Berhenti Kerja Tanpa Dapat Kerja Baru

Assalamualaikum, nama aku May May. Terdetik nak buat confession lepas baca cofession bertajuk ‘Kerja Tak Okay’ (https://iiumc.com/kerja-tak-okay/).

Aku bekerja di Johor. Sebuah company baru. Pada tahun pertama semuanya okey sebab company aku masih dalam fasa pembinaan. So, kerja masih tak banyak lagi. Cuma perlu monitor construction progress dan kontraktor.

Tapi bila fasa pembinaan tamat, keadaan dah start tak best. Sebelum kerja dekat sana, aku dah kerja dekat tempat lain selama 3 tahun.

Kerja sebelum ni banyak melibatkan dokumentasi. Tapi sekarang bila masuk bahagian operasi bukan sahaja dokumentasi kau kena jaga, proses pun kena jaga.

Aku start stress dengan management. Kerja aku banyak melibatkan authority, berkaitan Malaysia punya legal dan compliance. Semua benda susah nak approve.

Aku ni kira orang tengah antara management dan local authority. So Kalau management Tak support macamana nak buat kerja.

Kilang tak comply aku yang kena menjawab. tapi management yang tak support untuk ikut apa yang authority nak. Bos sendiri pun tak membantu.

Boss as decision maker sepatutnya bertanggungjawab dalam segala hal. Tetapi untuk kerja-kerja aku semua dia tak ambil tahu. Semua aku kena buat sendiri sejak dari mula. Sejak tu mood aku dah berkurang.

Untuk pengetahuan gaji aku memang lebih daripada cukup untuk sara aku yang masih bujang ni. Boleh bermewah2, shopping dan makan ape yang aku nak.

Tapi aku realize benda tu semua tak berbaloi. Balik kerja aku nangis. Tido malam pun aku masih teringat pasal kerja. Hidup aku tak tenteram. Rasa berdebar debar kalau teringat pasal kerja. Such a toxic environment.

I don’t have my work life balance. Aku hectic. Aku burnout. Pergi kerja hari2 aku kena paksa diri aku sendiri untuk bangun.

Then suatu hari aku nekad untuk resign without ada secure job lagi. Tapi sebelum resign tu aku dah prepare untuk next income aku.

Setahun lebih before decide untuk resign aku start buat bisnes. Aku jadi agent produk. Walaupun keuntungan berniaga tak capai jumlah gaji aku tapi Insya Allah cukup untuk aku survive.

Lepas hantar surat resign tu rasa jiwa aku bebas sangat. Rasa macam burung yang baru keluar dari sangkar.

Finally I’m resigned and I have no regret at all. Aku cuma nak hidup aku happy dan tenang. Duit tu penting tapi bagi aku sendiri, aku punya mental health lagi penting.

Buat masa ni aku memang nak berehat dari makan gaji. Aku dah serik kerja dengan management yang memikirkan keuntungan semata-mata, handle bos2 yang tak competent dan tak bertanggungjawab, cuma jaga periuk nasi sendiri.

Selagi kau kerja dengan orang, memang susah nak dapat ape yang kau nak. Nak dapat kepuasan bekerja itu. Company yang aku resign cuma satu jer aku sayang nak tinggalkan.

Kawan sekerja yang sama level, technician, mak siti our beloved cleaner, abang2 security yang tegas tapi happening, pak yong our tukang kebun yang baik. I love you all. Korang lah yang buat aku bertahan sampai 5 tahun kat sini.

Doakan bisnes aku grow dengan jayanya. Kalau boleh aku dah tak nak dah makan gaji. Cukup cukup lah tu berada dalam toxic environment. Aku serik.

Sekian.

Sis yang tawar hati untuk bekerja,

– May May (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *