Assalamualaikum semua. Saya terpanggil untuk menulis artikel ini. Selepas saya merasakan zaman fitnah memfitnah dah terlalu berleluasa selepas wujudnya teknologi bernama internet ni. Zaman kutuk mengutuk, kecam mengecam.
Sejujurnya, saya kesian dengan orang yang difitnah, orang yang belum dibuktikan bersalah pon lagi. Kita semua ni tulis komen bukan main lagi, lepas da hantar, orang tu terbaca, terguris hati. Kita tak kisah langsung orang tu sedih ke tak. Solat lima waktu bukan main penuh, awal waktu, bahkan dekat fb penuh ceramah agama… tapi dalam bab jaga mulut, jaga perasaan orang, kita langsung abaikan. Sebab apa, kita rasa tu tak penting dalam agama.
Macam contoh – menjaga perhubungan dengan saudara non muslim kita. Saya rasa, tindakan sesetengah dari kita mencaci mereka, (walhal mereka tidak diajar oleh kita orang islam tentang islam ), sebenarnya tak patut. Tak sedar kah kalian, perbuatan kalian malahan mendorong mereka membenci islam? Rasulullah S.A.W tak pernah ajar kita begitu.
Contoh lain, mencaci artis kat malaysia ni, sebab diorang ‘tak tutup aurat’, ‘ seksi’ dan macam macam lagi. Ingat ye mencaci dan menegur sangat berbeza. Sebenarnya dulu pon saya memang galak menyertai netizen mencaci artis ni. Contoh Mizz Nina. Ingat tak masa muzik video beliau keluar dahulu? Ya, muzik video itu keterlaluan dan seperti netizen lain, saya juga komen macam macam, kutuk beliau itu ini.
Tapi, selepas berita Mizz Nina berubah 360 keluar, saya rasa terpukul. Memang saya gembira tapi dalam masa sama terpukul. Terpukul sebab orang yang saya caci dulu, berubah menjadi orang yang bahkan, lebih baik dari saya.
Sejak dari tu saya terfikir… kenapa kita begitu mudah menjatuhkan hukuman kat seseorang, melabel seseorang itu berdosa, masuk neraka, walhal yang berkuasa untuk tentukan itu semua hanya Allah S.W.T. ? Mengapa kita begitu senang sekali menulis perkara perkara yang membuat orang berduka, lagi teruk, membuat dia jatuh depress?
Mungkin lah kita tulis tu sebab kita rasa komen itu tak dibaca oleh sang tuan badan. Tapi kalaulah komen kita tu salah faktanya, dan orang lain terbaca, lalu disebarkan, menjadi begitu viral – bukankah ia fitnah? Sudahla da fitnah, tapi kita tak pernah meminta maaf pon sekiranya apa yang kita share tu salah. Empunya badan dah terluka dengan fitnah orang ramai. Bagaimana jika tuan empunya badan tak maafkan setiap orang yang share artikel itu?
Saya harap kita semua kurangkanlah mencaci tentang sesorang. Jika rasa perbuatan mereka salah, tegurlah dengan berhikmah. Saya sendiri masih dalam process untuk berubah dan kurangkan memberi pendapat dalam social media.
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً
“Dan janganlah kamu menurut sesuatu yang tiada dalam pengetahuan (ilmu). Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya.”
(Al-Israk:36)
Dan firman-Nya lagi:
مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
“Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan Atid.”
(Qaff:18)
– Citizen
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit