Berhenti Tetapi Bersyarat

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera semua. Saya tengah buntu atas kebuntuan isteri saya, Yul namanya.

Kisahnya, lepas maghrib tadi dia ajak diskas. Dia nak berhenti kerja. Tapi bersyarat, setiap bulan dia nak ada RM3k dalam tangan iaitu separuh dari pendapatannya sekarang.

Yul burnt out dengan kerjanya sebagai corporate trainer mengkhusus kepada undang-undang. Sebab, dia juga terlibat dalam kerja2 pengurusan sehingga kerap sangat meeting hingga jejaskan kualiti hidup dia. Makan tak menentu, pulang pun tidak bertetap waktunya.

Situasi ni berlaku sejak syarikatnya mengecilkan jumlah staf sejak PKP yang menuntut seorang staf terbeban dengan pelbagai rencam kerja. Paling tidak, job banyak masuk tapi tak cukup tangan nak handle.

Dulu2 saya selalu argue dengan nature kerjanya. Pergi awal gelap subuh. Pulang kala azan isyak berkumamdang. Saya bukan tak faham tapi saja nak bagi dia sedar saya dan anak2 pun perlukan perhatian dia.

Yang selalu dia sebut, dia perlu pastikan gajinya berkat dengan top up extra waktu bekerja sejam 2 sebab tak mahu kerja yang patut siap jadi tertangguh.

Bab travel sana sini sebab dipanggil institusi2 luar pun banyak. Kalau dia terbalik lewat memang saya faham la juga. Tapi bila kerja2 di pejabat pun sengaja disiapkan bagai tiada hari esok tu yang kadang2 saya heran kenapa lah tak pulang awal.

Tibe2 bila dia kata nak berhenti kerja, saya tergelak terus. Selama ni dia kata sayangkan kerjanya tu. Sebelum kawen siap warning jangan suruh dia berhenti kerja.

Jadi, apa yang buat dia trigger? Jawapannya, anak bongsu kami, umur 4 tahun suspect autistic. Tadi dia ambil cuti sebab anak yang ni demam.

Dia rasa risau dengan perkembangan anak yang ni yang speech delay. Selama ni yang bawa anak ke klinik n terapi adalah saya. Dia sangat jarang boleh join sekali sebab sibuk dengan kerja.

Jadi, saya lebih banyak spend time dengan anak tapi untuk aktiviti yang therapists minta saya buat di rumah sedikit sukar buat saya.

Saya juga bekerjaya. Gaji dia 2/3 dari gaji saya, bermaksud, jika dia berhenti kerja, saya boleh je nafkahi dia.

Ok, waktu kerja saya pula office hour yang normal. Urusan rumah tangga, banyak yang saya bereskan. Masak pun selalunya saya, kalau tak rajin saya beli je. Urusan tadika dan taska anak pun saya la yang urus pagi petang.

Saya betul2 penat tapi saya ok saja. Yang ralat, saya banyak biarkan anak2 tengok TV sementara tunggu ibunya balik dan saya waktu yang sama masak atau basuh kain. Iskh, malu pula saya cerita yang ni.

Jadi, bila Yul kata serious nak berhenti, dalam hati saya rasa bersyukur sangat2. Dia mahu beri tumpuan pada anak bongsu kami. Cuma, bila dia kata dalam tangan mesti ada sejumlah duit untuknya setiap bulan, saya jadi terdiam. Kenapa perlu letak syarat itu?

Saya tahu, nilai itu bersamaan dengan jumlah komitmen yang dia ada. Insurance, loan kereta, hutang kad kredit n personal loan serta pemberian pada ibu ayahnya dengan amaun yang tinggi bagi saya.

Saya kata, saya akan usahakan beri sejumlah belanja bulanan. Tapi tak mampulah sampai amaun yang dia nak tu. Dia kena structure balik perbelanjaannya. Tapi dia jawab, dia tak nak duit saya. Dia nak kerja lain pula. Katanya, penat dia belajar sampai master, tiba2 duduk rumah.

Jadi, dia minta saya fikirkan, bentuk kerja yang bagaimana dia boleh buat. Umur pun dah nak hujung2 30an. Pihak mana lah nak ambil dia bekerja.

Saya minta dia jadi ejen / dropship produk, dia tak minat. Ajar tusyen, dia tak reti. Membaking dan memasak pun takda skill. Yang dia tahu, beri ceramah berkaitan undang-undang je. Yang pasti, dia tak mahu buat freelance sebab tak ada kekuatan set up bisnes sendiri.

Aduh… Dia nak apa sebenarnya ni? Saya memang buntu dah bila semua cadangan saya ditolak mentah2. Saya tahu, dia sayangkan kerjanya yang sekarang.

Di sini, saya nak minta pandangan kalian, kot2 ada nasihat untuk Yul, mohon kongsikanlah. Saya memang setuju dia nak berhenti kerja untuk fokus pada anak. Tapi bab duit tu pula dia kata kena dari usaha dia juga. Dah tu, baik tak payah berhenti kerjakan? Astaghfirullah al-azim…

– Syuk Yang Buntu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Simple je bang. Kalau dia berani nk resign dari kerja hakiki yang letih tapi sesuai dengannya, kenapa dia takut nak cuba sesuatu yang tetapi subjektif?
    Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Sayangkan anak tapi susahkan suami dan keluarga. Nak tak nak kena pilih, kecuali rela menanggung beban semasa.

    Semoga dipermudah urusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *