yang itu. Saya tak pernah dapat keizinan untuk itu. Saya terpaksa tolak untuk pergi berkursus.
Benda ni macam menyusahkan saya balik. Sebab terpaksa tebalkan muka untuk nak cakap kat pegawai saya tak nak pergi.
Saya masih baru banyak kursus yang kena hadir. Mungkin pegawai letak nama saya supaya saya dapat ilmu tentang kursus tersebut. Tapi saya tak boleh pergi, terpaksa cari ganti kadang-kadang.
Kadang-kadang rasa macam ini ujian untuk saya, orang cakap kerja ni rezeki, tapi bukan untuk saya.
Pernah bergaduh sampai suami nak cerai. Sebab dia cakap saya pentingkan kerja. Tapi niat saya bekerja saya nak tolong mak ayah, suami dan adik adik yang masih bersekolah.
Kadang kadang saya buntu. Disebabkan ini, saya jadi tak seronok untuk ke tempat kerja. Saya rasa macam semua orang ada cakap cakap tentang saya.
Oh ya, suami tak pernah culas bab nafkah, boleh dikatakan semua dia yang bayar. Saya tak ada komitmen lain, cuma ada komitmen motor dan edu loans.
Tapi suami cakap kalau saya berhenti dia mampu untuk bayar yang tu dekat saya dan akan bagi duit bulanan kepada saya seperti mana yang dia tetapkan.
Kalau saya perlu resign macam mana saya nak hadap orang orang yang akan cakap tentang saya.
Bantu saya ;(
– Nurul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sepatutnya klaw suami tu x bagi kerja, awk kna ikut je, lagi pon dia kta dia mampu.. tapi kalau terjadi apa2 di masa dpn, dan awk x bekerja, mmg agak ‘perit’, tambah lgi klau kerja krjn (govt) yg susah nk dpt skrg.. kita pon x tahu ‘takdir’ yg akn menimpa kita.., mmg kita x minta, tp klaw kta suami ‘pergi’ dari hidup kita (s/ada pergi dlm keadaan dia masih hidup atau pon sebaliknya), atau saat family awk (ibu, ayah n adk beradik) memerlukan bantuan, awk xdpt mnyumbang apa2, krn awk juga mengharapkn nafkah dari dia.., lainlah klaw suami awk mmg ‘willing’ nk menolong family awk, walau dlm situasi apa pon.. sya teringat semasa “pkp covid” dlu, ramai yg bekerja dgn sykt swasta dan juga yg bkerja sendiri amat terkesan, bila hasil dan jualan berkurangan, tetapi bg penjawat awm, gaji masih berjln spt biasa, walau pon ramai yg “work from home”.., x lama lagi pon, gaji k/tgn krjn akn dinaikkan, klaw awk x sesuai bkerja d pejabat awk skrg, awk bole je mohon bertukar ke tempat or pejabat lain, dlm krjn bnyak je kekosongan, or tukar suka sama suka.. so, awk bawa la berbincang baik2 dgn suami tu, fikirkan mse depan yg x dpt dijangka dan atur elok2 perjalanan hidup awk sekeluarga.. wslm
Suami tt seperti selfish. Dia tidak memikirkan bagaimana susahnya mak bapak perempuan tu membesarkan anak2 dan berharap boleh membantu ibu bapa dn adik2. Memanglah suami boleh menyara isterinya ttp boleh ke dia bantu bapa n mak mertuanya? Saya ada jumpa seorg bapa. Dia bercerita bagaimana susah payah hntr anak perempuannya belajar jauh2. Berhantr dan berambil dari negeri yg berlainan. Tapi lps berkahwin anaknya berhenti kerja. Dia pun ckp klu mcm tu baik tak payah belajar tinggi2, duduk rumah dan kemudian kawin. Mak bapak tak perlu berhabis duit hntr anak belajar tinggi2 susah payah sbb sayang anak. Dia merasa keciwa juga.
Since awak kata awak kena bantu keluarga awak jugak, pada saya awak harus terus bekerjaya. Tapi kalau suami mampu nak jaga awak dan juga hulur sedikit sebanyak dekat family awak, mungkin better untuk berhenti kerja. Cuba awak bincang dengan suami awak kena bantu keluarga awak jugak, awak pun ada family, walaupun perempuan kena patuh suami, tanggungjawab sebagai anak pun masih ada sebab ibubapa awak masih hidup. Bincang baik2, saya tak sarankan awak fikir ke masa depan sangat yang buruk cthnya; prepare incase apa2 terjadi dekat masa depan, kita tak tahu apa jadi dekat masa depan, kita hidup dekat timeline sekarang jadi perlu fikir untuk sekarang bukan akan datang, and buat keputusan yang memuaskan dua2 pihak awak dan juga suami. Jaga rumah tangga pun penting, kalau boleh nak baik2, Selesai dulu masalah sekarang then baru fikir untuk masa hadapan. Semoga urusan dipermudahkan ye.
Keje je, rezeki dpt keje, rezeki keje dekat semua tu impian ramai org. Baru kawen bg makan bini tak sampai baper bln dan nk tunjuk power kat bini mcm la somi awak tu full provider head to toe.
Belum kahwin dah nak control.. memang bodoh jika tolak kerja tu. rezeki tuhan dah bagi tapi stupidity datang dari diri sendiri. Hari ni mungkin suami kata mampu sara esok hari datang mengungkit.
Dik, sye suggest kamu tetapkan terus tuntutan nafkah dekat mahkamah utk elak kemudian hari bermasalah.
Die boleh ke bayar hutang motor n belajar kamu, in the same time bg kamu duit utk perawatan diri?
Kang da benti keje, die xbg duit rawat diri, kamu nampak selekeh bagai, die cari org lain.
Belum beranak, body shape masih okay lg. Kalau dibuatnye body shape lari, die ade budjet x nak hantar kamu ke slimming center?
Sye xbersetuju kalau die kekang kamu sampai sebegitu.
Buat mcm akak. Resign sebab kahwin in the end kene guilt tripped sebab tak mempunya duit sendiri. Nak beli barang sendiri dan anak2 pun kene merayu pada dia. Beli baju anak2 dlm $20 pun dia berkira. Sekarang aku kene start from the bottom. Family memang tak reliable. Aku kalau takde kerja dan duit sendiri, pun tak pasti apa bileh buat. Kerja pun aku buat part time. Recently dia pukul aku. Nasib baik tempat kerja bagi bantuan kaunselling dan legal. Dia dah cuak sebab alu panggil polis hari tu. Tapi itulah, jiwa aku dah lama hilang. Aku still mencari diri yang takde apa2 ni.
Geramnya kenapa tak bincang sebelum kahwin benda2 macam ni? tapi benda dah jadi kan, awak bagi syarat kat suami awak kalau nak suruh berhenti boleh ke dia bagi awak duit bulan2 sama macam gaji awak sebab awak ada komitmen and parents, kalau boleh awak ambik cuti tanpa gaji dulu tapi jangan bagitahu dia tengok ok tak semua. kalau ok baru resign. Pastikan ada saving dulu sis