Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin kerana sudi siarkan sedikit curhat saya ini. Terima kasih juga kepada para pembaca kerana sudi baca dan sudi berikan maklum balas.
Aku perhatikan sejak kebelakangan ini, ramai yang suka berjalan sambil tengok fon. Benda ni sangat mengganggu emosi dan fizikal saya.
Saya rasa stress sebab saya kejar masa untuk jalan dari satu poin ke poin lain, tapi, manusia-manusia yang berjalan tengok fon ni, melambatkan traffic flow.
Aku bekerja dalam mall yang sangat ramai pengunjung. Tak kira la hujung minggu ke weekdays ke, semua hari pun ramai. Berjalan bersimpang siur.
Bila bekerja, kita terikat dengan waktu. Kejar masa untuk clock in masuk kerja dan clock in balik rehat. Rasa sakit hati sangat bila kita terkejar-kejar, ada manusia duk berjalan sambil main fon. Letih ku nak mengelak.
Kadang kala, aku tengok sekilas apa urusan dia kat fon tu. Apa yang urgent sangat nak kena text or click sambil jalan. Surprisingly, ada yang sekadar scroll tiktok, main game dan paling dahsyat, tengah add to cart shoppee.
Semalam, masa saya tengah jalan menuju ke check out line LRT pulang dari kerja, saya mengeluh sambil berkata, ‘haih, Ya Allah!’ kepada seorang pompuan yang tengah texting sambil turun tangga perlahan lahan.
Yes, dia memang tengah texting. Saya tak rasa something important. Dia reply balik, ‘Orang dah ketepi, kan.. apa masalahnya, jalan je la. Nak marah-marah apa hal. Public space kan.’
Hmm. Public space? Dan kau advice itu kat aku?
Dik, walaupun kau texting di hujung tangga, masalahnya kau tak fokus dan tak stabil. Aku yang kena alert mengelak badan kau. Dan kawan kau lagi dua ketul sebelah tu, turun tangga sambil menyembang.
Dik, orang balik kerja ni, penat ye. Dan tak semua orang hidup terpaling healing sampai pagi tak balik. Ada yang dalam otak dah plan esok kena pergi appointment, ada urusan anak, etc.
Aku rasa, manusia yang suka main fon sambil jalan ni saje tak nampak lonely dan loser. Itu je. Nothing important pun.
Please have some common sense. Rider-rider makanan pun takde pun jalan tengok fon manjang.
So please, kat public space, tolong brush up your common sense skill. Jangan pertahan hak sendiri, sampai orang lain yang stress sebab kau. Sometime, depression ni, jadi sebab perangai manusia je. Bukan sebab orang tu pun.
Sekian, terima kasih..
– Zen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
saya setuju. perangai main phone sambil berjalan di public memang budaya yang patut dihentikan. Rengsa ya nampak bila sampai nak lintas jalan pun main telefon, telinga pula sumbat airpods/headphones. sense of awareness tak ada, kalau jadi apa apa menyusahkan kan menyusahkan orang. patut lebih ramai org sebarkan keburukan buat benda2 gini