Hi. Terima kasih admin sekiranya post ini disiarkan. Sedikit pengenalan, saya Pn Grey, mempunyai seorang puteri tunggal dan mempunyai suami bekerja sendiri. Maaf jika coretan ini tidak baik penulisannya. Sudah lama tidak mengarang.
Cerita kali ini adalah kesinambungan post saya tentang mencari kerja di tempat kerja. Saya telah berkhidmat selama setahun lebih di syarikat ini. Boleh kata semuanya best! Kerja sikit dan terlalu relaks. Ya. Ini punca utama yang membuatkan saya ingin berhenti. Kerja gila?
Ya. Alhamdulillah masih berakal lagi cuma masalah terlalu senang di tempat kerja ni membuatkan hari2 saya tidak productive. Basically semua staff adalah C, cuma saya saja berbangsa M.
Jadi, dari segi performance to evaluate, kerja mereka lebih banyak tertumpu dalam heavy duty / challenging task berbanding saya.
Saya boleh kategorikan saya seorang yang mampu bekerja dalam tekanan dan multitasking type. I really feel like working! Saya execute kerja lebih cepat dan saya sukakan kerja yang teratur dan efisien.
Jadi bila terlalu relaks membuatkan saya fikir saya bukan aset kepada syarikat dan sememangnya menjadi aset syarikat adalah aim saya.
Bukan tak bersyukur masih punyai kerja. Tapi dek kerana hari2 yang saya lalui bagai angin lalu. Saya kerap menggunakan masa yang saya ada untuk belajar perkara ilmiah. Saban hari semakin kurang rasa minat untuk ke kerja. Datang kerja hanya untuk termenung.
Saya juga selalu volunteer untuk tolong other staff settlekan masalah teknikal. Itu pun jika ada. Co-workers semua best. Happy go lucky dan tak sombong.
Dari segi gaji pula, agak moderate. RM2000+ gaji yang ditawarkan.
Selepas tolak tambah tolak tambah, alhamdulillah masih berbaki. Cuma tu la. Kepuasan dalam bekerja tu kurang. Skill makin kurang. Saya tak mahu berada dalam takuk yang sama untuk masa yang agak panjang. Pendek kata “there’s no room to grow”.
Jadi selepas perbincangan dengan suami, suami ajak berbisnes dan dia cadangkan saya berhenti kerja. (Sebelum ni saya buat part-time bisnes saya sendiri tanpa melibatkan suami). Saya pada mulanya rasa satu bebanan yang besar. Kerana dah terbiasa pegang duit sendiri.
Tapi saya sahut kerana faktor2 luar seperti hasrat suami untuk saya menjadi suri rumah, masa flexible untuk jaga anak, usaha lebih dapat lebih dan kata2 yang suami selalu suntik,
“Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula kita manusia yang Allah bagi akal. In sha Allah cukup rezeki untuk kita sekeluarga”. Ayat ni selalu dia keluarkan dengan nada bersahaja. Relaks dan cool seperti selalu.
Seimbas lalu nampak biasa2 saja bait nya. Tapi bila hayati n selalu dia bagi semangat, rasa macam okay, let’s set a goal! Kalau plan A tak jalan, go for plan B dan seterusnya.
Bulan lepas anak saya kerap tak sihat. Jadi, saya korbankan kerja saya untuk jaga anak. Banyak juga gaji yang ditolak. Hanya ibu2 saja yang faham perasaan tersepit antara kerja dan anak jika anak tak sihat.
Jadi, ini juga adalah wake up call untuk saya. Dengan harapan, selepas berhenti lebih banyak masa flexible jika anak memerlukan perhatian saya, tanpa terikat dengan mana-mana party.
Kadang kala naik segan dengan majikan kerana kerap ambil cuti. Saya juga tidak perlu ambil anak lewat balik dari kerja walaupun saya akan tetap menghantar anak ke taska selepas saya berhenti kerja.
Saya gunakan alasan anak kerap tidak sihat untuk berhenti kerja. Tentunya tidak menyalahkan majikan kerana tak assign kerja pada saya.
Majikan betul2 terkejut dengan keputusan saya. Tetapi terima dan tiada sebarang counter offer sehingga hari ini.
Saya bersyukur dikurniakan suami yang betul2 memahami dan bijak dari segi pengagihan kewangan. Begitu cermat dalam berbelanja,tetapi tidak terikat. Tidak pula kedekut sepanjang kami berkahwin.
Selepas diajukan cerita ini kepada mak saya, mak lebih berdiam kerana ini kali kedua mak tahu hasrat saya ingin berhenti kerja. Boleh baca posting sebelum ini Kerjaya vs Surirumah (https://iiumc.com/kerjaya-vs-surirumah/).
Asalnya mak membangkang. Kali ini juga sama seperti awalnya, cuma nadanya lebih tenang.
Mungkin sudah redha barangkali.
Mak khabar kan “masa muda lah kita kena buat simpanan”, ” sayang kamu tinggalkan majikan yang baik tu”, “mama takut kamu tak boleh survive”,
Dan kadang kala saya terfikir adakah saya buat salah jika saya mahu berhenti dan memulakan karier sendiri? Saya juga tiada sebarang komitmen kerana semua suami bayarkan.
Pendek kata saya tiada keperluan untuk bekerja. Saya juga beritahu mak bahawa duit bulanan nya saya akan tetap hulurkan seperti biasa.
Bimbang2 kalau itu membuatkan kerunsingan dalam fikiran nya.
Saya yakin mak juga dibayangi jika saya ditinggalkan suami kerana kisah anak saudaranya.
Kebimbangan itu saya benar2 faham dan sebolehnya saya harap mak hentikan kerisauannya kerana suami sehingga saat ini sangat penyayang dan boleh kata close to perfect. Saya cuma berharap mak bersangka baik dan positive dgn semua hal.
Kata-kata emak buatkan saya ingin menyangkal cara baik tetapi saya pilih untuk senyum dan berdiam.
Sangkalan nya adalah :-
1) Disebabkan masa muda lah saya nak berkarier sendiri. Supaya ada simpanan lebih hendakNya. Aamiin.
2) Tinggalkan majikan tak bermakna connection terus terputus sebab saya baik dengan majikan. In fact kalau saya tak berjaya berbisnes dan keadaan mendesak, saya akan cuba memohon semula dengan majikan yang sama.
3) Takut tak boleh survive. “The beginning part is always the hardest part. Enjoy the waves as it will bring you to the beautiful destination. Lillahitaala”.
Usia mak saya sudah menjangkau 60an. Saya ingin jaga mak dan beri mak perhatian dari segi masa dan tenaga yang selama ini saya terhutang kerana duduk di asrama dan berkahwin agak awal.
Untuk pengetahuan,saya seorang saja anak mak yang tinggal tidak senegeri seperti adik beradik yang lain. Dan boleh dikatakan saya anak emas mak kerana faktor akademik dan jenis mengikut cakap sejak kecil.
Masa terikat dengan kerja kadang kala sukar untuk pulang ke kampung. Ayah baru meninggal dua tahun lalu. Jadi saya mahu gunakan kesempatan ini untuk berbakti kepada mak dengan adanya bisnes nanti.
Semua ini tidak terungkap sehingga terbukti saya mampu berdikari sendiri. Mak masih dengan harapannya supaya saya bekerja di sektor awam. Bukan tidak mencuba, masih belum rezeki atau bukan yang terbaik untuk saya. Waalahualam.
Saya juga berpendapat dunia ni terlalu singkat untuk mengejar segala isi dunia.
Bersederhanalah kerana itu yang paling dituntut dalam agama.
Mungkin rezeki suami mencanak kerana perlu dikongsi bersama. Begitu baik percaturan Allah. Alhamdulillah. Jadi, saya serahkan bulat2 kepada Allah dalam hal ni. Tugas saya adalah usaha dan terus usaha.
Belajar dan terus belajar. After all, we must believe in the wisdom of knowledge. Kerana jika saya gagal berkarier sendiri, saya tidak menolak untuk bekerja semula.
Pada saat ini, saya lebih tawakkal kepada Allah. Sebelum menghantar surat berhenti, saya bersujud kepadaNya untuk beristikharah jalan yang terbaik untuk diri saya. Menangis dan terus menangis.
Akhirnya ayat ini terkeluar dari lubuk hati dengan sendirinya :
“Ya Allah, bukanlah menjadi kaya-raya tujuan asalku dalam hidup ini. Cuma aku tidak mahu meminta-minta mahupun kepada suamiku.
Janganlah kau jadikan aku beban buat sesiapa. Maka Kau cukupkanlah segala2 nya bagiku, keluargaku. Jadikanlah aku golongan yang sedikit, yakni golongan yang bersyukur.”
Begitulah ungkapannya.. semoga Allah perkenankan doa2 kita semua. Aamiin.
Buat pembaca semua, mohon kalian doakan kami sekeluarga dan semoga doa2 kebaikan tersebut berbalik kepada kalian.
Buat yang masih bekerja, semoga happy selalu, dan diberikan kelapangan masa bersama keluarga dan kelapangan hati.
Buat yang bekerja sendiri, keep going, youre almost there. Steady and focus. Have faith in Him.
Terima kasih kerana membaca posting saya kali ini.
Oh ya, buat pencari kerja yang mungkin cekap dalam subjek Matematik lokasi di Semenyih, boleh komen ya. Mana tahu kerja ini lebih sesuai untuk awak di luar sana.
Salam sayang,
– Pn Grey (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit