Berikan Aku Masa

Hai, assalamualaikum semua, nama aku Qaseh. Tujuan aku tulis confession ni kerana aku di awang-awangan, berteka teki dengan segala persoalan dalam diri aku. Aku perlukan jalan keluar dan nasihat daripada semua.

Maaf andai kata korang tak paham dengan apa yang aku nak tulis. Aku memang tak pandai menyusun kata, kadang hanya air mata yang menceritakan segalanya. Lagi2 masalah rumah tangga, lagi la aku tak boleh luahkan dekat sesiapa. Tapi aku sangat tak tahan, aku perlukan orang untuk dengar luahan hati aku.

Baru sahaja tadi suami ku ajak berbincang, dia dalam dilema nak ceraikan aku atau tak tadi. Dia kata, dia penat asyik ulang masalah yang sama. Dia malas nak hadapinya lagi.

Suami ku kata pada aku, apa lagi yang dia tak beri. Tempat tinggal, nafkah, makan minum semua dia sudah sediakan. Apa lagi yang aku tak cukup katanya, sampai selalu ada je yang aku nak cari gaduh.

Ya kadang aku rasa aku isteri yang tak bersyukur, selalu cari salah suami. Tapi aku tak happy, fikiran aku selalu pikir yang negatif, macam ada suatu bisikan suruh aku selalu cari pasal untuk aku berpisah.

Ya aku selalu tak puas hati dengan suami aku, aku jeles dengan dia. Aku malan tak cukup tidur, sebab lately baby aku semacam tak boleh letak bawah, nak minum susu kene peluk, taknak baring. Bayangkan tadi malam sahaja, dia lebih 5 kali bangun taknak diletak.

Aku kadang2 rasa nak tepuk je dia, aku nak tidur aku nak rehat. Tapi itu just rasa. Aku masih waras untuk tak sakitkan anak. Dengan tak cukup tidurnya, esok aku kene bangun awal gosokkan baju, sediakan sarapan suami. Then suami pergi kerja, aku kene masak, sapu mop. Dengan 2 anak nya lagi.

Kadang anak aku no 1 tu terkencing dilantai, aku tengah nak bersihkan. Baby kecil aku pula meraung macam nak mati minta di angkat, lagi stress masa tu aku baru je sapu mop lantai. Mana taknya aku mental.

Lepastu lagi sakit hatinya, suami aku balik kerja selalu lewat, sebab dia kata kalau balik rumah tak boleh rehat. Pening anak menangis. Aku kat rumah macam orang gila urus rumah dan 2 anak. Makan pon kadang lambat, belum lagi bila 2 anak nangis serentak. Lagi aku mental. Time ni la anasir2 jahat selalu bermain kat otak.

Semua yang pernah berlaku, aku flashback dan rasa tak puas hati. Aku rasa aku macam hidup sorang2. Waktu cuti hujung minggu, bagi aku dia kene tolong aku. Aku penat dah 5 hari hadap rutin yang sama di rumah.

Aku nak dia tolong aku, jaga anak sebentar sambil aku boleh mandi dengan tenang. Tapi lain jadinya. Sebelum aku nak mandi dia cakap, jangan mandi lama2 ya, nanti anak nangis. Aku rasa, tak layakkah aku nak rasa hidup tenang, mandi betul2 tanpa ada gangguan.

Tu baru part mandi, time masak pula, aku minta dia tolong tengokkan anak. Aku pon mula la masak macam biasa. Aku goreng ayam separuh masak dulu, sambil masak nasi dan sediakan bahan untuk tumis.

Time tu anak aku dah nangis2. Dia buat bodoh, dia kata dia busy banyak kerja (sambil buka laptop, masuk bilik kerja dia). Tapi aku buat dono je dengar anak aku nangis, sebab bagi aku dia perlu tolong jaga anak. Sabtu dan ahad je aku minta dia tolong, hari lain aku paham dia busy.

Aku pon cakap kat dia untuk dukung baby, tapi dia jawab, “kau madak lama sangat tu buat apa?, kau tak payah masak pelik2”. Macam halilintar aku dengar dia cakap macam tu, aku nak masak paprik paling simple potong2 tumis je pon. Dah nak tunggu ayam siap goreng tu ambil masa. Tak kan nak jaga.

Anak pon dia sanggup cakap macam tu. Aku padahal dari pagi dah mandikan 2 orang anak, siap cuci baju 2 trip lagi. Tapi tak kan time masak, aku just minta tolong jaga anak. Dia sanggup suruh aku stop masak.

Aku tak puas hati lagi, sebab aku ingat semua memori aku kene pukul belasah dengan suami aku. Aku kene sepak, tumbuk, tampar, cekik, hentak kepala semua aku kene. Di sebabkan dia dah biasa pukul aku, tampar di meja makan tu macam lately ni selalu aku kene.

Aku jadi kurang bercakap dengan dia, sebab kalau aku tersalah cakap, atau ada pendapat tak sama. Memang dia mudah marah, dan terus sepak. Lama kelamaan aku jadi makin laser, sebab aku tak puas hati dengan dia yang selalu pukul aku.

Aku pernah minta cerai, sebab masatu aku sangat2 ketakutan yang luar biasa. Dia cekik aku, hentak kepala aku berkali kali. Sampai aku nak kol bapa aku, nak minta tolong. Tapi aku tak buat. Aku takut emosi aku mengatasi segalanya.

Dari apa yang dia buat ni, lama2 menjadikan aku isteri yang selalu cari gaduh, memberontak dan selalu pikir nak pisah.

Tapi masa waktu perbincangan tadi, suami aku cakap dia dah buat segalanya untuk aku, apa lagi yang aku nak. Dia kerja, tak kan dia kene tolong urus rumah juga. Dia ceritakan semua apa yang di buat. Dia selalu bawa aku jalan2, beri semua keselesaan.

Dia kata aku tak bersyukur. Itulah yang menbuat aku terpikir 2 kali. Perlu tak aku teruskan perpisahan ni atau aku pertahankan.

Aku ke yang bersalah dalam hal ni. Salah ke aku nak jadi manusia biasa, yang perlukn sedikit masa untuk rehat, tidur makan dan mandi macam orang normal bila dia cuti. Aku nak keluar sorang2, clearkan otak, tapi aku tak diberi izin untuk keluar.

Berikan aku 1 hari sahaja lagi untuk aku pikir apakah jalan terbaik untuk hubungan kami. Aku sangat2 perlukan nasihat korang untuk cuci otak aku. Adakah aku yang bersalah. Kalau aku salah, tuntunilah aku.

Berikan lah kata2 yang lembut yang mampu melembutkan hati ini. Kalau korang boleh sharekan tips cara jadi isteri yang baik, atau jadual harian isteri share la. Aku perlukan tu semua.

Aku tak tahu, adakah aku akan happy bila berpisah. Atau aku akan happy bila aku pendam semua ni, untum bahagiakan anak dan suami. Bantu aku.

Yang benar,

– Qaseh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *