Assalamualaikum, thank you pada IIUM confession ni if siarkan penulisan aku yang tak seberapa ni. Aku tak tahu nak start dari mana. Tapi ini adalah kisah kejayaan aku. Alhamdulillah sekarang aku dah berjaya. Tapi macam mana aku boleh sampai tahap ni, itu yang aku nak bagitahu korang. Memandangkan hari ni keluar result UPSR. Pada yang tak berjaya. Jangan putus asa. Percaya yang Allah itu ada.
Okay. Aku ni dulu budak sains masa SPM. Masa SPM tu result tak la hancur. Tapi disebabkan aku silap isi borang UPU. Menyebabkan aku ditolak. Korang tahu apa yang aku salah isi? Aku salah tick yang aku ni cacat okay? Huh. Betapa stress nya aku. Bayangkan member yang dapat result sama dengan aku elok je masuk U ambil diploma.
Aku memang sedih gila sebab aku seorang yang minat untuk belajar and belajar. Bagi aku, kosong hidup aku tanpa belajar. Tanpa buku. Walaupun aku ni bukan jenis study bagai nak rak pun. Kalau tak of course la aku dah masuk matrikulasi kan. Em.
Kawan-kawan kelas aku semua dah masuk matrik masa tu. So tinggal la aku terkulai layu kat rumah. So family aku ni suggest aku masuk form 6. Masa tu form 6 dah start pun. Aku kategori masuk lambat la. Mujur aku kenal HEM form 6 tu. Jadi mudah la aku masuk and aku diterima.
Sedangkan masa dapat tu mentah aku tolak. Alasan tak nak pakai baju sekolah and of course tak nak duduk asrama dah. Masuk form 6 aku lari bidang. Ambil bidang ekonomi. Berkawan dengan pelajar-pelajar yang memang ada asas dalam ekonomi. Kawan aku yang budak sains ni selamat masuk matrik. Aku tak tahu lah masa tu memang aku perlukan semangat. Masa aku lower 6, seriously aku tak boleh terima hakikat yang aku berada di tingkatan 6 and lari pada bidang asal. So aku rasa aku banyak menangis, melayan hati yang konon lara. Terabai lah pelajaran aku. Masuk je upper 6 aku dah boleh terima hakikat. Kawan pun dah ramai. So okay lah.
Tapi bab belajar tu memang main-main la kan. Kalau makroekonomi tu memang dari awal belajar sampai akhir pun aku tak boleh dapat apa yang aku belajar. Memang fed up rasa. Aku dapat rasakan betapa susahnya. Sebab tu la aku sanggup lari bidang if masuk form 6. Tak mungkin aku ambil aliran sains jugak di tingkatan 6.
Sekarang sampai lah masa untuk ambil result STPM. Masa ni terasa lagi hancur hati ni. Lagi teruk dari tak dapat masuk U. Sekurangnya aku masih ada pilihan untuk masuk tingkatan 6. Alhamdulillah aku pergi ambil result without ibu abah aku. So, aku boleh nangis puas-puas. Sampai hati aku tenang. Aku blah daripada sekolah tu. Aku menuju ke pantai. Kat situ la aku menangis. Aku pun hubungi seorang guru BM yang mengajar form 6 aku dulu.
Tapi dia dah pindah dari sekolah tu. Aku bagitahu la yang result STPM aku teruk sangat. Teruk macam mana? Teruk tu 1. Something. Aku memang rasa dunia aku kelam. Makin kelam bila cikgu aku tu cakap macam ni kat aku.
“awak tak payah berangan nak masuk U lagi la dengan result macam tu. Memang takkan lepas. Pelajar saya yang dapat 2.0 until 2.4 pun susah nak dapat U.”
Aku pun diam and say thanks dekat cikgu tu. Aku sambung menangis lagi. Masa tu pantai tu macam berhantu. Panggil aku untuk bunuh diri. Kalau taka da iman maybe aku dah arwah. Tapi aku pujuk diri aku. Aku akan ambil diploma balik. Tak apa. Masa tu umur aku dah 20 tahun dalam bulan 3 kot result keluar. Aku lupa dah. Aku pergi BSN and beli no.pin. aku isi hari tu jugak! Aku memang nak belajar. Sekurangnya aku dapat degree.
Aku balik rumah. Ibu abah aku tak marah. And aku pun dah okay masa tu. Dah penat menangis. Walaupun hati still fikir nak belajar lagi. Aku cari kerja. Aku kerja pasaraya, pam minyak. Macam-macam kerja aku buat untuk hilangkan rasa sedih di hati aku.
Masuk je bulan 7,8 macam tu, kawan-kawan aku yang berjaya dapat masuk UMS,UM, UNIMAS, UKM. Macam-macam U. Masa tu aku start sedih semula. Aku ni memang jenis kuat menangis. Apa-apa je nangis. Itu je kot aku tahu. Masa tu jugak aku dah pun ada kerja yang boleh dikatakan strong.
Dah ada kereta jugak. Support from ibu abah aku. Sempena aku dapat kerja ofis. Okay lah. Bulanan aku bayar ok. Tapi aku still rasa nak belajar. Abah aku pun cakap.
“adik belajar la PJJ”
Family aku pun harapkan aku belajar. Sebab utama abah aku ni guru. So dia nak la tengok aku masuk U kan. Aku pun timbang pendapat abah aku. Tapi tak perlu fikir pun sebenarnya. Aku tak dapat pun U. jadi aku mana ada pilihan pun. Macam ibu aku pulak suruh aku ambil semula STPM. Aku tak berani nak repeat semula. Pilihan aku masa tu aku nak ambil diploma.
Satu hari tu aku tertengok surat khabar. Boleh study PJJ ([PEMBELAJARAN JARAK JAUH) di uitm. Aku rasa macam nak cuba. Walaupun syarat dalam tu pointer must 2.0 an above. Tapi tak apa. Aku nak cuba jugak. Selain tu aku call dulu uitm and tanya. Aku bagitahu dia result aku bla bla. And dia tanya aku lulus tak PA (PENGAJIAN AM). Aku bersyukur sebab aku memang score dalam PA ni. Dia pun cakap aku boleh apply.
Masa tu aku rasa sinar hidup aku tu kembali cerah. Ada orang tak kisah dengan pelajaran. Cukup SPM pun okay. Tapi aku bukan jenis macam tu. Maybe sebab aku berkawan dengan mereka yang ada degree until PHD. So mereka inspirasi aku. SPM tu dah okay. But aku nak lebih.
Keluar result uitm-pjj tu. Alhamdulillah. Aku berjaya. Masa tu aku memang berazam untuk buktikan yang aku boleh berjaya walaupun hanya PJJ. Dan macam biasa. Aku sering ketinggalan dalam bab ni. Walaupun aku masuk belajar sama dengan kawan-kawan for 6 aku. Tapi aku habis setahun lambat dari depa. Tapi tak apa. Aku pujuk diri yang aku boleh berjaya. Sekurangnya aku dah ada kerja, kereta. Hanya perlu belajar sahaja lagi.
Alhamdulillah jugak apa yang aku nak kini tercapai. Orang lain berlari. Aku merangkak. I don’t mind. Yang penting aku dapat berjaya. Apa yang aku nak bagitahu kat sini sesiapa yang minat untuk belajar. Cari cara. Teruskan usaha. inshaAllah berjaya. Yang penting jangan tinggal Allah. Dalam kegagalan aku, aku rasa patah semangat tapi Allah bantu aku walaupun korang sendiri mesti akan cakap aku tak perlu bermimpi untuk berimpian tinggi sebab result aku memang tak dapat bantu. Aku tahu result aku memang teruk gila. Aku memang rasa aku manusia paling bodoh.
Sedangkan cikgu sendiri yakin yang aku memang tak akan dapat sambung degree dengan result STPM. Cikgu memang betul. Dengan bantuan Allah, dengan semangat yang ada. Yang tak putus-putus cari jalan untuk dapatkan degree. Akhirnya aku berjaya sambung degree dengan result STPM tu. Dan kini aku bakal sambung PHD. InshaAllah. Aku harapkan doa kalian. Doakan aku dapat jadi seorang pensyarah. Itu cita-cita aku dari kecil. Untuk menjadi seorang pendidik. Aku juga berimpian untuk sambung pelajaran aku di luar negara. Doakan aku semua.
-Widad-
– WIDAD
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit