Beri Peluang atau Melangkah Pergi?

Aku Jerangkung. Seorang wanita bekerja, sudah berkahwin 12 tahun, punya 3 orang hero yang sering menggugat kesabaran ku sebagai seorang ibu

Aku akan terus bercerita untuk mendapat kan pendapat @ nasihat para pembaca.. dan aku yakin & pasti, mungkin ada diantara kalian yang senasib dengan ku.

Aku & suami sudah 12 tahun berkahwin & saling mengenali sejak kami di university lagi.

Sedikit info. Suami seorang pemarah. Dari sekecil2 perkara dia nk sempurna & kalau silap dia akan emosi (di besar kan dalam ibu bapa yang begitu, aku hanya tahu keluarga nya begitu lepas berkahwin).

Sebelum berkahwin dia pernah curang & memilih untuk terus kan perkahwinan kami walaupun ketika itu aku tahu hati nya sudah tidak seperti dulu lagi kepada ku.

Selesai akad di lafaz kan sehingga kini aku tidak merasai kasih sayang darinya sebagai seorang suami. Tido membelakang kan ku sejak hari pertama bergelar suami isteri sehingga kini.

Tahun pertama kahwin, dia pernah lempang aku kerana salah faham antara kami.

Meskipun ketika itu aku terkejut, tapi aku bertahan kerana memikir kan anak di dalam kandungan & berharap dia akan berubah. Aku bertahan kerana masih sayang & cinta kan dia. Butakan aku?

Masuk anak ke 2 & ke 3, sikap pemarah masih sama. Tiada perubahan meski pun dia sedar & tahu aku mahu kan dia berubah. Bertahun makan hati dengan sikap nya, buat hati ku menjauh, tawar hati, & selesa sendiri.

Hubungan kami tidak seperti suami isteri normal yang boleh bergurau senda, keluar ke sana kemari dek kerana sikap nya yang tidak mahu berubah.

Kemuncak nya, kami bergaduh besar ketika raya & kali ini dia menghentak kan kepala ku untuk beberapa kali.

Aku melawan & ketika itu la mati nya cinta & kasih syang ku untuk dia. Aku pergi tenang kn diri bersama anak anak untuk beberapa hari.

Ibu ayah mertua hanya menasihati ku supaya maaf kn suami & juga meminta ku supaya tidak panjang kan hal tersebut ke pihak berkuasa.

Sejurus pulang ke rumah untuk tenang kan hati, tiada kata maaf dari suami bahkan dia buat seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku.

2 bulan berlalu masih tiada kata maaf mahupun untuk mengambil hati ku. Hari jadi, anniversary berlalu seperti hari biasa & tiada yang istimewa.

Kami ada berbincang tentang hala tuju rumah tangga kami.. Aku berterus terang tentang perasaan ku padanya.. Hati ku sudah mati, kecewa dengan hubungan kami.

Dia diam.. & berkata dia tidak mahu penceraian namun dia juga tidak pasti dia boleh berubah, & dalam masa yang sama dia terima jika aku ingin membuat tuntutan cerai.

Perbincangan terhenti kerana hanya itu jawapan yang dia beri kan. Aku buntu.

Bantu aku dengan nasihat. Aku ingin terus kan penceraian kerana kasih sayang ku sudah mati.

Untuk apa masih hidup berdua tapi tiada hati & kasih sayang lagi. Sedang kan suami hanya berdiam diri seolah tiada apa berlaku untuk ambil semula hati ku bahkan dia tidak mampu berjanji untuk berubah.

Dalam masa yang sama aku takut dengan tuduhan orang bahawa aku buat keputusan penting kan diri sendiri tanpa memikir kan anak anak.

Aku takut dengan tanggapan mertua kepada ku yang tidak mahu menerima sikap pemarah anak nya, sedang kan aku tak nak anak anak aku jadi lelaki pemarah & pemukul seperti ayah mereka.

Aku hanya lah insan biasa yang mahu di sayangi & di hormati oleh insan bergelar suami. Mahu hidup normal seperti suami isteri di luar sana.

Namun hati ku sudah mati. Aku hanya mahu mula kan hidup yang baru dengan anak anak ku. Aku juga layak bahagia bukan?

Perlu kah aku beri peluang lagi atau melangkah pergi?

P/s: maaf jika ayat ku berterabur. Aku neves.

– Jerangkung (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *