Salam semua. Boleh tanya pendapat dalam ni?
Saya sekarang bekerja di salah sebuah syarikat MNC. Memandangkan syarikat ni agak besar, kami mempunyai beberapa division untuk satu2 bahagian.
Contoh untuk bahagian IT sahaja, kami mempunyai lebih 15 unit. Setiap orang akan ditugaskan untuk satu2 task.
Contoh bahagian Storage lain, bahagian Backup lain, bahagian media lain pula. Begitu juga untuk Network.
Network pula ada dalam 7 sub unit lain pula. Fokus untuk satu2 bahagian seperti Palo Alto satu, Cisco satu, HPE satu.
Jadinya saya boleh kata kami semua yang bekerja di sini sangatla rileks dan hanya akan sibuk sekiranya ada isu2 melibatkan P1 dan P2. Tapi sangatla rare untuk ada satu2 isu.
Jadinya, almost setiap hari saya boleh katakan kami bekerja mungkin 2 hours give and take, the rest hanya wayang semata2 dan menunggu jam balik sekiranya di office memandangkan polisi syarikat membenarkan hybrid mode.
Soalan saya, adakah berkat kerja saya yang banyak masa lapang tanpa berbuat apa2?
Kadang2 kalau rajin saya akan berusaha untuk membuat task2 lain. Self-learning additional knowledge, bantu rakan2 lain di unit yang lain untuk killing the time. Jarang juga delay kerja sebab kerja pun tak berapa ada.
Tapi jujur saya banyak main fon, tengok movie dan google search selain bersembang di pantry.
Kadang2 saya cuba tanya senior dan boss sekiranya ada additional task atau apa2 projek yang saya boleh involve untuk compensate masa tetapi memandangkan mereka juga tidak banyak task, kami hanya bergelak tawa di masa2 lapang.
Saya risau dengan keberkatan kerana saya dibayar untuk bekerja.
Dengan banyak hours yang saya gunakan untuk perkara di luar pekerjaan seperti main fon dan kadang2 saya balik awal satu jam sebab pukul 10am semua kerja dah siap, saya takut gaji yang diterima tidak berkat.
Boleh bagi cadangan untuk saya kurangkan rasa bersalah tu?
Adakah setiap minit yang saya bazirkan saya perlu sedekah atau saya berterus terang dengan bos berkenaan hal ini jadi performance review/appraisal tu boleh di evaluate secara jujur?
Terima kasih..
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit