Hi semua. Saya tidak akan perkenalkan basic info saya, dan saya akan terus cerita ya.
Perkahwinan saya dan suami sudah 3 tahun dan kami baru beberapa bulan PJJ. Sebelum PJJ, suami bekerja dalam sektor perubatan.
Jadi sebenarnya sebelum PJJ pun saya dah jarang dapat jumpa suami sebab kerja syif dan kadang double syif. Tapi sekurang-kurangnya dapatlah juga jumpa kan time off day tu.
Dan tempat kerja suami dekat je, jadi bila saya free saya akan beli makanan dan bawa ke tempat kerja suami.
Tapi, sejak PJJ ni, saya rasa macam… kami terlalu mandiri. Saya rasa suami saya ok dan bahagia je tanpa saya di sana, dan saya pun rasa saya ok je sorang sorang di sini.
Kami tak macam pasangan lain yang dependent with each other sampai rasa tak lengkap hidup tanpa salah seorang. Saya rasa macam tak normal untuk orang yang berkahwin rasa ok je bersendiri.
Untuk makluman, saya tinggal seorang diri di rumah sewa kami dan belum ada anak. Tapi mungkin sebab saya introvert jadi saya memang sangat ok tinggal seorang.
Bila dah rasa ok bersendiri macam ni, otak saya mulalah tertanya. Then untuk apa aku teruskan lagi perkahwinan ni?
Nak kata bahagia sangat tu, pun tidak. Suami jenis mudah marah, silap petik suis sikit dah naik angin. Dah beberapa kali saya cuba untuk minta pisah tapi saya tahu sangat perangai suami. Dia jenis dah buat sesuatu tu, dia akan stay sampai bila bila.
Kalau dia suka makan nasi kat kedai A, dia takkan ubah order lain. Dia akan makan nasi saja kalau kat kedai tu. Itu contoh kecil lah perangai kesetiaan dia tu.
Tapi saya yang resah. Sebab saya bekerja, ada duit sendiri, dan sebenarnya bulan² suami selalu pinjam duit saya sebab gaji dia tu tak pernah cukup.
Walaupun dia bayar balik, tapi nampak kan, kalau berpisah siapa yang akan lebih affected financially? Itu salah satu sebab saya rasa kenapa dia tak nak lepaskan saya.
Kembali pada kisah PJJ. Disebabkan suami cuti sehari seminggu sahaja, maka sebenarnya amat sukarlah kami untuk berjumpa melainkan dia apply cuti.
Saya pun susah nak ke sana sebab weekend saya busy. Saya sambung belajar, dan saya juga ada mengajar kelas. Jadi sebulan kami jumpa beberapa hari saja.
Saya sampai tahap malas nak kira dah berapa lama tak dapat nafkah batin, haha. Buat sakit hati je kalau keep track.
So saya rasa macam sia sia nya rumahtangga ni. Takda bawa apa apa manfaat dan keuntungan dekat saya pun. Yang untung dia sebab ada orang boleh sapot dia time dia broke tengah bulan.
Tambah lagi dengan sikap dia yang kalau orang lain tengok, orang akan cakap dia red flag bergerak.
Ye, saya mengaku saya menyesal terkahwin dengan dia dan buta mengabaikan red flag sebelum ni. Saya rasa kosong dan tawar hati. Takda perasaan dah dekat dia. Rindu pun takda.
Sumpah saya rasa macam saya single, dan mungkin lebih baik saya single je.
Macam mana ya seorang isteri nak failkan perceraian kalau dalam situasi mcmni? Tak perlukan suami punya tandatangan pun kan? Terima kasih semua.
– Lili (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
pergi je failkan fasakh. bagitau dalam tu tengah bulan je suami pinjam duit u. nafkah batin jarang dapat. PJJ.
Kes awk ni lbh krg sma dgn saya, dlm setaun tu bole kira dgn jari dia bersama saya di rumah, klaw dia blk rumah pon, sya rse dia mcm ‘mnyibuk’ n ‘menyemakkn’ hidup sya je (dahsyat kan..), kdg2 kmi kbetulan berjumpa mse ‘out-station’, mse tu rse mcm kitorang ni ‘strangers’ je, n klaw org lain x tau, mngkin diorang pon ingat kita kwn biasa atau mmg “strangers” yg terjumpa di jln.. haha.. akhirnya kmi ‘berpisah’ jugak.. itu pon sbb dia dh jumpa org lain, n sbb sya x layan dia sgt sbg suami, kdg2 tu bla kitorang berjumpa pon asyik nk ‘bergaduh’ je, mcmne nk dduk skali lma2 kann.. tp skrg sya dengar ada cara yg ‘express’ d mhkmh Syari’ah utk minta cerai, sya x pasti la mcmne, kna g sendiri tnya.. sbb nya ada sorang kwn sya tu, cepat jer selesai proses perceraian dia, mngkin juga ada kerjasama dari pihak yg lgi satu, kna tanya la kat depa.. apa2 pon, buatla solat istiqorah dlu klau nk bercerai pon, mne tau masih ada ‘peluang kedua’ atau ‘sinar’ di hujung jln perkahwinan ini.. wallahu a’lam bissawab.. 😔
Pg mahkamah syariah.. bgtau nk minta fasakh.. kalau sis mmg ade duit baik amik lawyer.. lg mudah nnt urusan seterusnya.. sis xpayah nk hadap dia.. biar lawyer jer uruskan segalanya..