Berkahwin Dengan Muallaf

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya cuma nak berkongsi pengalaman menjodohkan muallaf. Rata-rata yang saya baca tentang proses mencari jodoh, ramai yang belum bertemu dengan pasangan yang serasi. Tentunya bertemu jodoh itu adalah rezeki dan ujian. Teruskan berusaha dan kepada yg tidak lagi mahu berkahwin, jangan pula kita kecam atau membawang mereka ye.. jodoh itu ketentuan Allah.

Panjang pula pendahuluan daripada saya.. Okay kita teruskan kepada tajuk pula. Saya pernah dengar orang kata kalau terlalu memilih, lebih baik kahwin dengan bihun atau kertas A4.. sebab terlalu specific.. nak tinggi 180cm, kurus, kulit cerah dan mulus. Kalau wanita kebanyakannya mahukn lelaki yang sudah stabil kewangannya dan dalam pada masa, yang sama nak yg berumur 30-an, pendidikan tinggi dan bujang!

Ketahuilah saudara dan saudari orang sebegitu tidak wujud kerana tiada manusia yg sempurna! Jika mahu yg stabil kewangannya, sudah ada kerja tetap, rumah dan BELUM BERKAHWIN (BUKAN DUDA) tentunya lelaki tersebut berumur 35 tahun ke atas. Jika mahukan wanita kurus, kulit cerah dan tinggi biasanya sudahpun berkahwin (janda) ataupun mungkin belum bersedia untuk berkahwin dengan anda. Begitu juga dengan muallaf. Tiada pakej lengkap.

Kisah 1

Saya pernah jumpa muallaf yg mmeluk Islam tanpa persetujuan dan pengetahuan keluarganya selama 3 tahun dan apabila mahu berkhwin dgn wanita pilihannya, bapa wanita tersebut mmberikn syarat tanpa rundingan bahawa klau mahu berkahwin dgn anaknya perlulah lelaki tersebut memaklumkn kpd keluarganya. Ini merupakan syarat yg berat kerana sudah tentulah ibu bapanya akn terkejut dan berlaku perang dunia ke-3 dan seterusnya. Wanita tersebut dlm dilema antara kehendak wali dan memahami situasi muallaf.. akhirnya mereka tidak jadi berkahwin..

Kisah 2

Muallaf ni seorang yg aktif dengan dakwah malah bercita-cita menjadi pendakwah. Alhamdulillah solat 5 waktu namun begitu keluarganya tidak menyokong pilihannya untuk mmeluk Islam. Dengan gaji yg kecil dia terpaksa menyewa sebuah bilik dan dlm pd masa yg sama perlu byr sewa kereta dan sebagainya. Umurnya hmpir 30-an. Dia mahu buat kerja part time untuk menambah pendapatan bulanan. Namun wanita tidak berminat dan takut kerana gajinya yg kecil biarpun dia rajin bekerja.

Kisah 3

Seorang muallaf dan bekas paderi, namun setakat ini tiada yg berminat kerana umurnya 45 tahun ke atas… alhamdulillah muallaf ni juga rajin belajar di institusi dakwah di Malaysia malahan pergi ke beberapa negara majority Muslim untuk belajar agama dan teknik dakwah.

Ketahuilah org yg berkhwin dgn muallaf adalah ibarat kaum Ansar mmbantu muhajirin, dan tentulah mereka bukan bangsa Melayu. Ada muallaf yg warganegara Malaysia Dan ada juga luar dr negara Malaysia. Jika ada yg pasang impian untuk berkhwin dengan muallaf, anda perlu:

1) Tidak terlalu berharap untuk dibimbing biarpun anda wanita, dia lelaki. Sama-samalah membimbing dan belajar, perkahwinan dgn muallaf hanya sesuai untuk org yg suka belajar benda2 baru, kerana muallaf biasanya mempunyai sifat ingin tahu yg tinggi!

2) Satu kepastian bahawa anda akan masuk dalam golongan kahwin campur. Jadi bnyk berlaku pertembungan budaya dan bahasa. Oleh itu bersedia dan terbukalah dlm berhadapan dengan perbezaan. Masing2 belajar budaya pasangan masing2 dan jgn mengharapkn pasangan anda belajar budaya anda tetapi anda tidak mahu belajar memahami budayanya!

3) Anda perlu sokong pasangan untuk terus belajar dan berlumba-lumbalah dgn pasangan anda untuk terus belajar agama. Tidak sedikit muallaf yg belajar agama dan melihat pasangannya culas dlm amalkn Islam seperti solat 5 waktu terutamanya solat Subuh! Jadilah qudwah jgn jadi fitnah kpd Islam. Hormatilah ibubapa pasangan biarpun mereka belum mmeluk Islam dan doaknlah untuk mereka supaya terbuka hati memeluk Islam atau setidak-tidaknya pandangan negatif mereka trhadap umat Islam bertukar jadi positif terutamanya mlalui akhlak baik anda.

4) Anda tidak goyang kaki. Tugas anda adalah berdakwah kepada keluarganya yg belum Islam dgn menjadi menantu yg baik akhlaknya dan sentiasa mendorong pasangan untuk terus belajar dan anda belajar bersama-sama2 dengannya. Buat perjanjian dengan pasangan anda untuk terus belajar Islam setelah berkhwin dan jgn terlalu memaksa untuk berubah dlm setahun dua kerana masuk Islam bukan mcm tukar baju tetapi masuk dunia yg baru!

5) Fahamkan ibu bapa anda yang belum faham tentang muallaf ye, supaya nanti tiada salah faham.

6) Bersedia berhadapan dengan perkara2 baru namun anda dapati perbezaan bangsa juga menyeronokkan kerana ada bangsa yg memang rajin sampai anda tabik spring, ada yg memang protective and romantic habis dengan pasangan dan ada yg highly discipline, menepati masa dan janji apabila berkahwin dengan Japanese (contoh)!

Sekian coretan pengalaman daripada saya, ketahuilah berkahwin lebih kepada saling melengkapi, proses mempelajari tentang manusia dan kemanusiaan dan mematangkn pemikiran.

– Menjodohkn orang bukan penjodoh bilangan

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *