Hi, saya namakan diri sebagai Lia. Saya nak minta pendapat pembaca tentang jiran aku gelarkan keluarga H.
Sebenarnya aku ada konflik dengan jiran H beberapa tahun lepas sampai ke harini tapi kesannya sampai sekarang. Sebenarnya konflik ni bermula pada hari raya ketiga 2022.
Untuk introduction kawasan rumah aku agak pedalaman sikit. Kami ada 2 orang jiran, maksudnya ada 3 buah rumah lah. Gambaran kedudukan 3 rumah ni macam bentuk segitiga.
Bertentangan rumah kami adalah rumah keluarga H dan disebelah kiri rumah keluarga Q. Jarak rumah antara rumah family aku dengan rumah rumah H dan rumah Q dekat je lebih kurang 10-15 langkah untuk orang dewasa.
Dalam hubungan dengan jiran, aku agak rapat sikit dengan keluarga Q berbanding H sebab umur anak2 makcik Q hampir sebaya dengan umur aku. Kalau beza umur pun tak jauh sangat pun. Seorang anak makcik Q ni aku gelarkan sebagai Zura.
Aku dengan Zura ni boleh dikatakan agak rapat jugak lah walaupun Zura ni lebih muda 2 tahun dari aku. Pada masa tu aku baru tengah sambung belajar, Zura pulak masih sekolah menengah.
Pada masa tu aku belajar online dari rumah bukan belajar dekat fakulti sebab kes covid masih tinggi jadi fakulti aku tak ada buat kelas physical.
Ceritanya bermula Zura ada ajak aku bersembang dekat halaman rumah sambil2 tengok anak buah Zura main bunga api dengan mercun. Anak buah Zura main sekali dengan cucu jiran H. Diorang ni masih sekolah rendah lagi.
Maklumlah malam hari raya ketiga masih meriah lagi orang main mercun dengan bunga api di kampung aku. Anak2 buah Zura dengan cucu jiran H seronok lah main.
Mercun diorang main pun tak ada lah bahaya pun macam mercun papan kalau ada kemalangan pun mungkin kene cedera ringan. Zura tak kisah pun diorang main mercun sebab diorang pun dah biasa main mercun tu dari bulan puasa.
Masa tengah sembang tu anak buah aku tetiba menangis sebab baru bangun dari tidur. Masa tu mak kepada anak buah aku tu tak ada Kat rumah, pergi beraya dekat rumah kawan dia.
Jadi aku stop perbualan secara tiba2 dengan Zura dan terus masuk ke rumah sebab mak aku panggil suruh layan anak buah aku yang nangis tu.
Anak buah aku ni memang setiap kali bangun tidur terus nangis walaupun umur dah 2 tahun lebih sebab dia memang jenis manja jadi aku tak tahu lah apa2 jadi kat luar sana.
Masa kul 10.30 malam aku ternampak kat tingkap anak buah Zura dengan cucu jiran H tengah pusing2 tempat yang sama dan mencari sesuatu macam ada benda yang hilang.
Jadi mak aku tanya lah cari apa malam2 ni, rupanya phone cucu jiran H dah hilang. Kami pun ada tengok2 jugak kat halaman rumah kitaorang tak ada pun phone tu.
Kemudian, jam 11.30 malam, menantu kepada jiran H, perempuan which is ibu kepada budak phone yang hilang tu tanya ada nampak ke phone tu sebab belum jumpa lagi. Kitorang memang tak tau apa2 langsung sebab kitorang memang duduk je dalam rumah.
Esoknya, pagi2 Zura datang rumah aku bagitau phone diorang dah jumpa dan keluarga H kata aku curi phone tu.
Aku dengan Zura macam pelik lah sebab Zura kan teman anak buah main dengan cucu keluarga H. Sepatutnya Zura lah saksi paling kukuh sebab sentiasa bersama diorang.
Hari raya ke ke 5 malam, Zura ajak aku lagi bersembang kat halaman rumah sambil teman anak buahnya main mercun.
Masa tu cucu keluarga H dah balik ke p****g. Tengah sembang tu tetiba makcik H keluar bukak pintu dan panggil aku datang rumah dia. Lepas datang rumah dia, dia terus cakap macam ni :
“Kenapa kamu gi ambik phone tu”
Aku pun respond lah kata masa kejadian tu aku duduk rumah je tak tau kes pasal tu pastu Zura pun ada backup aku kata tak nampak pun aku keluar rumah lepas anak buah aku nangis. Then dia cakap,
“Tak pe lah kalau tak nak mengaku, lain kali jangan buat lagi”
Wow, tinggi betul confident tu, cakap macam mengalahkan kerajaan langit ayah pin. Aku pun macam sedih dan pelik kenapa tiba2 kata aku curi pulak phone tu.
So betul lah kata Zura expectation diorang kat aku kata aku curi phone tu. Lepas kejadian tu, aku balik memang rasa down suka hati cakap macam tu.
Untuk kurangkan rasa sedih tu, aku layan lah YouTube bukak lah apa2 movie or drama ke nak bagi happy balik nak bagi ada mood and lupakan kes tu untuk sementara.
Aku fikir kalau diorang terus tuduh aku macam tu nak buat macam mana sebab benda2 macam ni di luar kawalan aku jadi aku fikir tak guna nak bersedih and layan perasaan benda2 yang aku tak buat.
Esoknya, Guest what? Anak kepada makcik H yang sound aku malam semalam which is ayah kepada budak phone yang hilang tu aku gelarkan Z.
Z dengan family dia kan dah balik ke P****g yang aku mention sebelum ni, Z ada wassap kat another cucu H iaitu anak buah dia lah aku panggil A. Hubungan A dengan anak Z yang phone hilang tu boleh dikatakan sebagai sepupu kan.
Lepas A chat dengan Z, A ada forward wassap dari Z kepada Zura. Zura pun tunjuk lah yang A forward tu so aku baca lah isi wassap tu. Antara ayat dari yang A forward tu macam ni
“Suruh Zura bagitau kat Lia polis dah tau pencuri tu sebab dah jumpa cap jari tu”
Lepas baca aku boleh katakan tu statement bod*h. Why? Sebab masa jumpa phone tu pun diorang pegang pakai tangan jgak. Yang first jumpa phone hilang pun makcik H.
Aku ada tanya A lepas aku baca wassap tu then dia cakap nenek dia pegang pakai tangan jugak. Pastu nenek dia (makcik H) bagi Kat anak dia pulak si Z. Z pun pegang phone pakai tangan jugak sebab nak check data apa yang hilang.
Sebab masa jumpa phone tu A ada sekali. Diorang jumpa phone tu pun around 11.30 malam. Diaorang check hilang semua data sebab pun tu dah kene reset factory. Memang diorang bengang lah dengan aku sebab diaorang mark aku.
Why mark aku? Nanti aku bagitau apa reason diorang nak mark aku. Sebenarnya Z rapat jugak dengan abang Zura. Dia ada cakap katanya dia sengaja suruh A forward kat Zura nak bagi aku baca sebab nak takutkan aku.
Aku fikir kenapa tak cakap terus je polis nak cari aku kan senang? Tak ada beza pun meaning tu. Dah lah nak menipu aku pun tak reti.
Ingat aku bod*h sangat ke macam dia nak percaya benda2 nonsense. Sah2 cap jari hilang kalau semua pegang. Kalau tak pandai menipu jangan menipu Aku tengok abang Z sama je dengan mak dia (makcik H) suka menipu tapi tak pandai. Nak menipu tu biar lah logik.
Kakak aku bengang jugak lah pastu dia ajak aku gi balai polis nak buat report. Sebab kakak aku kata kalau tak buat macam ni nanti nama aku jadi busuk. Kalau buat report polis at least aku boleh bersihkan nama aku.
Lagi pun makcik H memang terpaling KAKI KEPOCHI semua benda nak spill orang kat kampung ni. Betul juga buat report, kalau senyap je, entah2 makcik H jaja cerita 1 kampung pasal aku walaupun aku tak buat. Lagi bahaya..
So aku setuju lah ikut nasihat kakak aku untuk bersihkan nama. Hari sabtu tu memang kitaorang pergi balai polis cerita A sampai Z then polis tu ajak datang rumah nak selesaikan masalah.
Masa polis datang rumah, kakak aku yang lagi sorang (yang aku layan anak dia nangis haritu sebelum phone hilang malam tu) bukan yang ajak gi balai polis tu.
Masa tu kakak aku ada kat rumah makcik H dengan Zura tapi kakak ada hal sikit nak bincang dengan makcik H tpi hal lain lah bukan pasal kes aku.
Then, around 10-20 minit jugaklah lepas polis datang rumah tu memang kitaorang berkumpul kat rumah aku. A few anggota keluarga Q ada juga datang and of course lah pakcik, makcik H, Zura dan kakak aku datang dari rumah H.
So bermula lah cerita lah dari 2 belah side. Baru aku tau rupanya diaorang terus mark aku curi phone tu sebab “aku tengah sambung belajar”
So diorang ingat aku pandai hack phone tu then bukak lock password tu sebab diorang kata phone tu memang ada lock screen so diorang ingat kalau aku tengah sambung belajar katanya aku ada kemahiran unlock phone orang lain.
So mindset makcik, pakcik H fikir sapa2 yang sambung belajar, mereka memang power tentang unlock password phone orang lain.
Aku tak tau pulak kat university ada silibus benda2 macam ni. Sepanjang aku study tak ada pulak kitaorang diajar cara2 nak hack phone orang or unlock password phone orang lain.
Family aku ada persoalkan juga kenapa masa dia tanya aku tu dia terus tuduh aku curi. Tapi makcik H tu tipu wei, dia kata tak tuduh tapi tanya je. Dia siap kata dia tanya macam ni,
“Kamu ada ambik tak telefon tu”
Hakikat dia tanya soalan lain macam aku dah mention sebelum ni. Dah lah dia tipu depan Zura. Kan Zura teman aku masa dia tanya haritu. Zura pun kata makcik H tu menipu kata haritu tanya lain tapi depan orang ramai cakap lain.
Sebenarnya makcik H ni memang suka menipu tapi jenis tak pandai menipu. Hahaha, terkantoi menipu depan Zura. Macam aku cakap sebelum ni, diorang kan memang terpaling yakin aku curi phone tu siap suruh aku junjung al quran lagi.
Dia suruh ambik al quran letak kat dahi pastu suruh aku sebut aku bersumpah dengan al quran…….. Pastu suruh sambung kalau aku tipu dan ambik phone tu aku akan kene……….
Selepas aku buat sumpah tu kakak aku ada suruh side pakcik, makcik H pulak buat sumpah al quran sebab diorang suruh aku buat sumpah dulu. Yelah nak buat mestilah kene buat 2 side nak bagi adil. Tak kan side aku je kene buat sumpah.
Kakak aku pun suruh lah diorang buat sumpah kononnya katanya diorang tak tuduh aku mencuri cuma tanya je. Guest what? Dorang tak buat. Takut lah tu.
Memang lah diorang takut sape je nak kena makan sumpah kan. Dasar pengecut, maka terkantoi lah diorang menipu depan orang ramai. Memang diorang yakin, aku curi phone tu.
Masa berkumpul tu mak aku ada sediakan minuman dengan kek gulung saiz besar masa beli semalam untuk polis je sebab macam appreciate lah polis datang rumah kitaorang,
Lagipun kitaorang pun bukan ada apa2 sangat pun nak hidangkan untuk semua orang sebab masa situasi tu ramai jugak orang yang datang rumah kitaorang.
Banyak jugak mak aku letak kek tu macam separuh gulung jugak lah. Ingatkan ada lebih boleh kitaorang makan lepas polis balik.
Guest what? Polis tu minum air je tak makan pun kek tu but makcik H makan kat situ siap nak bawak balik lagi kek tu. Memang licin kek tu. Tak tau malu betul makcik.
FYI makcik H ni memang suka angkut makanan rumah orang bawak balik rumah dia. Sebab sebelum tu masa pertunangan and kenduri kakak aku. Makcik H kantoi curi makanan rumah kitaorang bawak balik rumah dia.
Masa rumah Q buat makan2, makcik H kantoi curi ayam mentah masa rumah Q tengah masak makanan. Keluarga Q dengan kitoarng senyap je. Nak kata keluarga H Susah pun, diorang lah hidup paling senang berbanding kitaorang dengan rumah Q.
Sejak dari tu memang aku betul2 turn off dengan keluarga H. Bukan sebab tu je ada banyak lagi redflag keluarga H tu. Tengok lah macam mana, kalau tak berminat aku stop cerita sampai sini je. Kalau banyak permintaan, insyallah aku cerita lagi.
Maaf jalan cerita agak mengelirukan dan banyak typo. Ni first time aku post kat sini. Terima kasih kat admin kalau cerita ni disiarkan and pembaca yang sudi baca cerita aku ni. Aku post ni saja je nak baca apa pendapat korang pasal kes ni.
– Lia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
cerita menarik tapi banyak sangat orang dari A sampai Z jadi confuse siapa tu siapa ni haha
Nak sama macam kes family kitorang gak, jadi masa balik raya,sebelum gerak balik ke rumah… tapi takdelah sampai nk report polis, anak lelaki jiran tu kepochi..dia yg bawak anak datang rumah orang pastu tengok2 mcm tu je, pastu phone hilang tuduh kitorang amik…tup2 hari last day kat kampung jumpa molek2 eh phone dia,,eyyy…
Sorry pening baca cerita awak ni. Keluarga A sampai Z di mention nye confuse tau. hihi
standard bila ko orang x berada akan dituduh macam2..bila ko dah kaya nanti ko akan dituduh sombong..kalau aku mmg jauhkan diri dari orang2 macam ni..x rugi x rapat pon sbb x mendatangkan apa2 pon kalau baik ngan orang macam ni..dapat sakit hati je
kelakar la bab siapa sambung belajar, boleh tahu cara buka kata laluan. hahhahhahahhaha.