Beringatlah, Sihir Tidak Mengenal Sesiapa

Assalamualaikum, nama saya Melor. Sedikit info tentang saya, saya telah berkeluarga dan merupakan seorang isteri yang bekerjaya.

Seperti tajuk, saya merupakan mangsa sihir dan masih lagi belum pulih hingga ke hari ini.

Saya sangat berharap saya akan pulih seperti biasa, insyaAllah suatu hari nanti, bila Allah izinkan.

Bertahun-tahun saya ke pelosok negara untuk berubat, tapi Allah masih belum takdirkan saya pulih.

Tujuan saya disihir supaya saya tidak dapat menjalani rutin harian secara normal, tidak dapat bekerja dan tujuan akhirnya supaya saya mati.

Sepanjang disihir, saya telah merasai pengalaman antara hidup dan mati sebanyak sekali, dan ia telah menyedarkan saya bahawa kematian itu sangat dekat.

Kalau Allah izinkan, kita akan mati bila-bila masa tanpa mengira masa dan usia. Ianya satu pengalaman yang sangat menginsafkan.

Kepada penyihir saya, ketahuilah bahawa ajal maut itu Allah yang tetapkan. Awak boleh terus menyihir saya, tetapi hidup dan mati saya bukan di tangan awak.

Awak boleh bergembira di atas semua kesakitan dan kesengsaraan saya, tapi ketahuilah balasan Allah itu pasti.

Doa saya tidak pernah putus selepas solat. Takutlah dengan balasan menyekutukan Allah.

Awak mungkin rasa awak menang apabila saya sakit, tetapi ketahuilah bahawa disebabkan awak, saya lebih banyak bersujud kepada Allah.

Disebabkan awak, bangun sepertiga malam untuk bersujud kepada Allah bukan lagi suatu masalah.

Saya rasa lebih dekat dengan pencipta saya sebab selalu berdoa, menangis dan mengadu kepada-Nya.

Saya mungkin sangat sukar bergerak apabila sihir awak menyerang, tapi awak tahu tak nikmat mengerjakan solat ketika sakit? Saya tahu.

Awak kena ingat, memang awak yang sihir saya, tetapi itu semua berlaku dengan izin Allah, bukan sebab ilmu hitam awak hebat. Ini ujian Allah untuk saya.

Allah izin saya disihir sebab Dia rindukan rintihan dan doa-doa hambanya.

Dia rindukan alunan al-quran dari saya. Saya bukan hamba yang baik.

Dulu mengaji pun sekali seminggu. Kalau ada hal hari yang patut mengaji, nampaknya tak jumpa Quran la minggu tu.

Kadang-kadang solat di akhir waktu. Nak siapkan kerja dulu, nak buat itu, ini. Tipu lah kalau tak pernah rasa penat, putus asa.

Dulu saya pernah terlintas kenapalah aku tak mati je, dah tak sanggup nak hadap semua ni.

Setelah bertahun-tahun disihir, saya dah redha dengan ujian Allah yang satu ini. Cepat atau lambat, Allah akan bantu saya.

Awak tahu tak bila dah redha, saya sakit pun saya tenang.

Takpe, Allah bagi aku hidup, maksudnya aku masih mampu menanggung semua ni. Tu lah ayat yang terngiang di benak saya setiap kali awak buat saya sakit.

Allah Maha Baik. Awak nak suruh orang benci saya,tapi saya bersyukur sebab suami saya sentiasa di belakang saya. Saya sakit, dia ada. Saya tak larat, dia mandikan.

Awak nak kami porak peranda, tapi Allah tak izinkan. Rakan sekerja saya semua baik-baik. Faham saya sakit. Sangat perhatian.

Keluarga saya? Memanglah dalam genggaman awak sebab awak *** **** saya!

Saya doakan Allah bagi awak kebahagiaan supaya awak tiada masa untuk berasa iri terhadap orang lain.

Yang Teraniaya,

– Melor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *