Berjodoh Itu Lebih Baik

Assalamu’alaikum. Sedikit mukadimah- Saya revisit IIUM Confession sejak PKP & selama ni not even once saya join komen.

Apa yang saya reserve untuk komen, saya kumpul untuk jadikan artikel confession kerana terasa macam nak habiskan cerita-cerita yang saya perasan tergantung.

Pembaca, isi cerita rumahtangga dipaparkan dalam IIUM Confession banyak yang sebiji seperti saya alami. Nafkah kadang bagi, tapi banyaknya tak bagi.

Dah kahwin tapi perangai macam bujang, tak utamakan tanggungjawab kepada anak bini. Komitmen hanya untuk keluarganya. Take wife for granted, susah bersama, senang lupa.

Bila kita dah tiada hati, baru nak minta maaf, insaf, tapi untuk orang dah terluka, kita bukan lagi orang yang serupa. Sampai bila-bila takkan lagi sama, terutama hati kita terhadap dia.

Saya tak plan nak cerita kisah rumahtangga saya sebab jalan cerita tu lebih kurang sahaja tapi saya mempunyai ending berbeza. Saya akhirnya terima mengapa saya masih dalam ikatan ini walau saya harapkan sebaliknya.

Perkara yang saya nak share ialah perubahan mind set saya dalam setahun dua kebelakang yang membawa kepada penamat kekusutan hati ini.

Firstly, dari sudut Rukun Iman, saya percaya ianya Qadr Allah. Sesuatu yang di luar kawalan saya kerana walau pernah berusaha, outcome tidak memihak kepada saya yang beriye sangat nak berpisah.

Secondly, dari sudut penilaian saya, I don’t have any better option because:

1. Saya dah buat aduan & dia tak hadir ke Pejabat Agama walau 3 kali surat dikeluarkan untuk sesi Kaunseling.

Saya dapati, hanya kalau suami rela lepaskan atau nak ceraikan, barulah proses itu jadi mudah semudah-mudahnya. Progress saya stuck bila suami tak cooperative.

2. Kaunselor nasihat saya terus ke Mahkamah Syariah sebab tiap kali sampai tarikh, saya datang seorang.

Untuk naik court, harus hire peguam syarie yang lebih familiar dengan prosedur tapi saya kena habiskan banyak ribu. Saya tak sanggup spend sebanyak tu untuk itu.

Kalau nak wakil diri sendiri pun boleh, tapi saya kena study, cari masa especially untuk kumpul berbagai info & bukti untuk menyokong saya.

Saya bukan tak cerdik, semua tu saya dah semak. Tapi saya tak cekal. Penat betul rasa nak uruskan semua tu dan pada masa yang sama nak urus diri, keluarga & kerjaya.

3. Saya tidak mempunyai strong support system. Saya perhati memang kalau orang tiada back up family, for whatever reason, memang senang suami khianati.

Keluarga saya porak peranda, environment toxic, parent abusive. Dalam erti kata lain kehidupan mereka pun huru hara, jadi baik saya tonggang langgang sendiri.

Frankly, walau sakit hati dengan laki tapi boleh lagi hadapi compare to kembali kepada family psiko who torture you mentally & emotionally walau you dah beranak pinak.

Existence seorang suami memudahkan saya escape dari kena balik mengadap family selalu.

4. Bila diperhalusi, ada juga advantage yang besar bila bersuami – tidak dinafikan, kita terlindung daripada fitnah.

Kawan-kawan saya yang dah menjanda cerita terlalu banyak stigma orang terhadap mereka. Saya pun terfikir satu hal nak jawab bila orang tanya nanti mana suami bila ada majlis atau event seperti Family Day.

Di sekolah, bagaimana pula anak-anak saya nak berhadapan dengan soalan mengenai ayahnya. Mungkin saya tak cukup kuat hadapi situasi sedemikian.

5. Dah adat laki bini, kalau disingkap, ada perbuatan baik dia yang masih boleh dirindui & dihargai. Amat banyak perkara menyakitkan yang berlaku tapi mustahil tiada langsung perkara elok yang dia pernah buat.

Saya berusaha untuk mengenang kebaikannya (tapi memang sukar dibuat kerana asyik ingat babak dia abaikan saya banyak tahun lamanya).

6. Saya pernah diingatkan tentang jurang antara kami tapi saya ketika itu tetap rasa dia pilihan terbaik, mungkin saya terdesak nak boloskan diri daripada keluarga. Lepas grad, biar terus berumahtangga.

So kalau saya bercerai, ada orang yang boleh cakap ‘I told you so’. If not to my face, maybe dalam hati.

Mungkin kerana pride, saya tak proceed. Saya malu kerana akan kelihatan gagal akibat silap pilih & tidak dengar nasihat terutama daripada kawan-kawan Universiti.

7. Keluarga dia lebih mendapat manfaat berbanding kami dahulu. Puas berdialog & buat istikharah sebelum saya melangkah ke Pejabat Agama demi menuntut hak & keadilan.

Sia-sia rasa kalau fight sampai level ni, lepas tu undur diri. Saya terbayang family dia gembira kalau saya mengalah selepas berjuang.

8. Kini dia lebih stabil & selepas saya filekan aduan, kami mula merasa sedikit kesenangan (bukan kemewahan – at least perkara asas seperti makan & bil utiliti dia tanggung).

Rugi kalau tak ambil peluang merasa duit dia, apatah lagi sebelum ni semuanya terletak di bahu saya. Biarlah overdue, tapi kami tetap nak merasa bergantung kepada Ketua Keluarga walau untuk sebahagian belanja.

9. Untuk meredakan tension, suami dah cakap dia tak akan kongkong saya.

Sebab dia pun nak bebas ke mana, jumpa siapa, balik pukul berapa maka dia dah beri blanket approval saya pun boleh buat hal sendiri, dia takkan larang asal anak-anak tak terabai dan saya jaga batas pergaulan.

Saya boleh balik malam bila banyak kerja on weekdays (dinner tapau sahaja), sometimes mengopi dengan kawan lama (saya angkut anak-anak semestinya).

Siap dapat melancong dengan rakan-rakan jika ada cuti panjang (sebelum pandemic) sedangkan ada kawan yang reunion pun husband tak beri kebenaran join.

10. Saya nampak putik perubahan pada dirinya. Contohnya dulu dia akan bising saya beli barang, nak-nak yang mahal sikit, contohnya water filter, padahal duit saya & saya nak benda berkualiti yang alah membeli menang memakai.

Now dia tak kisah saya nak beli apa dengan duit saya. Hikmah PKP, dulu dia banyak buat tak tahu hal rumah sehingga maintenance dan kerja kecil pun saya kena upah orang tapi sekarang dia buatlah kerja seperti mesin rumput & repair paip tersumbat.

11. Paling penting, anak-anak. Walau anak-anak bergantung kepada saya, rapat dengan saya & apa-apa hal cari ibunya, mereka tetap sayangkan ayahnya. Saya tanya sendiri & itu jawapan mereka.

Jika saya korban perasaan demi anak-anak, saya percaya ia tidak sia-sia. Saya tak nak mereka serabut dengan isu parents cerai berai seperti yang saya tempuh dulu.

Itulah antara faktor-faktor yang saya fikir jadi sandaran why we are still together. Saya tahu ada point yang menunjukkan saya overthinking, paranoid, self serving, etc tapi itulah hakikat pemikiran saya yang berperang dengan perasaan saban masa.

Moga Allah ampunkan saya berfikir dan berasa bukan-bukan. Aamiin.

Kalau nak continue merungut, keadaan takkan berubah, either I do something (nekad bertindak) or reconcile with my fate (sangka baik dengan takdir).

Saya decide untuk terima keadaan semasa dengan berlapang dada. Saya berhenti susahkan diri mencari jalan untuk berpisah & saya kurangkan menyebut perkataan cerai. Kalau tidak, kerja saya asyik minta diceraikan.

Saya accept the fact berjodoh itu lebih baik bagi saya. Selagi Allah pinjamkan suami dalam hidup ini, saya redho ia untuk kebaikan kami sekeluarga.

Namun jika ada orang tanya ‘are you happily married?’ jawapan jujur saya pastinya ‘tidak buat masa ini’. Jika soalannya adakah saya bahagia? Jawapannya ‘Ya sudah tentu, Alhamdulillah’. Saya ada life & I am definitely happy with my life.

Bukan saya tiada perasaan nak marriage yang ideal, a form of partnership, tapi kalau saya bercerai dengan matlamat remarry, finding a second chance with another man (kalau ada jodoh lagi),

Adakah mungkin saya jumpa lelaki yang really bertanggungjawab? Takut lari dari naga, masuk mulut buaya. Dengan kekal begini, saya dah tahu nak survive macam mana.

Manakala jika tiba-tiba saat ini saya ditalakkan, InsyaAllah saya akan buat sujud syukur kerana pasti itulah takdir yang terindah, yang selari dengan kehendak hati saya.

Selagi perkara itu tak berlaku, saya tak ikutkan hati, dan rationalkan situasi saya seperti no 1-11 iaitu berhujah sendiri mengikut akal agar saya boleh move on.

Saya juga percaya doa orang yang dizalimi dimakbulkan. Saya berdoa Allah gantikan gundah saya dengan ganjaran keberkatan dunia akhirat. Hasilnya urusan lain dalam hidup saya banyak dipermudahkan.

Kami sihat, saya suka kerja saya sekarang, conducive & rewarding. Saya juga ada ramai sahabat dunia akhirat yang sentiasa saya boleh harapkan melebihi keluarga sendiri.

Akhlak & pencapaian anak2 juga membanggakan. Moga berterusanlah begitu dan yang paling saya syukuri ialah nikmat iman, Islam, nafas & keyakinan ‘cukuplah Allah sebagai pelindung’..

حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ

(Zikir ni kawan saya yang kehilangan suami ajar saya untuk amalkan supaya timbul rasa damai mengetahui Allah sentiasa menjaga kita walau rumit mana pun keadaannya).

Berbalik kepada kisah-kisah dalam IIUM Confession, semasa saya decide untuk menulis, saya terdetik masyarakat kita sebenarnya dah tenatkah bila pengisiannya hampir sama?

Isu nafkah terutama. Masalah rumahtangga kebanyakannya. Depression, anxiety. Lagi dan lagi setiap hari.

Bila ditulis, memang nampak malang sekali.

Tapi dalam kehidupan sebenar, saya percaya most of them appear as normal couple dalam komuniti yang mana si suri akan membawa senyuman yang menyembunyikan bebanan hati (exception for mental health cases because they may not function at times & need medical intervention).

Bagi yang kesnya teruk, contohnya dipukul sampai patah berdarah, takkan nak tunggu mati, bagi yang libatkan unsur jenayah, takkan nak rosakkan masa depan anak. Kumpulan macam ni should get out of the marriage.

Tapi kalau macam yang saya banyak baca, nampak gaya confessor will still stick to the spouse. Nak mengaku atau tidak je.

Macam saya, lepas bertahun-tahun obses dengan nak hidup tanpa laki, kawan-kawan yang sama naik geram dengan cara dia treat saya pun asyik tanya apa hang tunggu lagi,

Akhirnya saya terus terang dengan diri sendiri bahawa fasa saya betul-betul berazam nak lepaskan diri dah berlalu.

Dalam pengakuan ini, saya tak nak menipu diri apa lagi mislead orang lain. I want to be truthful with my confession, bahawa walau teraniaya, saya ada banyak motif untuk kekal berumahtangga.

Ia juga menjawab persoalan kawan-kawan yang tahu kes saya dan menyatakan kehairanan bagaimana saya boleh terus sebumbung dengan dia. Anggaplah sekarang saya mengalah dulu, tetapi tak semestinya muktamad saya kalah.

Kepada yang sedang decide untuk kekal atau keluar dari berumahtangga, doalah moga Allah tunjukkan jalan. Saya tahu semua orang selalu pesan begitu – BERDOA..

Tapi dari apa yang dah saya lalui, untuk sampai tahap boleh let go perasaan yang meluap, tenteramkan jiwa yang berkocak dan repair hati yang berkecai, ia memerlukan amalan yang istiqomah.

Bukan berdoa yang biasa-biasa, tapi diiringi dengan amalan wajib (Solat fardhu, puasa, Zakat) yang terjaga & amalan sunat yang dilaksana seperti solat taubat, tahajjud, witir, dhuha, sedekah, baca Al Qur’an & terjemahannya, hadir Kuliah (sekarang banyak on line), selawat & zikir.

Saya pernah berada dalam situasi buntu & saya tidak pandang remeh confession orang lain. Cuma saya mengajak anda menginjak daripada kebuntuan. Hidup anda InsyaAllah tenang selepas itu.

Wallahu’alam bissawab. Terima kasih.

– HALWA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *