Berhenti Tekan Anak Anda

Assalamualaikum dan hai.. Saya Zara (bukan nama sebenar). Sekarang, berumur 16 tahun dan ya saya akan ambil SPM tahun depan :)

Saya sebenarnya bukan nak confess, ianya lebih kepada nak share fasal kisah saya sewaktu sekolah rendah dulu.

Dari tadika sampai tingkatan 3, saya tinggal dengan nenek dan atuk saya, manakala ibu bapa dan adik-adik saya semua tinggal bersama di daerah yang lain.

Disebabkan itu, saya jarang berkomunikasi dengan ibu bapa saya sendiri. Saya bahkan selalu tersalah panggil ibu saya dengan panggilan ‘nenek’. (Sorry mama…).

Memandangkan saya duduk dengan nenek dan atuk sebelah bapa saya, bila saya pulang kampung nenek atuk sebelah ibu saya, saya rasa asing sangat.

Dan sebenarnya, saya cuma rasa tidak selesa dengan cara layanan mereka terhadap saya. Saya dianggap macam halimunan.

They pretend like I am not even there. Nasib saja saya ada sepupu yang agak ‘gila-gila’, ada juga kawan saya.

Tapi, itu bukan point utamanya. Sebenarnya, dulu sebelum saya ambil UPSR, saya dilayan agak teruk oleh ibu bapa saya.

Kenapa? Saya pun tidak pasti sebabnya, maybe tekanan sebab mama saya selalu sakit dan bapa saya pula ada masalah kewangan.

Tapi, apa yang saya perasan, semuanya bermula sejak saya selalu dapat keputusan exam yang tidak memuaskan.

Ada pernah satu hari tu, bapa saya berjalan dekat tepi saya dan tanpa sengaja dia terlanggar kaki saya. Lepas tu, tiba-tiba saja saya kena marah. “Kau ni. Tepilah!” jerkahnya.

Aduhai.. bukan ke saya yang patutnya marah masa tu sebab dia yang langgar saya?

Lepas tu, pernah juga dia pergi tengking saya sebab saya termuntahkan makanan.

I mean, saya muntah dalam tandas dengan penuh teraturnya (eh?), bukannya termuntahkan makanan dekat baju dia kah apa, DAN bukan saya juga yang mahu muntah sebab tersalah makan masa tu.

Satu lagi, saya tak nafikan yang dahulu saya selalu kena pukul pakai hanger oleh ibu bapa saya.

Bukan sekali pukul, banyak kali, sampai berlebam juga badan ni. Nasib saja saya tinggal dengan nenek dan atuk. Huhu..

But, my life fully change after ambil exam UPSR. Alhamdulillah, time tu saya dapat 5A 1B. Dan secara tiba-tibanya, ibu bapa saya layan saya dengan sangaaaaaaattt baik.

Bukan setakat itu, keluarga saya sebelah ibu tiba-tiba saja raikan birthday saya for the first time dekat kampung.

So, apa pengajarannya dekat sini? “Kita kena belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan kecemerlangan dalam hidup baru orang pandang?”.

SALAH! Pengajaran yang saya mahu pembaca dan diri saya ambil di sini ialah TOLONG BERHENTI BUAT BENDA MACAM NI.

Pada masa hadapan nanti, kalau saya ada anak, saya tidak akan layan dia macam ni sebab saya pernah rasa. Dilayan dengan baik hanya disebabkan kecemerlangan yang dikecapi.

Saya bukanlah niat untuk berdendam dengan ibu bapa saya sendiri. Sebab Alhamdulillah, sekarang mereka sudah mula berubah. Tidak lagi pukul saya dan adik-adik macam dulu.

Saya cuma mahu kita semua sedar, kalau kita betul-betul sayangkan seseorang apatah lagi dia keluarga kita sendiri, kita akan layan dia dengan baik tanpa syarat.

Dan satu lagi, kalau anak buat salah, tolonglah tegur dengan baik, terutamanya jika kesalahan mereka tu macam termuntahkan makanan ke apa. Itu bukannya dosa sampai anda perlu marah, tengking-tengking segala.

Lainlah kalau dia tinggalkan solat dan buat benda yang bertentangan dengan ajaran agama. Itupun Rasulullah sudah ajar cara yang sepatutnya untuk beri hukuman kepada anak itu.

Saya faham, ada sesetengah ibu bapa yang menghadapi tekanan disebabkan masalah seperti masalah kewangan, kesakitan dan sebagainya sampai mereka selalu tempiaskan rasa marah itu kepada anak-anak.

Tapi, percayalah. Anak-anak ingat semua tindakan anda kepada mereka.

Dan, perkara ini boleh jadi lebih rumit apabila mereka menghadapi depression disebabkan ibu bapa yang selalu mendera mereka.

Ataupun, mereka akan tumbuh dewasa sebagai seorang anak yang kurang kasih sayang hingga terfikir untuk melakukan jenayah.

Orang selalu kata, buli hanya berlaku di sekolah. Hakikatnya, lebih banyak pembulian yang berlaku di rumah. Disebabkan siapa? Keluarga anak-anak itu sendiri.

Jadi, kepada pembaca yang merupakan ibu bapa dan tengah baca artikel saya ini, please stop bullying your child.

– Zara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *