Assalamualaikum semua pembaca. Salam aidilfitri. Semoga coretan ringkas ini bermanfaat untuk kita semua.
Aku nak cerita sikit pengalaman aku selama berbakti kepada keluarga. Apa yg aku dapat bila tak berkira dengan mereka. Macam2 rezeki Allah buka utk aku. Dan ini satu kisah yg baru sahaja berlaku raya baru2 ni berkat berbakti kepada keluarga. Benarlah yg aku pernah dengar, wallahu a’lam hadith atau kalam ulama’ yg berbunyi, ” Sesungguhnya ahli keluarga lebih afdhal dari kenalan (dalam bab infaq)” Wallahu a’lam maaf aku tak dapat sahihkan ianya hadith atau apa tapi ianya memang satu ucapan yg benar.
Aku dari keluarga yg sederhana. Ayah aku sudah lama meninggalkan kami lapan beradik dan ibu. Aku dan abang sudah berkahwin, manakala yg lain masih bujang. Yg bekerja dari adik beradik aku hanya empat orang. Aku, abang, dan 2 kakak. Manakala adik2 masih kecil bawah 18 tahun. Dalam adik beradik, boleh dikatakan gaji aku yg paling tinggi plus aku dan suami dua2 bekerja. Sebenarnya walaupun gaji kami tinggi namun komitmen kami berdua agak tinggi. Kadangkala dalam 2-3 bulan tiada simpanan langsung. Tapi suami aku tetap selalu berpesan, ” jangan berkira dgn keluarga. InshaAllah Allah akan gantikan lebih lagi.”
Jadi dipendekkan cerita, raya baru2 ini kami balik kampung bersama keluarga. Suami dah berpesan pd aku, segala kos minyak homestay jalan2 akan ditanggung oleh kami berdua. Dalam kepala aku sebenarnya ligat buat kira2 memandangkan kami berdua juga plan untuk bercuti ke tempat peranginan sebelum mula kerja. Hati agak berat bila nampak hasil duit yg bakal dikeluarkan utk belanja family termasuk duit raya ibu, adik2, ibu mertua, dll. Namun bila suami dah kata, aku turutkan saja sambil memujuk hati “ala takpe bukan selalu dapat belanja diorang”.
Balik dari kampung, aku dah pening kepala sebab nampak gaya budget dah lari. Aku cakap dgn suami utk cancel percutian kami berdua memandangkan duit percutian pun dah lari ke perbelanjaan raya. Suami masih menyuruhku bertenang walaupun dia sendiri garu kepala. Hehehe
Malam tu suami ajak ziarah kawannya sempena raya. Setelah berbual panjang, akhirnya kami minta diri memandangkan isterinya pun kurang sihat. Sebelum kami beredar, kawan suami menghulurkan sampul kepada suami. Hadiah katanya. Dia kata terniat nak bagi. Suami pun akhirnya terima setelah puas menolak segan. Dalam kereta, aku yg tak sabar nak cek sampul tebal tu. Buka2, guess what? Jumlah yg lebih kurang dgn yg kami keluarkan utk belanja family. Hati aku sebak sesebak-sebaknya. Suami tersenyum sambil kata, “alhamdulillah Allah dah ganti duit nak gi jalan.”
So inilah salah satu dari pengalaman aku bila berbakti dgn keluarga, ada je Allah mudahkan itu ini. Tak duit, rezeki lain. So kesimpulannya janganlah berkira dgn keluarga. Apa yg mampu, kita bantu. Kalau bukan dgn duit, mungkin boleh bantu dgn cara lain, tenaga, dll.
Maaf pendek je sebab nak subuh dah. Sambil taip sambil lap air mata heheh. Terima kasih sudi baca. Thanks admin siarkan.
– Servant of God
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit