Berhenti Merokok

Assalamualaikum w.b.t admin dan para pembaca IIUM Confession.

Aku ada 1 masalah. Kalau boleh tolonglah bagi cadangan untuk settlekan masalah aku ni.

Aku pelajar tahun akhir kat IIUM. Dan masalah aku adalah aku tak dapat hilangkan ketagihan aku kepada rokok.

Aku sebenarnya ingin berhenti merokok. Dah pelbagai cara aku buat malah aku juga tidak berkawan dengan mereka yang merokok sekarang. Tetapi bila datang ketagihan tu tengah malam pun aku sanggup mencari. Aku tak boleh lawan rasa ketagih tu.

Memang la aku dah kurang merokok berbanding dulu tapi kalau dah datang ketagihan tu, aku memang serupa zombi. Susah weh!

Kat sini ada tak yang berjaya berhenti sepenuhnya? Boleh kongsi tips?

– Belalang Kuning

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *