Aku hanya ingin mohon doa dari rakan pembaca. Nama aku Nur, usia awal 30 an, bekerja dengan gaji yang aku kira selesa. Ada kenderaan sendiri, ada rumah sendiri. Lengkap.
Alhamdulillah. Cuma, aku juga ingin bahagia seperti orang lain. Ingin rasa disayangi dan dimanja.
Aku penat berdikari. Kisah aku bermula ketika aku kecil, ibu tinggalkan aku selama lamanya. Tinggal aku hanya bersama ayah.
Bermula la hidup aku ditendang kesana kesini. Sekolah rendah saja aku sekolah 4 buah sekolah. Sekejap aku tinggal dengan atok aku, sekejap dengan Makngah aku.
Ayah aku? Busy dengan kerja dan juga busy dengan cinta baru. Aku ok dan gembira bila ayah kahwin lain. Mummy baik, dia pandai tarik perhatian aku, dia bawa aku jalan, belikan aku mainan, buku dan sebagainya.
Sampailah mereka berdua kahwin, maka bersambunglah kisah duka dalam hidup aku, mummy asyik mendera mental aku.
Ada juga dia pukul tapi takde laa teruk sangat, akhir akhir nya aku juga yang kena dengan ayah aku, kata ayah, aku buat perangai. Macam tu lah selalu.
Sampai last, aku tak boleh tahan aku buat keputusan lari rumah. Tapi masa tu aku masih sekolah rendah. Mana je lah aku boleh lari.
Mummy and ayah jumpa aku. Teruk aku kena belasah. Ayah hantar aku pulang ke kampung.
Aku tinggal dengan atok. Atok baik. Sekolah menengah, aku tinggal di asrama.
Ayah bagi aku duit belanja hanya RM50. Itulaaa duit makan, itulah duit beli buku, itulaa duit pergi CC kalau ada kerja luar itulaa juga duit yuran bulan asrama. Memang tak cukup.
Atok aku yang tambah tambah duit masa tu. Sampailah aku habis sekolah, Atok suruh ayah ambil aku balik ke rumah ayah. Jarak rumah ayah dan atok lebih kurang 3 jam.
Aku nak sambung belajar, tapi ayah dan mummy tak bagi duit dan moral support untuk aku. Aku kerja sendiri and aku sambung belajar sendiri secara PJJ. Aku beli laptop pun atas ehsan majikan aku masa tu, gaji aku dipotong tiap bulan.
Masa ni aku tak tinggal serumah dengan ayah dan mummy, ayah aku minta aku berdikari tinggal di rumah sewa lain.
Aku akur, seawall usia 20 an aku dah tinggal dengan strangers, aku jumpa rumah sewa di mudah. Aku ada adik, semua lelaki 3 orang.
Masa ni kehidupan aku memang agak bebas, iyaala. tak ada siapa melarang aku, aku dah mula ada duit sendiri, ayah pun tak pedulikan aku.
Awal permulaan remaja aku memang agak teruk, sehingga aku berkenalan dengan seorang housemate aku yang baru masuk. Nama dia Miya, Miya baik.
Dia bawa aku kembali menjadi perempuan yang sopan. Yang tak keluar sampai lewat malam, yang tak bersosial terlalu teruk.
Kemana mana aku dengan Miya. Kalau media social aku tu, orang pun boleh confius ni Miya punya media social atau aku yang punya. Penuh gambar kami.
Aku dah Miya tinggal serumah lebih kurang 8 tahun. Akhirnya Miya kahwin, indah hidup Miya, tak bercinta, aturan keluarga, lepas kahwin terus diberi rezeki anak. Beli kereta baru, dan dapat pekerjaan tetap.
Aku tak cemburu dengan Miya, tapi aku? Masih lagi bersendirian, berdikari. Kawan aku nasihatkan aku untuk berkahwin, tapi bukan aku tak mahu, cuma aku belum ada rezeki nak berjodoh. Selalu je gagal dalam percintaan.
2 tahun lepas aku dikenalkan dengan seorang lelaki. kami hampir nak kahwin, tapi ibu dia tak suka aku katanya “aku bukan perempuan yang baik” senangkan dia judge aku tanpa betul betul mengenali aku.
Sampai lah aku berkenalan dengan Si X. Status (suami orang). Masih muda, umur lebih kurang aku, baru berkahwin 5 tahun ada anak kecil seorang.
Aku tahu dia suami orang saat pertama kali keluar. Tapi kami buat buat tak tahu je pasal ni, caring dia memang buat aku cair. Yelaa, aku ni kurang kasih sayang.
Dia PJJ dengan wife dia. Tiap kali dia balik ke rumah wife dia, aku akan sedih. Dia tak pernah cakap nak kahwin dengan aku pun.
Aku faham, dia sayang wife dan anak dia. Mungkin dia lebih pada kasihan dengan aku. Dia baik, dia jaga aku masa aku sakit, dia belikan aku makanan dan barang barang lain. Bawa aku berjalan.
Dia janji dengan aku, dia akan selalu ada dengan aku asalkan aku tak buat perangai kacau isteri dia. Ya, aku sangat hormat masa dia dengan family dia.
Aku tak cari dia sampailaa dia sendiri yang cari aku. Aku buntu, sampai bila aku nak macam ni, akhirnya pun akan ketahuan juga. dah hampir setahun hubungan kami ni.
Umur aku pun dah tak muda. Aku nak bahagia macam orang lain. Takkan selamanya aku nak sorok sorok macam ni, takde hubungan yang halal.
Lagipun aku takut KARMA. Kalau lah aku kahwin nanti, suami aku buat aku macam ni macam mana? Dulu, aku sangatlah anti dengan hubungan perampas ni, tapi bila jadi kat diri sendiri.
Aku faham situasi ni. Cuma kalau boleh dengan cara yang baik, kongsilah dengan baik. Kalau boleh diputar waktu, aku memang tak nak jadi yang kedua.
Tak dapat aku bayangkan perasaan isteri dia bila tahu yang suami dia ada perempuan lain. Bagi aku tak berbaloi. Aku bukanlah terlalu cantik pun.
Ntahlaaa, aku buntu. Nak tinggalkan dia, aku risau aku yang sakit. Nak teruskan aku kesian dekat wife dan anak dia.
Aku tak nak jadi perampas, ini bukan impian aku, aku cuma nak merasai kebahagiaan sahaja. Tolong doakan aku dapat keluar dari masalah yang aku pilih sendiri ni. Aku tak ada sesiapa melainkan Si X.
Bagilah aku sedikit nasihat, jangan laa kecam. Aku tahu ni jalan salah.
Nasihat keras aku, janganlah dekati suami orang, korang akan termakan dengan pujukan dan layanan baik dia.
Dan akhirnya, yang sakitnya KAU.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sabar ya Cik. Saya faham ujian Cik. Sebab saya sendiri pernah berhadapan situasi sama dimana saya perlukan X, tp perasaan saya Y dan saya lebih ikut perasaan Y sebab untuk kesihatan mental healtj saya.
Saya cuma sarankan.
1. Puan jaga hubungan dengan Tuhan. Jaga hubungan dgn Tuhan buka kerana inginkan kebahagiaam dunia, tetapi sebab inginkan keredhaanNYA. Kemudian, selepas betulkan hubungan & niat dengan Tuhan, barulah Cik doa/luah semua sekali. Luah semua sekali tau, jangan tinggal satu pun. Luah semuanya sebab dia kan Maha Pendengar.
2. Cik luaskan networking dengan lelaki lain. Ini bukan menggatal / tiada maruah ya. Tapi ini adalah usaha sebelum tawakkal. Pakai melawa takpa. Tapi hati2 jgn bercakap manis dengan lelaki. Cuma berkawan biasa sahaja dengan lelaki , tetapi biar ramai. Apabila networking, kawan² lelaki tu inshaAllah boleh tolong Cik carikan kawan mereka yg single / carikan jodoh utk Cik. Ini adalah salah satu cara seorang kawan saya yang jual insuran.
Tapi pastikan lelaki² yg cik berkawan tu lelaki2 baik. Bukan lelaki mengarut.
Rumusannya, jaga penampilan, luaskan networking dengan lelaki baik, dan tawakkal.