Kalau ikut tajuk memang panjang la cerita aku sampai ke akhir hayat laa kan. Nama aku Lisa (Bukan nama sebenar) macam biasa laa kan..
Sebelum ni aku ada jer meluah dekat IIUM Confession ni, tapi terlupa pula tajuk nya. Kali ini, aku terpanggil lagi untuk sambung cerita tentang akak dan abang ipar sekeluarga. Aku ni bukan ada iri hati dengki malah aku happy lagi dengan mereka. Cumanya…
Okeylaa.. Aku akui diri aku sendiri pun ada kelemahan dan kekurangan juga tetapi aku lebih fikir soal hati dan perasaan mak ayah aku yang lebih lagi menanggung dan hadap semua ni. Setiap hari, ada sahaja mak ayah aku luahkan hal tentang mereka ni.
Ye kami duduk sebumbung satu rumah, cuma hanya mampu butakan mata dan pekakkan telinga sahaja. Tapi sampai bila nak kami diamkan jer dengan sikap mereka ni.
Dah hampir 8 bulan hadap situasi yang sama. Aku ni benggang rasanya buat dekat mak ayah aku macam tu. Tengok sendiri sikap mereka ni depan mata.
Mereka ni berniaga kecik-kecilan jer. Jual makanan dekat pasar-pasar setiap pagi. Aku bersyukur diorang ni pandai cari dan usaha sendiri untuk hidup dan makan sambil bantu anak- anak mereka yang masih belajar.
Aku bukan apa, disebabkan mereka berniaga ni la macam-macam masalah yang timbul. Kesian tu ada juga, tapi sikap mereka itulah yang jadi asbab aku menyampah dengan sikap mereka. Mereka ni malam dah bertungkus lumus nak siapkan makanan nak berniaga.
Perkataan “penat” tu dah macam makanan setiap hari diorang cakap benda yang sama. Dah jadi rutin pun. Aku faham jer sebab aku sendiri pun pernah ada kat tempat mereka dan cuba bantu apa yang patut.
Setiap hari bila mereka dah gerak pergi berniaga, setiap pagi tu jugalah akan ada masalah yang timbul. Sampah sarap tak buang, lantai tak cuci, periuk-periuk kuali, pekakas dapur yang besar-besar mereka guna tu penuh dekat sinki. Tak pernah nak basuh.
Alih-alih, setiap pagi aku dengan mak aku jugalah yang buat dan kemaskan. Itu masa aku tak kerja lagilah. Sekarang aku dah kerja mak aku jela sorang-sorang yang buat.
Hari-hari kami kene hadap benda yang sama. Setiap hari itu la yang kami kena settle kan. Itu tak jadi masalah lagi. Nak harapkan aku?
Hahaha, memang tak lah. Mulut macam … (sila sambung dengan ayat yang sesuai)
Mak ayah aku ni dah tua. Usia dah 70an. Ayah aku tak sihat sangat selalu sakit semput. Mak aku pula ada kencing manis.
Mak ayah aku pun redha je la dengan alasan “dah biasa dah”. Mereka Balik rumah, rumah dah sedia siap kemas. Suka lah ambik kesempatan macam tu.
Akak dengan suami dia ni macam tak ada hati perasaan. Ataupun mereka ni memang bod**, suka ambik kesempatan, berkira pulak tu.
Tapi mereka ni tak sedar diri juga yang mereka tu menumpang rumah mak ayah. Barang- barang dapur mak ayah aku mereka ada guna juga buat berniaga.
Untung makan sendiri tak pernah pun bagi kat mak ayah aku. Ada juga lah diorang ni beli sikit barang keperluan.
Yela dalam diri manusia ni ada kurang dan lebihnya juga kan?. Takkan aku nak cerita semuanya buruk. Ayah aku ni ambik barang dapur untuk survive sebulan jer.
Kalau dah luak,
Bertahan lah wahai raksa,
Jangan kau berhenti,
Berpautlah wahai nyawa,
Ini bukan mimpi,
Saksikan dengan mata,
Rasakan dengan jiwa,
Kau sedang tinggi,
Haaaa tiba-tiba nyanyi pula lagu ni. Best..
Mak ayah aku selalu luahkan soal berkat dan restu dan cerita bermacam-macam pasal mereka ada jer topik ada jer masalah yang timbul.
Yela mereka meniaga makanan. Tapi setiap pagi mak aku hanya makan nasi lemak dan sambal jer. Untuk ayah aku kerak pulut panggang.
Memang ayah aku suka tapi takkan hari-hari nak makan benda sama. Setiap hari itu jela mereka tinggalkan. Lauk pauk semua mereka bawa untuk berniaga.
Kuih pulak kadang ada, kadang tak ada. Tinggal pun yang dah reject-reject. Makanan, Makan jela kan syukur apa adanya.
Menangis bila anak sendiri buat macam tu. Dengar cakap suami tu tak salah tapi cuba fikir sebagai manusia yang ada hati perasaan. Sedih tau. Fikirlah apa yang aku buat ni betul ke tak?
Lagi satu, amalan membazir itulah amalan mereka. Apa yang mereka tak habis niaga buang jer tanpa rasa serba salah.
Mak ayah aku dah tua. Memilih sikit bab makanan ni. Dah tak ada gigi kan. Selera pun kurang. Aku?. Kalau nak cerita cara mereka masak. Aku memilih tak makan hehehe.
Lagi-lagi abang ipar yang masak. Hisap rokok sambil masak, habuk rokok penuh kat dapur. Dekat meja makan pun boleh merokok. Dia pula berbadan besar kuat batuk.
Masak tak pakai baju. Korang pun dah boleh imagine kan apa yang aku cakapkan ni. Aku pula overthinking sebab selalu tengok video cara orang India masak tu. Ini real live depan mata tau.
Dulu aku tolong juga mereka buat kuih tapi mereka ajar aku berkira. Kedekut. Aku pun kene buat kira-kira laa kan. Sekarang aku pun tak peduli langsung dengan hal mereka. Cuma mampu dengar jela luahan cerita mak ayah. Aku pun kerja juga.
Lagi nak cerita pasal pakaian, adakalanya pakaian mereka pun mak aku basuh dan sidai. Kalau nak berkira sabun basuh baju apa semua tu.. herm malas nak cakap. Rumah mak ni macam apa jer mereka buat. bersepah dengan barang niaga mereka.
Seluar dan kain pelikat sidai dekat sofa. Kalau nak kira kebersihan tu memang failed laa. Disebabkan ada mak aku jer boleh jadi kemas. Ayah aku pun tak suka berkengjah (bersepah).
Mereka ni kalau kita tegur, yang si suami ni dia seorang je la yang zuhud. Betul semua benda nak menang jer.
Elehhh korang cakap perempuan jer nak betul nak menang kan. Real life dalam rumah ni, Lelaki bila ada sikap macam tu langsung tak de chance tau untuk korang fight.
Yang si isteri tu bila ditegur, tiba-tiba air mata mengalir. Berubah tak jugak. Har** punya perangai. Lepas tu asyik salahkan dapat suami macam tu.
Yang dia pi ikut tu pasai pa? Pikiaq laa sikit yang mana betul yang mana salah. Hang pun dah umur nak masuk 50an. Takkan tak tau lagi
Keluar sendiri dari mulut akak aku, duit memang dia tak dapat nak bagi kat mak ayah walaupun mak ayah aku bayar bil api air dalam rumah ni. Tapi dia boleh lah beli barang sikit-sikit kan support, itupun barang yang melibatkan perniagaan mereka.
Kalau tak… Kaki COD ni akak aku ni baju baru sokmo. Apa dia cakap orang berniaga kene jaga imej. Tapi selalu cakap tak de duit. Haaa betullah tapi tak payah kau cakap kat adik beradik lain aku yang kaki COD. Ingat orang tak bercerita?
Adik beradik lain dah tawar hati, pasal lot tanah yang nak buat kedai tapi tak jadi. Adik beradik siap sponser lagi bagi duit nak jayakan kedai tu. End up kedai tu kemana duit pun habis.
Ni yang ayah aku benggang gila sebab tak amanah langsung. Ayah aku pun dah habis banyak nak tengok mereka ni berjaya tapi akhirnya terbengkalai sebegitu sahaja.
Adik beradik aku ni pun dah muak, sebab masing-masing dah tengok and terkene sendiri dengan perangai diorang ni. Tawar hati just tinggal simpati dekat mak ayah aku yang kene hadap masalah ni lah.
Alhamdulillah juga ada yang sudi membantu. Mak ayah aku ni hanya mengharapkan belanja dari duit felda.
Tapi bila mereka jumpa kawan-kawan mereka cakap mereka lah yang menanggung mak ayah aku. Mampu menyara kami sekeluarga.
Hebatkan?. Kalau ada aku masa dia cakap tu, aku nak bagi award jer dengan tepukkan paling bergaya biar tambah lagi power cerita dia.
Anak dia kerja kerajaan la. Bangga sangat. Tapi ada tapinya juga…. Haaaaaaa malas nak cakap yang anaknya tu hermmm. Yela dalam setandan pisang tak semua busuk kan. Mestilah ada baiknya. Hehehe.
Tapi tula, masih tak nampak masih tak nak belajar masih tak nak ambik iktibar.
Kafarah dunia tu bila-bila jer, buat dekat mak ayah macam tu. Cleaner pun bergaji. Ini macam hamba jer mereka buat mak ayah aku.
Aku pun geram sebenarnya bukannya tak berani nak bersuara. Dah muak tawar hati semua ada lah. Tapi bila difikirkan balik. Kalau aku buat dia akan jadi
1) Akan menampakkan aku cuma mencari salah mereka. Aku fikir biarlah diorang tengok dengan mata kepala sendiri.
2) Mak ayah lah suruh sabar, tak payah ambik peduli, tak payah nak layan, tak payah ambik tahu. Kalau diikutkan hati ni. Haishhh
3) Adik beradik aku ni memang susah nak percaya dekat aku. Kan aku cakap aku ni bukan baik sangat. Tapi aku kalau bab mak ayah aku paling sensetive.
Dah kahwin dah bercucu pun. Masih lagi macam tu perangai. Allahu Rabbi. Dia nak ikut cara hidup aku yang bujang ni ke?. Harap sangat yang suatu hari nanti mereka ni sedar dan berubah.
Kita sama-sama doakanlah mereka mendapat hidayah. Manatau mereka berubah menjadi manusia yang lebih baik lepas ni. Itu sahaja luahan ikhlas dari hati setakat ini.
– Lisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit