Assalamualaikum. Terima kasih buat admin sekiranya artikel ni disiarkan. Sebenarnya dah lama nak menulis dan berkongsi dengan pembaca di luar, tapi disebabkan kesibukan masa baru hari ni berkesempatan. Ni pun tengah menahan geram. Cerita ni sebenarnya berkisar mengenai abg ipar yg aku namakan si a, yang menjadi mangsanya isteri (kakak aku) dan anak2nya.
Si a sekarang ni duk terperap je dalam bilik, rumahnya tak pergi kerja. Cuba merenung nasibnya yang malang, asyik menyalahkan kakak aku atas segala yang terjadi. Dia kata kakak aku ada saka, kene sihir, buatan orang. Tp sekurangnya kakak aku kluar jugak bekerja, cari rezeki nak bg makan anak2. Selain kakak aku, dia juga menyalahkn ayah aku, keluarga aku yg menyebabkan dia jadi mcm ni.
Aku tengok dia dah ada tanda2 depression. Kemurungan tahap melampau.risau jugak sekiranya dia ada kecenderungan nk mencederakan anak2 atau kakak aku. Pernah juga bagitau kakak aku bawa pergi jumpa pakar psikiatri. Kakak aku dah usaha macam2. Bila dah set appointmnt, dia tak nak pergi. Tiba2 sakit perut dan macam2 alasan. Katanya lagi, dia bukan gila pun. Orang yang pergi jumpa dr psikiatri ni orang sakit mental je. Aduihh penat melayan orang yang taknak ubah diri sendiri ni.
Aku cerita serba sedikit awal perkenalan kakak aku dengan si a sehingga berkahwin. Kebetulan kakak aku baru lepas clash dengan boyfriend dia.tiba-tiba ditakdirkan berjumpa dengan si a sebab kereta rosak. Dia tolong baiki dan bawa ke bengkel. Dari situ hubungan mereka mula rapat.
Tapi orang tua punya instinct kadang2 kuat. Ayah aku dan mak aku kurang berkenan dengan perwatakan si a. Dia memang baik tp mak aku nampak ciri2 baran dia. K erap kali parents aku minta kakak aku fikir banyak kali sebelum teruskn hubungan. Nak kahwin ni bukan setakat suka cinta. Banyak perkara lagi. Tapi kakak aku berkeras.
Sepanjang hubungan tu mereka kerap bergaduh.belum kahwin dah bergaduh2. Aku ada nasihatkan kakak aku yang fikir elok2. Biar kecewa sekejap dari kecewa teruk berpanjangan lepas ni. Aku tahu kakak aku serba salah sebenarnya.sebab si a sanggup berhenti menjadi tentera kerana kakak aku. Ayah aku memang kurang suka anak2nya berkawan dengan badan uniform ni. Tapi aku rasa tu bukan faktor utama sebenarnya. Ayah aku nak protect anak dia supaya dapat pasangan yg baik, mampu membimbing.
Bukan sahaja berhenti dari tentera, malah sanggup ambil semula peperiksaan spm untuk baiki nasib. Banyak juga pengorbanan dia pada kakak aku.tu yg buat kakak aku serba salah untuk hentikan hubungan. Dan akhirnya mereka bertunang.
Sebenarnya keluarga kami tak pernah memandang rendah asal seseorang, level pendidikan dia. Janji pandai bawa diri, jadi orang bertanggungjawab dan tak tinggal solat. Selepas bertunang,si a bekerja sekali dengan syarikat kami. Famili kami ada satu syarikat. Selepas beberapa bulan, mereka berkahwin.
Dari situ konflik menjadi lagi teruk. Si a dengan sifat baran dia kerap bergaduh di pejabat. Memalukan kakak aku yg memang sangat baik. Dia juga salahkan ayah aku. Pendek kata, dia menyalahkan semua orang sekeliling dan tidak pernah cuba muhasabah diri. Selain kuat cemburu. Tahun berganti tahun, gaduh baik gaduh baik.cuba menjadi lebih baik tapi janji tinggal janji. Lepas marah2 dan mengamuk, menyesal dan cuba berubah.tapi lepas tu jadi balik.
Anak pertama mereka ( sekarang berumur 9 tahun) kurang semangat belajar dan lemah dalam pelajaran. Dia salahkan kakak aku.kerana masa mengandung tak pandai jaga emosi. Jadi anak emosi tak stabil. Padahal dia yang tak menjaga emosi kakak aku ketika mengandung. Bila anak kurus, salahkan kakak aku sebab tak pandai jaga makan. Habis, dia buat apa? Aku tak nampak peranan dia sebagai suami dan ayah. Banyak lagi perangai pelik2 dia yang malas aku nak huraikn kat sini.
Pendek kata, kakak aku ni dah macam janda. Ke hulu hilir bawa anak2 gi beli barang sendiri. Bila makan kat luar pun, kakak aku yang bayar. Duduk kat rumah tak mengemas rumah pun. Kata kakak aku, dia dah down sangat.nak buang sampah pun malas. Bagi aku, tiada orang boleh ubah nasib dia sendiri kecuali diri sendiri. Pernah juga kakak aku minta cerai.tapi dia sayangkan kakak aku.nanti apa pulak kesan pada anak2. Anak2 dia pun tak sayang sangat pada ayahnya.
Berhentilah menyalahkan orang sekeliling, kata keluarga aku ada saka la, dia terkena buatan orang la. Habis, kalau terkene buatan pun orang tahu nak pergi berubat.cuba cari penyelesaian. Bukan hanya duduk merenung nasib malang. Aku benci betul2 pada si a ni.menyampah sangat-sangat. Rasa nak bgtau pada dia “pergi main jauh- jauh la. Buat serabut orang je tengok”.
Nak nasihatkan pun taknak dengar hatta isteri sendiri dah cuba macam-macam cara nasihat. Keluarga sebelah dia pun dah tak boleh buat apa-apa. Pendek kata dia je betul.
Kami pun dah buntu..
– Miss Chubby
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit