Berhutang Dengan Bijak

Salam semua. Ramai tak dari pembaca dekat sini waktu membesar dulu selalu lah mak ayah kita saudara mara ke selalu sangat cakap jangan berhutang biar bayar cash habis supaya tak pening kepala.

Aku pun kena didik macam ni tak berhutang. Aku belajar sampai diploma sahaja.

Waktu belajar aku tak mohon PTPTN pun sebab yuran belajar tu murah mak dengan ayah aku cakap supaya senang aku nanti habis belajar tak payah fikir hutang boleh fokus hal kerja.

Aku pun okay, tengok kawan lain macam enjoy ada duit ptptn aku terpaksa telan sebab tak mampu. Beli pun laptop 2nd hand yang memang barai tapi asal boleh guna Microsoft word, excel etc dah cukup.

Habis diploma aku terus kerja. Tapi waktu ni aku sebenarnya lari dari apa yang aku graduate. Aku kerja kedai makan tomyam.

Aku ni dari muda kira bab makanan goreng², tomyam, ikan stim, nasi goreng dan segala macam aku tak ada masalah.

Aku pun kerja dekat kedai makan tomyam ni memang sentiasa ramai lah tempat dia. Dari gaji sehari 60 ringgit naik kepada 100 ringgit sehari.

Dari situlah aku simpan duit, beli motor cash. Beli kereta pun cash orang terdesak nak jual dalam 9 ribu ringgit guna.

Memang waktu keluarkan duit banyak macamtu sakit dia lain macam tapi bila dah bagi duit selesaikan hal dokumen semua tukar nama baru tenang.

Waktu ni aku rasa macam hidup tenang. Kerja petang pukul 4 petang balik 2 pagi. Gaji dapat pula setiap hari ye balik tu memang akan dapat RM100 gaji.

Waktu ni commitment setiap bulan setakat rumah sewa. Aku duduk sorang rumah flat 350 sebulan.

Lepastu kasi mak ayah aku dalam 600 setiap bulan. Yang lain setakat bil air api baru 30 ringgit setiap bulan masuk lah duit topup, duit minyak motor/kereta.

Kiranya waktu ni tenang. Tak ada hutang apa sangat. Sampai lah tahun 2018 aku terfikir nak kahwin dan nak beli rumah.

Waktu ni aku dah fikir waktu ni sesuai untuk aku beli rumah. Tapi itulah aku berdepan satu reality check yang selama ni aku abaikan. Iaitu record financial aku. Dari ccris ke ctos dan segala record aku kosong ye.

Bayangkan. Aku ptptn tak pinjam jadi aku tak ada record dekat ccris. Lepastu kwsp epf tu semua aku tak ada. Sebab aku gaji cash tak ada gaji yang bayar bulan dan potong segala macam epf etc. Iya aku tak ada record juga.

Bank statement pula jangan cakap lah sebab aku selama bekerja dan hidup tu duit tak simpan dalam bank adalah setakat 2-3 ratus lain aku simpan dekat rumah.

Gaji pula aku dapat cash setiap jadi aku tak ada record dalam bank statement salary ke apa ke. Pinjaman lain dari motor kereta itu semua aku beli cash.

Waktu nak first step beli rumah agak melopong sebab orang tu cakap aku punya record 0 dan clean.

Aku terus macam baru sedar selama ni aku ingat tak ada hutang tu bagus. Iya memang bagus tapi bila aku nak buat pinjaman yang besar macam ni atau apa urusan lain tak dapat.

Salah seorang pekerja bank tu cadangkan aku untuk apply kad kredit sebab aku memang kongsi dengan dia gaji aku sehari RM100 selalu cuti sebulan tu 2 hari kalau kali kan dengan 28 hari pun gaji aku hampir RM3000 jadi memang aku layak apply kad kredit.

Tapi dia suruh aku minta slip gaji dan suruh bos aku masukkan payment gaji aku secara sistem dalam bank aku jadi ada record dalam bank statement.

Aku pun esoknya jumpa bos aku borak panjang. Dia cakap bab slip gaji boleh lah bab benda lain tu dia malas nak buat.

Aku pun cakap tolonglah sebab dah kerja lama tapi dia tak nak. Slip gaji tu sampai 2 bulan tak settle. Aku pun google internet cari cerita atau blog ke post fb ke yang alami nasib sama macam aku.

Kisah dia memang sebiji ye macam aku. Aku pun ikut first step dia nak tak nak kena berhenti kerja dan cari kerja yang dari gaji, ada epf socso dan lain lain kiranya tempat kerja yang sistematik ada dokumentasi yang teratur.

Aku pun ke hulu ke hilir mencari. Bawa diploma dalam bidang lain tapi apply bidang lain. Akhirnya aku jumpa kedai makan satu ni memang restoran besar.

Tapi gaji aku terpaksa terima kurang kalau dulu RM100 setiap hari. Sekarang aku dapat dalam RM75 sehari. Sebulan jejak RM2000.

Aku pun kerja tempat baru dalam 6 bulan tu aku punya yang hidup sebelum ni serba 0 record pun tak ada.

Akhirnya ada, dari kwsp, bank statement setiap bulan nampak aku punya gaji, slip gaji lagi. Masuk bulan ke-4 aku bekerja apply kredit kad yang tak lama dah diluluskan.

Selepas setahun aku beli kereta. Kereta biasa je myvi. Selepas ada kad kredit aku memang banyak belanja pakai kad kredit.

Selama ni aku takut tapi bila dah pakai benefit dia tu banyak yang penting setiap bulan aku dah limit paling tinggi berapa ratus jadi bila nak bayar aku tak ada masalah.

Alhamdulillah awal tahun 2023 dah dapat kunci rumah dah pindah perabot rumah dari sofa peti sejuk mesin basuh dryer aircond tu semua aku dah beli kumpul sikit jadi bila dah ada rumah tinggal bawa semua barang dan pindah.

Masih belum berkahwin. Cuma itulah benda ni pada aku pengajaran buat aku.

Selama ni aku ingat kalau tak ada record hutang semua clean hidup senang nak mohon segala macam tapi hakikatnya tidak.

Aku ada terbaca macam statistics lah orang Malaysia kita sekarang dah financial literates.

Ramai dah sedar hutang tu part of life. Contohnya macam kredit kad tahun lepas dia punya percentage tu meningkat banyak maknanya ramai orang Malaysia kita dah sedar the benefit of it.

Of course ramai yang berhutang tak bayar dan akhirnya hidup merana kena pula sekarang ni banyak gila skim pinjaman yang apply mudah dapat. Kena pula yang paylater ni sekarang merata kot.

Macam aku ada juga spaylater dengan sloan. Tengok limit spaylater tu dengan sloan tangan ni menggeletar je nak tekan beli.

Last tahun lepas aku beli iphone harga 4k+ ambil 12 bulan. Terus terang menyesal ye sebab mahal juga dengan interest lagi kena bayar kereta lagi yang lagi 2 tahun baru habis. Then bayar rumah lagi.

Lepas dah habis bayar baru-baru ni aku stop terus avoid. Takut terpengaruh lepas tu menyesal.

Jadi semua berhutang lah dengan bagus. Jadi penghutang yang bertanggungjawab.

– Man (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *