Assalamualaikum semua. Cerita & borak santai sahaja ok walaupun hati tengah membara.
Kenapa ye ada orang nak SANGAT jadi orang yang terawal untuk tahu pasal aku mengandung? Tak faham, aku tak faham.
Aku ni kan, kalau orang bagitahu dia tengah mengandung 8 bulan, aku ucap tahniah dan terus tak ada nak terasa ke apa.
Ada yang bagitahu lepas dah beranak pun ada, aku ucap tahniah dan habis situ. Tak ada masa aku nak terasa hati kenapa lambat inform.
Tak kisah la yang lambat inform tu adik beradik, rakan rapat atau sedara2. Bagi aku, berita mengandung ni personal dan TERPULANG pada pasangan tu bila masa yang selesa nak bagitahu orang luar kelamin mereka.
Kalau rasa selesa nak inform masa minggu ke-4, silakan. Kalau rasa selesa nak inform masa dah sarat, silakan. Kalau rasa nak inform lepas anak dah lahir, silakan.
Sepatutnya macam tu kan?
Mungkin ada special case untuk ibu ayah atau MIL FIL tahu awal tapi kalau pasangan tu rasa TAK NAK inform awal, hormat je la keputusan mereka.
Ceritanya, aku ni dah gugur 10x dan kali ni berjaya bawa baby sampai minggu 38. Syukur. Alhamdulillah. Minggu 38 tu baru aku inform mak ayah & mil fil aku. Aku bagitahu diam2 dulu, tak perlu bagitahu sedara2 lain.
Mulut orang tua… pecah satu kampung…
Adik beradik aku, adik beradik suami, sepupu2, makcik2 pakcik2 semua marah & terasa hati dengan aku dan suami. Kami hanya mahukan privacy.
Nampak tak kenapa aku malas nak inform awal2 sebab ada banyak mulut2 yang aku tak suka.
Sepanjang aku gugur 10x tu, banyak cerita tak best aku dengar. Rahim lemah la, v*gina tak ketat la, z*kar tak kuat la, sperma rosak la, muda2 dah mati putik / mati pucuk la, banyak dosa la, banyak kifarah la dan lain2.
Baby dah 4 bulan tapi mereka masih tak puas hati dan bercakap belakang.
Sepanjang aku sakit2 alahan mengandung, keluar masuk wad sebab bp rendah dan muntah2 sampai masuk air,
Cocok sana sini sebab hb low, checkup antenatal, checkup cardio, checkup tulang belakang bengkok, semua aku buat dengan suami, tak ada susahkan siapa2 pun.
Aku masih tak ada peluang nak tanya mereka KENAPA NAK SANGAT TAHU AWAL PASAL BERITA MENGANDUNG ORANG?? DAPAT APA KALAU JADI ANTARA YANG TERAWAL TAHU??
– AZ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
takpe takyah fikir sangat tak penting pun diorang tu, ambil yang positive je, maybe diorang nak doakan ke apa, semoga dipermudahkan ye :)
Puan abaikan,mmg sakit hati dgn mulut dan sikap org, yg penting skrg kesihatan puan dan juga baby..semoga dipermudahkan urusan puan..
Puan, benda2 remeh macam ni memang wujud dalam satu2 keluarga, mungkin tak semua, tapi ada. saya la salah satunya. saya faham, mesti kita nak secure kandungan, baru nak inform kan, kalau awal2 apa2 jadi kemudian tu, bukan kita je sedih nanti dengan diorg semua nak bersedih (konon). that’s why we choose to tell it later.
kes ni same goes to kereta. sy booking kereta sampai dah dapat keluar kereta semua sendiri, diam diam sebab konon nak surprise (my parents know). but then dah keluar my aunty uncle semua nak sentap perli2 konon beli kereta taknak minta pendapat la, taknak diorang cadangkan beli dekat mana la, apa yang okayla… like, what?? can’t u just be happy on my behalf, wish me congrats??! duhh, dia punya besar2 kan benda ni sampai they kutuk my parents kata belakangkan adik beradik sbb taknak tanya pendapat mana yang terbaik. and i need to buat makan2 untuk annouce masa kereta dh keluar tu supaya semua tahu dan takde yg simpan dalam hati. like…. guys, it’s my money, i yang bawa, i tak susahkan sesiapa, i can keluarkan kereta sendiri,… where is the problem ni sebenarnya?