Salam and hai semua. Aku tak sure lah ada orang nak baca ke tak luahan aku ni tapi at least aku nak luahkan apa yang terpendam dalam hati aku. Aku harap dapatlah sikit pandangan dan nasihat untuk aku.
Aku Sofia, anak sulung dari empat adik beradik. Suami aku anak kedua juga dari empat adik beradik. Keluargaku asal dari kampung tapi ibu aku bekerja sebagai manager di satu syarikat.
Manakala keluarga suamiku juga berasal dari kampung, tapi mengusahakan kedai makan. Ya dari pandangan kasar, nampak seperti kami sekufu kerana kedua keluarga asal kampung.
Sebelum kahwin lagi aku sudah sedia maklum bahawa suami bukanlah anak kesayangan, dan aku merasa lega kerana berpendapat bahawa ibunya tidak akan mencampuri urusan kami nanti. Tapi sangkaanku meleset…
Pada awalnya ibu mertuaku sedia maklum bahawa aku merupakan pelajar tahun akhir, tapi ibu tetap menerima aku sebagai menantu.
Aku kenal dengan suami tidak lama, lebih kurang 3 bulan sebelum kami buat keputusan untuk nikah. Ya semuanya berjalan dengan lancar pada mulanya..
Selepas berkahwin, aku dan suami tinggal jauh nun di Negeri Bawah Bayu kerana suami bertugas sebagai penjawat awam di sana. Ibu dan ibu mertuaku di Utara tanah air.
Bulan kedua selepas ijab kabul, kami balik ke rumah ibu mertua. Malam tu, kami berempat termasuk bapa mertua keluar dinner. Bukanlah dinner fancy, sekadar warung biasa tepi jalan.
Aku menjadi diriku, memakai seluar jeans dan blouse simple tapi telah ditegur oleh ibu mertuaku “kalau ibu, bapa tak benarkan keluar rumah berpakaian begini. Pakai kain baru boleh keluar”
Seluar jeans aku pakai potongan boot cut bukanlah ketat dan tidak mengikut potongan badan pun. Jadi kata kata ibu itu ibarat angin lalu, tak singgah ke dalam hati aku..
Beberapa bulan selepas berkahwin, aku belum mengandung. Ya masih fasa honeymoon kata orang,
Tapi pada suatu hari ibu dengan mengejut call suamiku minta supaya aku berhenti memakai seluar ketat kerana katanya sebab pakai seluar ketatlah aku susah nak “lekat”.. suami menjadi suami, malam tu juga keluar beli seluar palazzo hahaha..
Alhamdulillah hujung tahun, aku disahkan hamil.. mungkin berkat pakai seluar longgar? Entahlah..
Kemudian, aku bersalin.. Suami dapat cuti 1 bulan untuk menjagaku berpantang di rumah keluargaku, selepas minggu kedua anak aku hilang demam kuning dan luka jahitanku sembuh..
Terus ibu mertuaku minta suami balik ke rumahnya, dengan alasan mereka bakal berpindah ke rumah baru jadi suami perlu pulang dan tolong angkat barang serta buat wiring rumah..
Kebetulan beberapa hari lagi pula bakal menyambut ramadhan, jadi ibu mertuaku minta suami balik untuk sambut puasa bersama..
Ya, aku relakan juga walaupun aku masih struggle untuk menjaga anakku. Ibuku bekerja, pagi pagi lagi sudah ke pejabat, dan akan pulang pada lewat petang..
Habis berpantang, kiranya aku habiskan masa selama 4 bulan di rumah keluargaku tanpa suami.
Kemudian, sebelum dapat pulang ke rumah kami di borneo.. Ibu mertua minta untuk bermalam di rumahnya, jadi kami bermalam disana untuk beberapa hari sebelum balik.
Sepanjang di rumah ibu mertua, badanku gatal gatal. Dari hujung kepala hingga hujung kaki, suami berkata mungkin sebab cuaca panas.. Tapi, setibanya kami di borneo.. Terus gatal gatal tu hilang, ibarat tertinggal di Semenanjung…
Pkp lepas, aku dan anak tersangkut di rumah mertua. Sebenarnya bila PM buat annoucement sekatan perjalanan, ibuku memang minta untukku balik ke kampungku.
Tapi, ibu mertua mulakan drama air mata tak benarkan kami balik. Katanya dia mampu menjaga kami berdua, katanya lagi takut nanti rindu cucu…
Sudahlah pkp tu pada bulan puasa, rindu betul aku dengan keluargaku.. Suami juga menasihati untuk aku terus tinggal dengan ibu mertua, jadi aku tiada pilihan melainkan terus tinggal disitu. Sepanjang pkp, pergerakan aku dan anak memang terbatas.
Sudahlah dalam rumah tu ada adik ipar lelaki, aku banyak terkurung dalam bilik kerana tidak selesa untuk melepak depan tv. Dan ya, gatal gatal dibadanku begitu memuncak sekali. Makin teruk sampai berair..
Bulan Julai, kami dibenarkan pulang ke borneo. Alhamdulillah.. Terus pulang, dan ya sekali lagi gatal gatal yang di rumah mertua tadi terus hilang tertinggal begitu sahaja..
Fast forward, anak aku sekarang pun dah besar.. Dan aku dapat tawaran untuk bekerja disini, sebelum ni disebabkan aku tidak bekerja memang setiap kali pulang ke kampung mertua aku akan diperli. Disuruh aku kerja di kedai di depan rumah mertua, dan yang paling aku ingat..
Ibu mertua pernah berkata bahawa pekerjanya dibayar gaji sehari RM35 jadi mampu untuk beri belanja anak sekolah rm10 setiap hari. Ibu tak bekerja mampu ke berikan sejumlah itu untuk anaknya?
Memang aku tahu ditujukan khas untuk aku, suami juga ada disebelah ketika itu. Tapi aku filter out dan tak merespond dan berpura pura cari kutu di kepala anakku hahahaha tapi dalam hati memang aku terasa. Ibaratnya hina sangat aku dimata ibu mertuaku..
Setiap kali pulang ke kampung, sebelum pulang ke borneo mesti ibu mertua akan minta untuk tinggalkan anakku katanya mereka nak jaga.
Tapi aku tak ambil pusing, bagiku ibu mertua bergurau.. Tapi, sejak kebelakangan ini kerap betul setiap kali video call ibu mertua akan minta suami hantar anakku kesana.
Dan apabila suamiku beritahu bahawa aku akan mula bekerja tak lama lagi, terus ibu mertuaku minta untuk menjaga anakku. Katanya kalau hantar ke taska nanti susah, anakku tak pandai sesuaikan diri katanya.
Tapi hal tu dibincangkan bersama suamiku sahaja, walaupun aku ibu dan isteri tapi dalam banyak hal memang pandangan aku tidak didengar kerana aku seorang suri rumah!
Aku ada berbincang dengan suami untuk hantar anakku ke taska, tapi jawapan yang aku dapat sangat menyakitkan hati.
Suamiku minta untuk tinggal di rumah kawannya, katanya murah boleh bayar sebulan RM100. Ataupun pilihan kedua, suami kata biarlah dia jaga.. Kerana dia cuma kerja pada waktu pagi, jadi anakku akan dibiarkan di dalam kereta sahaja.
Aku menentang, memang aku tinggikan suara.. Sudahlah sepanjang aku tidak bekerja, aku sorang yang menjaga anakku. Suamiku 24 jam mengadap game, makan pakai anakku semua aku sediakan sendiri.
Bila minta suamiku jaga anak, dia akan buka tv biar anakku menghadap tv. Jadi macam mana aku nak harapkan suamiku?
Aku katakan lagi, mahal sekalipun taska aku akan bayar sendiri aku tak perlukan duit dia. Mendidih hati aku! Satu hari suami tidak bercakap denganku, tapi aku abaikan. Hal lain aku masih boleh toleransi, tapi bukan tentang anak aku.
Last, sejak anakku lahir memang hampir setiap hari suami akan video call ibunya.
Pada awalnya aku taknak dianggap sombong, jadi aku akan join sekali dalam conversation tapi setiap kali aku bercakap, ibu mertua mesti akan diam atau katakan dia tak dengar suaraku. Memang sejak itu, aku dah malas nak join conversation mereka anak beranak.
Oh ya, adik beradik suamiku semua bijak pandai. Jadi bila anakku lambat bercakap dan lambat berjalan memang ibu mertua akan cakap itu semua ikut keturunanku..
Sebenarnya ada bermacam macam perkara yang ibu mertuaku tidak setuju denganku, dari sekecil kecil hal sehingga hal pemilihan pakaian anakku semuanya tidak disetujui oleh ibu mertuaku.
Terus terang, aku dah lama tawar hati dengan suami. Sejak aku hamil, sampaikan anak aku hampir berumur 2 tahun kami sudah tidak bersama kerana aku sudah tidak bernafsu dengan suamiku.
Ditambah dengan sikap ibu mertuaku, memang aku punya hati makin hilang yang tinggal cuma rasa sayang… cinta?
Dah lama aku cari tapi tak jumpa.. Suamiku baik, tapi aku tak nak suamiku tersepit diantara aku dan ibunya kerana suamiku juga anak yang baik…
Aku rasakan jika aku keluar dari kehidupan suamiku, aku akan lebih tenang dan ibu mertuaku akan lebih bahagia kerana pada pandangan aku ibu mertua lebih mahukan suami dan anakku tanpa aku… Kerana aku menantu, cumalah orang luar…..
– Sofia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit