Berhenti Kerja, Jadi Surirumah Berniaga

Assalamualaikum dan hai semua. Aku perempuan. Teringin nak berkongsi luahan dan pengalaman di sini lepas baca confession bro ‘Keputusan Dalam Hidup’ (https://iiumc.com/keputusan-dalam-hidup-2/), tadi. Berhenti kerja dengan gaji tinggi untuk spend more time dengan isteri. Jujurnya aku respect dengan korang semua.

Ada yang berhenti kerja jual sayur sebab nak jaga ayah, ada yang jadi petani untuk support kerjaya isteri sebagai doktor (tapi petani kaya la). Ada yang kerja kampung sebab nak dekat dengan mak ayah. Dan sebagainya. Keputusan aku berhenti kerja sebenarnya bukan untuk orang lain, tapi untuk kepentingan diri aku sendiri. Aku tau aku selfish masa aku decide untuk resign. Meh aku cerita dari awal…

Aku graduate lepasan universiti terkemuka, balik Malaysia terus kerja dengan gaji almost 3k. Banyak la untuk perempuan single macam aku, dan masa tu aku dapat bagi parents aku banyak jugak. Asal gaji je aku akan asing dulu untuk parents, baru aku joli. Hidup masa tu takde komitmen, shopping dan makan sedap hari-hari. Bergaya pergi office. Tapi itulah silapnya, aku tak pandai manage kewangan. Kadang2 time hari gaji, aku tunggu duit masuk baru makan. Sebabnya aku dah kehabisan duit nak makan. Duit tambang KTM pun takde. Boleh bayangkan tak betapa borosnya aku? Tapi at least komitmen untuk famili aku dah lunaskan.

Lepas kawen, aku berkongsi bayar semua benda dengan husband aku. Gaji kitorang sama, so semua komitmen bersama, kitorang bayar sama-sama. Komitmen masing2, macam loan study, duit nak bagi mak ayah, duit kereta, bayar sendiri la. Masa ni aku dah kurangkan duit bagi kat parents aku. Sebab nak bayar sewa umah, pengasuh anak pe sume.. Gaji aku around 4k masa tu, bagi parents 1k. Komitmen rumah dan kereta dalam 2k after dah tong2 ngan husband. Bayar loan study, kad kredit. Untuk aku tinggal 2-3 ratus untuk tol dan nak makan. Tapi aku tak kisah. Lepas gaji masuk, 5 minit pastu dah habis sebab transfer sana sini. Tapi kitrg ada rumah, bil dah bayar, makan cukup. Nak apa lagi.

Cumanya masa tu aku dah start buat online business. Aku buat sebagai hobi, then makin mendapat sambutan. Mula2 aku jual produk A. Masa tu aku belajar pasal gift review, hashtag, paid review, swap review, dan macam2 lagilah. Cara2 naikkan follower etc. Time tu ig ads belum wujud. So semua belajar sendiri.

Tahun 2015, instagram business start naik dengan mendadak. Aku tukar, jual produk B – pakaian. Semua ni produk sendiri tau. Brand sendiri. Bukan dropship atau amik dr China. So faham la kan betapa kau keluarkan modal sendiri beli material dan bayar tailor. Marketing pun buat sendiri cari artis murah2 atau kawan2 selebriti buatkan review hehe. Join booth dan sebagainya. Ada yang aku join booth takde sales. Ada yang sales ciput tak cover rental dan minyak. Tapi everytime aku nak give up, husband aku bagi dorongan untuk teruskan.

Tapi bila aku start business, duit makin strict. Sebab nak beli material dan buat stok. Duit masuk memang banyak, semua rolling atau aku spend la joli sikit2. Cumanya dalam masa 2 tahun tu aku slow2 build up stress dalam diri aku. Aku penat. Kerja makin tak efisien. Aku sangat suka business aku, tapi aku belum boleh resign sebab tak stable.

Aku sedih bila hantar anak pergi pengasuh, dia menangis. Aku tak dapat buatkan sarapan untuk suami aku. Rush pergi kerja. Kat office buat kerja sambil berinstagram, berwhatsapp layan customer. Bos tau, tapi since kerja aku siap, dia tak kacau aku. Balik rumah aku dah penat, amik anak, kemas rumah and masak. Husband balik malam sebab dia kerja jauh. Tapi husband aku sangat baik. Rumah kecah dia kemas. Aku tak masak, dia tapau. Aku kena buat kerja office atau business, dia jaga anak.

Cumanya kau tau lah kan. Perempuan. Dengan banyak pulak artikel kat FB share pasal tanggungjawab suami dan anak lelaki. Suami patut bayar semua dan bagi isteri nafkah. Anak lelaki patut jaga mak bapak. Dan sebagainya. Bila baca artikel2 tu, aku jadi saiko. Kenapa aku selama ni kena kongsi bayar semua komitmen ngan laki aku? Bukan dia yang patut bayar ke? Dan kenapa abang2 aku banyak lepas tangan kat parents aku? Bini bukan main lagi pakai handbag harga 2 ribu. Hujung bulan pinjam duit mak aku. Parents aku pulak mintak kat aku bayar kad kredit, loan rumah sebab ingat aku banyak duit kot, kerja bagus, siap ada part time business lagi. Aku bayarkan, tak banyak soal, korek duit sales yang sepatutnya bayar supplier. Tapi hati aku makin lama makin gelap.

So any time aku takde duit, aku jadi tak redha. Aku tak redha untuk semua duit yang aku bayar untuk famili aku, parents, dan adik beradik aku. Any time aku sempit, aku marah sangat dalam hati ni. Membuak-buak. Dan disebabkan sambil kerja buat business, duit tak pernah cukup walaupun sales masuk beribu2 sebulan. Ada masa dah melebihi gaji aku, tapi tak cukup gak. Aku dah tau dah time tu, gaji aku tak berkat. Rezeki aku sempit sebab aku tak redha.

Aku nak resign, tapi suami aku tak yakin. Dan aku pun actually tak yakin. Simpanan takde. Aku tau cara untuk kembangkan business aku ialah dengan buat full time. So aku try simpan duit untuk survive 6 bulan sebelum resign. Guess what, tak jalan. Mana ada duit nak simpan kalau rezeki sempit hahaha.. Benda ni berlarutan sampai aku sangat2 stress. Husband balik, muka aku masam. Aku lepaskan kemarahan kat dia, aku minta cerai. Dia pun mengamuk, cakap aku asyik marah2. Padahal dia dah jadi yang terbaik. Dia cakap dia takde problem dengan aku. Aku yang ada problem dengan diri sendiri. So dia suruh aku settlekan sendiri.

Ada satu kejadian yang buatkan aku reach aku punya limit. Aku sampai kat aku punya peak of depression. So one day, aku jumpa bos aku, aku cakap aku nak resign. Lepas tu kan, tetiba je depan aku ada pelangi. Aku sangat happy. Aku still kerja kat situ for another few months, tapi aku happy. Aku takde marah2 dah. Aku takde rasa penat dah. Aku buat business dengan gembira. Aku pergi kerja dengan gembira.

Masa tu aku perasan. Bukannya aku tak suka kerja aku. Aku suka. Bukannya aku tak redha dengan suami atau famili aku. Aku tak kisah pun sebenarnya. Aku tak kisah langsung pasal duit. Aku tak kisah langsung kalau semua duit aku, aku spend kat orang lain. Aku tak kisah langsung if im left with nothing for myself. Aku just nak buat business aku. Aku just nak spend more time dengan anak aku. Aku nak duduk rumah. Aku nak buat benda yang aku suka kat rumah. Dan segala komitmen yang menghalang aku daripada buat semua ni, yang mendepressedkan aku.

As i said, i was selfish. Tapi aku akhirnya happy, lega. Aku ada banyak loan nak kena settle, ada banyak komitmen nak kena bayar. Within a year aku resign ni, sales mencecah beratus ribu, much more than gaji aku masa aku resign (time tu dalam 6k). tapi aku masih belum kaya. Aku masih beli kasut RM 19.90. Anak aku masih pakai baju orang bagi. Aku takde nak beli poney ke hape. Aku masih belum ada simpanan. Hutang masih berlambak. Tapi alhamdulillah rezeki tak putus. Aku belajar banyak benda. Ada masa aku nak beli roti canai untuk breakfast pun takde duit, tapi anak aku happy. Aku pun happy. Aku takde gaduh dah ngan husband aku. Kalau gaduh pun benda bodoh je la.

Walaupun duit takde, hati aku redha dan lapang. Kang korang tanya lak mana sales ratus2 ribu aku. Hahaha.. Bulanan ada la dalam 10-30k, tapi aku still bayar komitmen dan hutang, and untuk besarkan business, aku spend more on stock purchase, bayar staff and marketing. Baru start mah, masih merangkak lagi. Duit company masih bocor beli beras kat AEON. Maybe korang nampak orang business kaya raya, tak gak. Tapi, cukup. Alhamdulillah. Ada masa mengorek2 nak bayar2, tapi Alhamdulillah CUKUP. Dan hati sangat lega.

Aku takkan dapat buat semua ni tanpa support husband aku. Dulu aku takut nak berhenti kerja sebab dia tak bagi. Aku takut kalau aku tak taat pada dia, apa plan yang aku buat semua tak jadi. Tapi at one point aku fikir, untuk kesihatan mental aku dan kebahagiaan rumah tangga aku, aku kena ketepikan semua orang dan decide untuk diri aku. Dan aku sangat2 berdoa, serah segalanya pada Allah. Alhamdulillah Dia mudahkan jalan aku.

Rezeki husband pun dah jadi murah sekarang. Mungkin dia baru nampak betapa strugglenya aku uruskan business, setiap sen yang aku spend kat famili kitrg, dia hargai. Aku start mintak nafkah, atau minta dia belikan makanan/ baju/ benda2 yang aku suka. Aku perasan duit dia pun selalu masuk mencurah2. Masa tu aku sedar, ini lelaki yang aku pilih untuk hidup bersama. Kalau aku redha pada dia, dan dia redha pada aku, memang Tuhan akan permudahkan.

Akhir kata aku doakan korang2 yang masih lagi struggle, moga dimudahkan semuanya. Korang yang masih lagi berkira2 dengan pasangan, atau dianiaya pasangan, atau taken for granted oleh pasangan, aku doakan yang terbaik untuk kamu. Ada masa kita kena berkorban untuk orang lain, ada ganjaran Tuhan untuk itu. Tapi first sekali, jaga kesihatan mental dan fizikal kita dulu. Sebab bila kita happy, insyaallah anak dan pasangan kita pun akan happy.

Doakan business aku berjaya. Aku aim nak bukak kedai next year. Amin..

– Hara

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *