Assalamualaikum semua. Aku nak meluahkan rasa. Biar aku perkenalkan diri aku dulu. Nama aku Nurul (Bukan nama sebenar), umur aku dah menjangkau 30 an. Dah kawin dah ada anak.
Ceritanya macam ni.. Aku pelajar lepasan diploma sahaja. Lepas diploma aku tak sambung belajar sebab masa tu parents tak kerja, ada abang tengah sambung belajar. So aku batalkan niat nak sambung belajar sebab nanti nak pakai duit banyak. Aku biarkan abang aku je kerja sebab abang aku anak laki sorang. Dia kena belajar tinggi supaya dapat bantu mak ayah aku. Aku pilih untuk kerja. Padahal boleh je aku belajar sambil kerja. Ni kalau belajar sambil kerja dah habis dah pun degree aku. Bodohnya aku. Huwaaa.
Aku dah 7 tahun berkerja. Macam macam bidang aku kerja. Bidang pengkeranian, admin, sales, retail, service dan kerja aku yang sekarang ni bahagian admin. Company aku ni company baru tapi company aku ni kalau sebut orang kenal kot. Hehehe. Tapi biarlah rahsia. So position aku kt sini aku buat kerja admin. Memang semua kerja admin aku buat. Aku buat kerja kat sini lebih kepada HR.
Untuk pengetahuan, masa aku belajar dulu aku tak amik course libatkan HR. Jauh berbeza. Tapi nak buat macam mana, tak ada rezeki untuk aku kerja dalam bidang yang aku belajar. Tapi tak pe. Aku tak kesah pun. Aku suka sangat position aku sekarang sebab aku dah lama impikan nak kerja dalam bidang HR atau Akaun. Kalau lah aku boleh undur masa memang aku nak belajar Business Study or Accounting balik. Hehehehe.
Cuma sekarang ni kerja kat tempat sekarang aku dah tak rasa happy. Terlampau banyak sangat task. Boleh kata semua task aku buat. Iya, memang aku tak belajar tinggi tapi janganlah layam aku seperti balaci. Sampaikan kalau staff baru masuk dorang fikir aku GM kat sini. Padahal aku staff biasa biasa macam dorang jugak. Sebab semua benda aku handle. Hahaha adoii la. Gaji aku? Biasa biasa je. Okay lah gaji orang tak belajar tinggi. Boleh la buat lepas bayar myvi. Tapi aku syukur dengan gaji aku dapat hari ni aku masih dapat bagi duit kat parents, belanja anak anak dan tak susahkan suami.
Aku plan nak tukar kerja, dalam bahagian HR Admin atau Accountant Assistant . Tapi kebanyakkan syarat sayar dorang, dorang nak yamg ada kelulusan dalam bidang berkaitan. Sebelum ni aku pernah apply kerja kat company lain. Position HR Admin, HR Executive. Ada company yang panggil interview, ada juga yang tolak mentah mentah permohonan aku. Aku rasa sebab mereka tolak dan tak terima permohonan aku adalah sebab aku hanyalah Diploma holder.
Aku agak terkilan dengan sesetengah company yang memilih level pendidikan berbanding pengalaman. Pernah sekali aku pergi interview satu company ni, kalau aku sebut nama company ni confirm korang kenal siapa pemilik company ni. Masa aku pergi interview sana bila dorang tengok level education aku, dorang terus berubah je aku tengok. Siap cakap lagi aku ni kena sambung belajar sebab pendidikan itu penting.
Iya, aku tahu pendidikan itu penting. Selama aku kerja pun, bukan aku tak belajar benda benda baru. Aku kerja dapat position tempat kerja sekarang pun banyak benda aku belajar. Aku punya perangai pulak suka ambil tahu benda benda baru. Dulu aku suka assist HR kat tempat kerja. Aku tanya macam macam. Disitu lah aku tahu sedikit sebanyak pasal HR dan account.
Bila aku kerja tempat sekarang pun macam macam benda aku hadapi. Walaupun aku kerja, buku rujukan, internet tetap adalah kawan baik aku. Aku siap join group HR, group account yang ada dalam FB sebab aku nak belajar dari mereka mereka yang berpengalaman. Aku masih dalam proses belajar. Kadang kadang aku rasa bangga dengan diri sendiri sebab knowledge aku setanding student student lepasan degree. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab pernah beberapa kali aku tanya a few soalan berkenaan HR pada kawan aku which is a degree holder in HR. Dia pun tak tahu. Blurr blurr.
Aku juga ada kenal kawan yang belajar bahagian accounting dulu, bila aku tanya macam mana nak create ledger, buat balance sheet, tanya pasal audit dan taxes, dia terpinga pinga. Sedangkan aku tak belajar benda tu tapi aku tahu basic semua tu. Kadang kadang aku rasa macam eh korang ni belajar apa dowh dulu? Okay takpe biar kan lah.
Point aku disini bukan nak condem orang belajar tinggi. Aku cuma sedih bila orang orang macam aku tak dipandang oleh company company besar. Sedangkan tak semua orang macam aku tak pandai. Aku juga punya impian untuk berjaya dan memiliki career yang bagus. Kadang kadang reason orang tu tak belajar tinggi bukan sebab dia bodoh atau malas. Instead of korang pilih sebab level of education baik lah korang teliti pengalaman mereka. Memang benar kadang kadang resume ni menipu je lebih tapi tak salah kalau kau panggil untuk interview dulu dan tanya detail dan tengok dulu performance macam mana. Ini tak, awal awal dah reject. Sedih tau. Sampai sekarang aku tak dapat lagi kerja baru. Doakan aku semua.
So pada sesiapa yang kerja bahagian HR atau recruitment tolong lah, pilih la kami yang ada pengalaman. Bagilah kami peluang untuk kami buktikan kami boleh kerja. Janganlah kerana level education kami yang rendah ni anda bagi kami positon dan gaji yang rendah sedangkan pengalaman kami lebih dari mereka yang belajar tinggi.
Jangan tanya kenapa aku nak berhenti kerja sekarang sedangkan tadi aku cakap jawatan aku kat company sekarang agak penting. Aku ada reason aku sendiri. Lagipun aku dah kerja lama dah. 4 tahun. Tiba masa aku nk kerja tempat yang bagus yang boleh motivate aku untuk jadi a better person.
Aku harap dengan confession aku ni harap ada di kalangan pembaca ni berkerja dalam bahagian recruitment atau HR. Aku nak sangat tukar kerja. Bagilah orang macam aku peluang untuk aku tunjuk bakat dan kebolehan aku. Aku harap sangat bila dapat kerja baru aku nak sambung belajar sebab tempat kerja sekarang bukan kata nak sambung belajar, nak cuti jumpa parents pon susah. Huaaaaaa.
Kalau ada pembaca pembaca dalam ni nak bagi pendapat atau tips untuk berjaya dalam proses interview atau sebagainya dialu alukan. Aku seorang yang suka dengar pendapat. Mana tahu apa kekurangan yang ada ni aku boleh perbaiki.
Salam sayang dari aku Nurul, seorang wanita, pekerja, ibu, anak yang mempunyai hati yang besar dan cita cita yang tinggi. Terima kasih, Assalamualaikum.
– Nurul
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit