Berikan Aku Kekuatan

Sampai saat ini aku da rasa tak tertanggung dah beban yang aku pikul ini, entahlah aku pun tak tahu dimana silapnya, apa yang sepatutnya aku buat? Entahlah (sambil hela nafas letih dan penat).

Aku Rose, jiwa aku kadang-kala sangat tertekan dek himpitan hidup yang menyelubungi kehidupan aku. Pernah sampai satu tahap aku hilang kekuatan diri, sehinggakan aku dah tak berdaya dah untuk menghadapi semua ini.

Aku tak tahu nak mula dari mana, kerana setiap sudut hidup aku rasakan betul2 menekan aku. Hmmmm

Kehidupan aku mula diuji dengan kehilangan ibu tersayang, kemudian diuji lagi dengan ayah yang sakit terlantar dek perbuatan sihir manusia yang berhasad dengki.

Ayah aku terbaring sahaja di atas tilam, tidak mampu bercakap mahupun memberi respon.

Seluruh penjagaannya diuruskan oleh kami 100% daripada mandi, tukar baju, lampin dan makan pula hanya bergantung sepenuhnya pada susu melalui tiup yg dimasukkan dihidung ayah aku.

Syukur aku punyai adik lelaki yang sudi berhenti belajar semata-mata untuk jaga ayah aku kerana aku tidak dapat menjaga ayah sepenuhnya kerana tuntutan kerja diluar negeri.

Setiap minggu aku akan berulang balik ke rumah di kampung untuk melihat ayah dan bantu adik aku uruskan ayah aku. Alhamdulillah!

Rakan pembaca sekalian, yang membuatkan aku tak berdaya dan letih itu bukan kerana terpaksa berulang alik setiap minggu sahaja, tetapi sikap abang aku yang menambahkan lagi segalanya.

Oh ya, aku ada seorang abang yang aku kira dia lebih layak jadi adik aku aje. Segala keputusan aku putuskan, segala urusan penting kebanyakkan aku yang uruskan kerana sikap dia yang suka ambil mudah dan sambil lewa.

Pernah dulu suatu ketika adik aku masih lagi belajar dan abang aku yang menjaga ayah aku, dia selalu terlupa untuk bagi ayah aku minum susu. Bab ubatan lagi la tidak endahkan.

Hari ni dah masuk 3 minggu badan aku tidak berapa sihat. Batuk, deman dan selsema. Beransur baik tinggal batuk sahaja yang masih belum sembuh.

3 minggu ini juga aku berulang berubat ayah aku setiap hujung minggu yang memakan masa hampir 3 jam perjalanan. Menggigil tubuh pun aku gagahkan diri.

Untuk pengetahuan semua, ayah aku telah sakit terlantar setahun lebih sudah, sepanjang tempoh itu juga aku dan adik aku berusaha hampir setiap minggu berubat ayah aku ke sana ke sini mencari penawar sihir tersebut.

Rawatan terhenti seketika hanya tempoh pkp hari itu sahaja, dan setelah pkp mula dilonggarkan kami mulakan balik misi kami.

Cabaran semakin memuncak bila suami aku mula berat hati untuk aku pulang ke kg kerana kesihatan aku dan rasa kasihannya pada aku menguruskan ayah aku sedangkan abang aku bersenang lenang dirumah.

Suami aku lama-lama jadi sakit hati kerana sikap abang aku yang lepas tangan dan tidak bekerja tetap itu. Disamping juga yang sering guna kereta aku sesuka hatinya dan tidak cermat.

Hal ini menambahkan lagi rasa geram suami aku pada abang aku, aku tak mampu buat apa-apa hanya sekadar menenangkan suami aku dan cuba menutup kesalahan abang aku kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Tindakan aku ini nampak seperti orang bodoh membenarkan orang lain mengambil kesempatan ke atas diri aku, tetapi percayalah itulah cara terbaik bagi aku.

Sebenarnya aku pernah mengambil tindakan tegas terhadap abang dulu dan hal ini merenggangkan lagi hubungan kami.

Sikap dia yang suka play victim menampakkan aku yang bersalah.

Aku tak berkesempatan untuk menceritakan apa yang berlaku antara kami, dia terlebih dahulu yang menyampaikan cerita rekaan kepada saudara mara yang akhirnya aku dipandang serong. Entahlahhhh.

Oh ya, sihir ni juga bertujuan is untuk memporak perandakan keluarga kami. Mungkin sebab itu juga kami sering bergaduh walaupun hal2 kecil.

Dan sekarang sihir itu pula dituju pada aku untuk melemahkan sumber ekonomi keluarga kerana segala kos rawatan dan keperluan keluarga aku yang keluarkan.

Rambut aku mula gugur dengan banyak, tahap kesihatan aku pula hampir setiap minggu bersilih ganti dengan sakit yang lain, minggu ni sakit kaki, minggu seterusnya sakit tangan, seterusnya selsema bersambung lagi dengan demam serta batuk.

Period aku yang dulu tak sakit kini menjadi sangat sakit tak tertahan. Pada mulanya aku menganggap mungkin kerana tidak cukup rehat, eyalah weekdays kerja weekend drive jauh balik ke kg dan terus bersiap2 untuk bawa berubat ayah.

Aku cuma rehat bila rasa ada masa terluang sikit sahaja. Bila aku bawa ayah aku berubat, orang berubat tu bagitahu keadaan aku yang tidak sihat dan perlukan rawatan. Dari situ laa aku tahu tentang sihir yang turut dituju untuk aku.

Alhamdulillah kesihatan ayah aku semakin baik, banyak perubahan juga walaupun lambat.

Matanya yang dulu disahkan doktor tidak berfungsi dan buta kini mula berkelip-kelip dan sudah mula mengeluarkan suara walaupun tidak mampu bercakap normal seperti sedia kala.

Entahlahhh sampai bila aku akan bertahan dan terus berjuang. Sampai bila lagi kemelut ini akan pergi..

Doakan aku kuat, doakan aku dapat stabilkan dan seimbangkan antara suami dan ayah aku. Kesian suami aku, terpaksa berkorban pjj kerana tempat kerja aku sekarang lebih dekat dengan kampung.

Kalau dia bekeras juga mahu aku pindah ikut dia mungkin masa untuk ayah makin terhad. Kami berjumpa sebulan sekali sahaja. Sedih.

Okaylah aku nak pergi solat tahajjud, aku tersedar dari tidur ni dan buat luahan kat sini kerana aku da tak tahu nak share dengan siapa. Suami aku? Aku tak nak bebankan dia lagi dgn kisah aku.

Doakan aku konsisten solat malam, aku yakin dengan solat malam ini laa yang merungkai siapa yang sihir ayah aku,

Dan bagaimana sedikit sebanyak membuka mata abang aku bahawa orang yang dia rasakan penolongnya itulah sebenarnya musuh dalam selimut angkara punya sihir ini.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *