Beri Aku Ruang

Hi nama aku Bunga bukan nama sebenar. Sebelum ni aku ada hantar artikel tapi tak disiarkan pun jadi aku taip sekali lagi dengan lebih detail.

Aku dah berkahwin 2 tahun dan dikurniakan anak perempuan yang comel berumur 8 bulan.

Masalah aku bermula lepas aku bersalin. Aku menyewa rumah bedekatan rumah mentua aku jalan kaki pun sampai.

Oh ya aku seorang introvert yang kadang-kadang juga perlu waktu untuk sendiri.

Since hari pertama aku bersalin sampai ke hari ini mentua aku tak putus lagi berkunjung ke rumah (setiap hari).

Cucunya yang sorang lagi pun tak sekerap ini dijenguk mereka. Mungkin akan ada yang kata bersyukurlah dapat mentua baik hari-hari jenguk menantu.

Ya aku bersyukur tapi aku juga manusia biasa yang kadang-kadang juga nak ruang sendiri.

Ada hari yang kita rasa tak ada mood nak layan orang, ada hari yang kita serabai, ada hari yang kita tak sempat nak kemas rumah since baby aku jenis high need nak berkepit 24 jam dengan aku,

Jadi aku cuma mampu kemas ala kadar sahaja itu pun waktu dia tidur (tidur pun sekejap saja).

Jadi aku pun segan juga bila orang datang tapi rumah tak rapi. Faham tak macam mana perasaan tu. Aku juga perlu ruang untuk sendiri dengan baby aku.

Tapi entah mengapa mereka seolah tak faham. Bayangkan aku tengah kelam kabut masak dengan rupa macam hantu kak limah tiba – tiba mereka dah ada depan pintu.

Aku tak lah kejam sampai nak kunci pintu tak bagi masuk itu hanya akan mengeruhkan keadaan. Aku sebolehnya ingin menjaga hati orang tua tapi kenapa tak ada yang faham apa yang aku rasa.

Ya faham nak main dengan cucu tapi berpada pada lah juga. Mak ayah aku pun tak macam tu.

Mak aku kalau anak aku nangis mesti akan bagi dekat aku balik sebab dia tahu baby nangis sebab nak mak dia.

Tapi MIL aku kalau baby nangis sebolehnya dia duk pujuk kehulu ke hilir padahal anak aku nak aku je sebenarnya. Jadi rasa macam berebut anak pula dengan MIL.

Lagi pula aku agak terasa bila MIL bercakap jarang sangat nak pandang muka aku. Kita kalau bercakap dengan orang yang tak kenal pun kita pandang mata dan muka dia.

Jadi aku rasa macam MIL tak berapa suka aku pun sebenarnya walaupun hari-hari wajib datang. Aku tahu dia datang pun sebab cucu.

Entahla aku rasa penat sangat sebab aku nak ruang sendiri juga tapi dalam waktu yang sama perlu jaga hati orang tua takut terasa.

Jadi hati aku ni macam mana siapa nak jaga. Penat ye jadi menantu ni serba tak kena. Salah ke apa yang aku rasa ni. Aku ke yang selfish.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *