Berhenti Menilai dan Mencari Salah Pada Sebelah Pihak Sahaja

Assalamualaikum. Nama aku Fendi (bukan nama sebenar)… apa yang aku nak sharekan dekat sini, aku harap dapat membuka mata ramai orang bahawa kes penceraian / perpisahan tu bukanlah salah pada lelaki semata-mata, tapi juga ada salah pada kaum wanita, tapi kadang mereka tak pernah perasan semua tu.

Aku sebenarnya tak suka nak menulis tentang apa yang jadi dalam hidup aku, dan aku tak suka nak mencanang cerita perihal hidup aku tapi cukuplah penulisan aku ni, aku nak bagi kesedaran pada semua orang terutamanya “aunty onions & uncle onions” yang selama ni hanya tahu bercakap dan melempar fitnah tanpa tahu duduk perkara sebenar dan untuk dijadikan pengajaran dan iktibar buat kaum wanita yang bakal bergelar isteri atau yang dah bersuami… hormatilah suami kamu, kerana di situ terletaknya syurga kalian.. walau teruk macam mana sekalipun suami kamu, jangan pernah membuka aib bercerita perihal dia pada umum.. jaga maruah dan aib suami kamu selagi dia tidak menyuruh atau meminta kamu untuk melakukan perkara yang diharamkan oleh agama.

When it comes to relationship, perasan tak kalau ada masalah, mesti yang selalu dipersalahkan ialah kaum lelaki, yang trash lelaki, yang curang lelaki.. tapi jarang sangat kaum hawa nak sedar diri mereka yang sebenarnya diri mereka juga ada salah.. kadang-kadang mereka tak perasan, diri mereka kaki control, kaki mengarah, marah sesuka hati, mulut main lepas dan kadang tak pernah peduli pun pasal hati dan perasaan kaum lelaki. Paling best, bila dapat pasangan yang tak pernah nak hormatkan kita, tak pernah percayakan diri kita dan sentiasa curiga dalam setiap gerak geri kita walaupun kita bagi tahu yang kita kerja, tapi tak pernah nak percaya… aku bukan kaki perempuan, aku bukan kaki mabuk, jauh sekali kaki clubbing. Life aku hanya keluarga, kerja dan kawan-kawan..

Orang mungkin Nampak, isteri dia elok layan dia, jaga makan pakai, layan macam raja.. sebab apa ? sebab dia upload tayang dekat media sosial.. buat ayat-ayat indah, tag nama suami supaya masyarakat sekeliling Nampak yang “baiknya dia ni, sweetnya dia ni” tapi hakikat sebenar, tak siapa Nampak dan tak siapa tahu layanan sebenar dia pada suami. Boleh fikir tak kalau setiap kali gaduh, dia boleh panggil “babi”, ‘bodoh’, “bangsat”, “sial” dekat suami dia sendiri, jadi kau expect die hormat suami dia ???? mungkin, orang akan cakap aku sekadar buat cerita supaya nak raih perhatian atau simpati tapi untuk apa ? korang bukan kenal aku siapa dan aku sendiri tak bukak habis isi kisah hidup aku dengan dia sebabnya kalau aku bukak habis, akan ada yang tahu siapa aku.. dan aku juga tak suka nak buruk-burukan orang lagi-lagi orang yang dah berkorban masa untuk hidup dengan aku…

Bercakap tu memang mudah, sebabnya tak pernah kena dekat diri sendiri dan korang tak pernah lalui apa yang aku lalui…. Saban hari, aku menelan kata-kata orang terhadap diri aku, akulah yang bersalah, akulah paling tak guna, akulah suami berdosa, aku lah yang paling jahat dan macam-macam lagi… ye, aku mungkin bukan suami yang baik pada dia, dan bukan juga suami yang sempurna seperti yang dia idamkan selama ni.. tapi ketahuilah, aku sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik untuk kerluarga aku..

Dalam tempoh perkahwinan kami, dia tak pernah hargai segala apa yang aku buat untuk dia dan anak-anak..ucapan terima kasih untuk setiap perkara yang aku lakukan, berat sekali untuk dia ucap.. yang dia tahu, hanya bandingkan kehidupan kami dengan orang lain.. ye, aku tahu.. idaman setiap wanita nak kan suami balik kerja buat surprise, bagi gelang tangan, barang kemas itu ini.. tapi ketahuilah para isteri, suami kalian tiap hari berjuang keringat membanting tulang empat kerat untuk bagi keselesaan pada kamu dan anak-anak dan jika dia belum mampu untuk penuhi kehendak kamu, jangan kamu membentak atau bermasam muka tapi bersyukurlah jika segala keperluan kamu dan anak-anak, suami tak pernah abaikan… ingat para isteri, sentiasa tahu bezakan di antara keperluan dan kehendak.

Aku tahu, di luar sana masih ramai kaum lelaki yang senasib dengan aku. Yang sering terus dipersalahkan atas sesuatu yang terjadi. Aku pernah terfikir, untuk kembali berbaik dengan bekas isteri aku demi anak-anak, sehingga aku pernah bertanya anak aku yang sulung “kalau papa baik balik dengan mama, kaklong suka tak ?’… tahu jawapan anak aku apa ? dia cakap… “papa akan bahagia ke kalau papa berbaik balik dengan mama ? selama ni kaklong tak pernah Nampak pun yang papa happy bila dengan mama.. yang kaklong nampak, papa selalu sedih, selalu gaduh dengan mama, papa tak pernah pun dapat buat apa yang papa nak… tapi sekarang, kaklong tengok papa happy je walapun tanpa mama… papa dah tak nangis lagi malam-malam macam dulu, papa dah boleh buat apa yang papa nak buat….dan mama dah tak akan marah-marah papa lagi macam dulu.. kaklong tak suka tgk papa kena marah dengan mama.. kaklong tak suka tengok mama tinggi suara dekat papa.. biar jela papa dengan mama macam ni.. sebab kaklong rindu nak tengok papa senyum macam dulu-dulu..

“………. Aku terdiam lama bila dengar anak aku cakap macam tu… boleh bayang tak, anak sulong aku baru berumur 11 tahun dan dia boleh luah macam ni dekat aku… ye, memang selama ni bila aku gaduh dengan isteri aku, anak aku yang sulong ni yang akan datang dekat aku, pujuk aku dan tenangkan aku… dan anak-anak aku tak pernah sekalipun suruh aku berbaik dengan mama dorg termasuk yang no 2 dan no3, tak pernah sekalipun dorg personal, kenapa mama dengan papa dah tak duduk sekali.. aku fikir, mungkin mereka masih terlalu kecil untuk faham berbanding kaklong dorg.. awal-awal perkahwinan aku cuba untuk sabar dengan semua yang jadi, sebabnya aku fikir manusia boleh berubah.

Aku kahwin dengan dia pun bukan atas dasar paksaan sesiapa, tapi atas kerelaan aku dan dia sendiri tapi setiap kali kami gaduh, perkataan pertama yang akan keluar dari mulut dia ialah “aku menyesal kahwin dengan kau”.. “ceraikan aku”.. tapi aku sabar dan aku tahan demi anak-anak disebabkan anak-anak aku masa tu masih kecil lagi.. aku bertahan dan aku tak pernah putus asa untuk cuba perbaiki hubungan kami.. ye aku tahu, hubungan kami pasang surut.. ada kala, okey dan adakala ibarat ribut taufan.. dan perkataan cerai tak pernah lepas dari mulut dia setiap kali kami ada masalah. Kadang-kadang benda yang simple je bagi aku, dia suruh aku ceraikan dia. Dan seandainya, kuasa Talak tu jatuh atas isteri, aku rasa setiap hari je pejabat agama dengan mahkamah tu akan penuh sebabnya apa ? kaum perempuan akan buat keputusan dengan akal yang sangat cetek. Gaduh sikit, cerai….

Bila aku duduk bersendiri, aku cuba fikir kembali.. apa sebenarnya yang Allah cuba nak tunjuk.. dan perlahan-lahan, aku Nampak hikmah nya.. kalau dulu, dalam perkahwinan kami, aku jarang dapat spent masa dengan keluarga aku sendiri sebabkan dia tak suka aku selalu balik rumah family aku dan dia tak suka aku rapat dengan family aku sendiri.. dan kadang, bila time raya je, aku balik pun untuk berapa minit je dan lepas tu terus balik rumah aku balik… aku ikutkan segala kemahuan dia.. dia tak izinkan aku buat apa yang aku minat, apa yang aku suka semua dia halang.. yang dia tahu, masa aku perlu untuk dia dan anak-anak… sebab sayang, aku turut kan segalanya sampai aku terpaksa tipu dia kadang-kala hanya untuk luang masa dengan family dan kawan-kawan aku… kalau dulu, dalam perkahwinan, aku memang seorang yang mudah marah, sampai anak-anak tak berani dengan aku sebabkan aku terlalu tertekan dengan apa yang aku lalui… kawan-kawan aku semua boleh Nampak macam mana diri aku ketika itu tapi dorg hanya diam, tak berani nak bersuara.. dan lepas kami berpisah, aku boleh luang masa sebanyak mana yang aku suka dengan family aku, dan aku boleh buat apa sahaja yang aku nak dan kemana sahaja aku nak pergi…

Mungkin akan ada orang cakap, memang la aku boleh buat apa sahaja yang aku nak, pergi mana sahaja yang aku nak sebab kan aku tak jaga anak-anak, bekas isteri aku yang tanggung semua. Korang silap !!!! lepas berpisah, dia tak ambil walau sorang pun anak-anak kami. Semua dia serah bulat-bulat dekat aku dan dia cakap “aku nak tengok macam mana kau jaga dorang tanpa aku !! aku nak kau rasa penat lelah aku selama ni”.. dia cabar aku jaga ketiga-tiga anak kami seorang diri.. dan ye, aku ambil anak-anak aku dan aku takkan pernah tinggalkan dorg sebabnya dorg darah daging aku.. dan aku wali dorg.. aku buktikan, yang aku mampu untuk jaga dan besarkan dorg walau seorang diri.

Dan aku ingat, selepas kami berpisah, dia akan berhenti untuk terus salahkan aku dan bercerita keburukan aku pada orang. Tapi aku silap, masih banyak lagi cerita-cerita buruk yang aku dengar dari orang keliling tentang aku. Paling best, bila dia canang dekat semua orang yang aku kejam sebab aku halang dia dari jumpa anak-anak.. wallahi, aku tak pernah halang dia untuk jumpa anak-anak kami sebab aku tahu, dia adalah ibu kepada anak-anak aku dan sekalipun aku tak pernah halang dia. Aku kerja, jadi anak-anak memang aku tinggal dekat rumah dan aku upah seorang helper untuk bantu aku urus anak-anak.. mak som, insan yang paling banyak bantu aku untuk ringankan beban aku dalam aku uruskan anak-anak..

Aku berulang kali bagi tahu dia, anak-anak ada dirumah, kalau nak jumpa, datang rumah tapi setiap kali aku balik kerja, aku tanya pada mak som “dia ada datang ke jenguk anak-anak ? dan mak som hanya geleng kepala… “. Apa yang paling aku kesalkan bila dia mencanang cerita seolah-olah dia adalah insan teraniaya, yang ditinggal suami hanya kerana ada perempuan lain, yang suami pisahkan dia dari anak-anak.. aku betul-betul tak sangka yang dia akan aibkan aku sampai macam tu sekali pada umum sehingga orang memandang serong pada aku dan memandang mulia pada dia seolah-olah dia yang paling sempurna tiada dosa.

Tapi aku nak kalian tahu, dan aku nak kalian sedar dan fikir, kalau seandainya dia baik dan sempurna seperti yang dia cerita, dalam tempoh iddah aku dan dia, dia tak akan sewenang-wenangnya keluar dengan lelaki lain dan keluar sampai ke pagi.. perlu ke untuk dia keluar dengan lelaki lain semasa dalam iddah ? atas tujuan apa ? dan apa hukum dari segi agama bagi seorang perempuan dalam tempoh iddah keluar lagi-lagi dengan lelaki yang bukan ada pertalian… dan macam mana aku tahu ? sebab die sendiri tunjuk kebodohan dia pada aku kononnya nak bagi aku cemburu kalau dia ada orang lain dengan upload dekat status whatsapp.. tapi aku tahu, dia hanya tuju pada aku jadi orang akan terus berfikir yang dia masih insan sempurna tanpa dosa. Dan aku sendiri tak habis fikir, lakonan apa yang sedang dia persembahkan pada umum tentang kisah kami…

Aku Cuma nak kalian berfikir dengan rasional sebelum membuat tuduhan atau melempar fitnah tentang sesuatu cerita.. aku bukan suka-suka untuk membuka aib tentang dia atau kisah kami. Aku sendiri mengaku, yang aku juga tidak sempurna, aku juga pendosa tapi aku ingin masyarakat Nampak dan nilai tentang sesuatu yang jadi itu pasti ada sebabnya. Seorang suami takkan sesuka hati nak berpisah dengan isteri dia tanpa sebab. Dan seandainya aku jahat, aku tak akan penat-penat fikir untuk jaga anak-anak aku. lebih baik, aku letak anak-anak bagi mak aku jaga dan aku boleh bebas buat apa yang aku suka dan pergi mana yang aku nak. Tapi aku tak nak anak-anak aku jauh dari aku. cukuplah selama ni, dorg kurang perhatian dari aku dan masa ni lah aku nak tebus segala kesilapan aku untuk jaga dorg dan besarkan dorg dengan penuh kasih sayang. Aku nak buktikan atas segala kata-kata dia selama ni, yang aku mampu untuk besarkan anak-anak aku walau pun seandainya aku terpaksa bersendiri sampai ke akhir usia aku.

Pesan aku pada isteri-isteri di luar sana, atau yang bakal bergelar isteri, jangan pernah menderhaka pada suami. Jangan sesekali meninggi suara pada suami., hormat suami selayaknya sebab itu syurga kamu. Kalau ada masalah, jangan pernah bercerita atau meluah pada media sosial, sebabnya banyak keburukan dari kebaikan yang kamu akan dapat. Dan pesan aku yang paling utama, jagalah air muka suami kamu, jaga maruah dan aib dia. Kalau seandainya suami kamu dah kurang perhatian pada kamu, muhasabah lah diri elok-elok.. kadang-kala ada sebab lelaki tu dia selesa dengan orang lain. Kalau tak sebab cantik, mesti orang tu pandai ambil hati dia. Cantik atau tak itu semua adalah bonus, yang penting diri kita selesa dan tak perlu jadi diri orang lain.

Kalau nak kata semua lelaki pandang paras rupa, aku rasa janda-janda, anak dara yang kena tinggal tu banyak je yang cantik-cantik. Tapi tulah, balik-balik nanti yang dipilih ialah orang yang kau rasa selesa, boleh share apa sahaja dengan kau. Perempuan ni memang kebanyakkan jenis macam tu, tapi aku tahu tak semua. Mereka cenderung melihat kesalahan pada pihak orang lain, tanpa muhasabah diri sendiri. Dan aku juga tak nafikan, yang kaum aku sendiri berlambak je yang dah ada isteri baik, cantik tapi still buat perangai.. cumanya, masyarakat kita tak perlu jadi bawang untuk mentafsir segala sesuatu kejadian.

Ini tidak, dapat tahu pasangan tu bercerai, terus assume lelaki tu ada perempuan lain / perempuan tu ada lelaki lain. Berhenti lah jadi “bawang people”. Masyarakat kita dah terlalu tenat sehingga sibuk menjaja cerita keburukan orang lain. Tak cukup bercerita, sanggup viral pasal kisah orang tu.. berhentilah pamerkan kebodohan sendiri di khalayak umum.. berhenti mencari salah orang dan berhenti menilai kesilapan orang pada diri kita. Kita bukan Tuhan untuk menilai, kita Cuma hamba..

Think before you speak ! Because one day, you will be tested with every single things that you have said before.. macam kisah aku, segala kata-kata dia Tuhan uji kembali. Dan seandainya, dia baca segala penulisan aku, ingat balik segala kata-kata awak terhadap saya. “awak boleh hidup kalau saya tinggalkan awak”. “awak tak kisah kalau saya ada perempuan lain”. “awak nak cerai dari saya”.. remember that ? Tuhan makbulkan setiap kata-kata yang awak ucap pada saya.. Tapi saya tahu dan saya redha dengan perpisahan ni. mungkin saya bukan yang terbaik untuk awak, dan awak berhak dapat yang lebih baik dari saya. Anyway, congrats in advance untuk perkahwinan awak nanti.. saya harap awak bahagia dengan dia. Walau kita berpisah, saya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk awak. Terima kasih untuk segala moment dan penat lelah awak dalam perkahwinan kita selama ni…

Assalamualaikum, terima kasih sudi baca nukilan aku…. maaf kalau ada terkurang, ayat berterabur atau sendu sebabnya aku bukan dilahirkan untuk menulis karangan, Cuma aku tergerak hati untuk menulis bagi membuka mata semua pihak dan tak adil, bila kesilapan itu jatuh pada sebelah pihak sahaja.. again, thanks for reading gais !!!

– Fendi (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *