Assalamualaikum. First of all, terima kasih kepada admin kalau post ini diterima. Aku selalu follow page IIUM confession ni, sebelum tidur wajib lah scroll dulu. Dan sekarang ni aku nak share satu cerita sepanjang aku bergelar mahasiswa. Aku sekarang masih belajar di sebuah universiti tempatan. Universiti aku ni pun lebih kurang hebat lah juga di mata dunia. sebut je nama Uni aku, confirm satu dunia tahu. Kalau dah nama pun universiti unggul, mestilah berpusu pusu orang nak masuk. tak terkecuali golongan elit, anak2 dato, students from private schools dll.
sepanjang 2 tahun aku belajar, macam2 jenis perangai manusia yang aku jumpa. alah kalau free riders dalam group assignments tu tak payah cakap lah. aku 3 sem berturut2 kena. tapi apa yg aku nak ketengahkan dalam post aku ni pasal ” Golongan Pelajar Yang Tidak Menghormati Pensyarah.” Benda di berlaku dalam kelas aku sendiri masa aku di sem 4. okay aku gelarkan lecturer aku ni Sir X. Sir X ni sangatlah sempoi, kelakar dan sangat lah lemah lembut dengan students. Sir X ni pulak jenis yang tak kisah kalau students dia datang lambat. Tapi satu pantang larang dia, jangan bising masa dia tengah mengajar.
Nak dijadikan cerita, ada la sekumpulan students ni dalam 4 orang macam tu. Memang tiap hari muka diaorang jelah yang lambat. Dah la lambat, lepastu boleh pulak buat “halaqah” kat belakang tu borak borak. Ada satu hari ni, Sir X tengah ajar kat depan, yang 4 orang budak ni boleh pulak borak2 gelak2 sampai satu kelas terganggu. Aku yang jenis acah fokus dalam kelas ni dah perasan dah muka Sir X berubah, tapi yang 4 makhluk tu still boleh gelak2. Ya Allah aku rasa macam nak campak buku subject yang tebal 4 inchi tu kat muka 4 orang tu.
Then, tiba2 Sir X tutup buku dan terus keluar kelas. Ya obviously Sir X bengang. tapi dorang buat tak tahu and still boleh tanya ” eh kenapa Sir tetiba keluar ? ” ” eh kelas dah habis ?” . Banyak lah kau punya eh eh tu. Memang satu kelas bengang lah kan. Okay lepastu masa ni nak dekat final. Common lah bila final je mesti semua busy dengan test, quiz, presentation and assignments. Bila dah habis presentation, Sir X ni nak bagi tips la untuk soalan final nanti since jarang2 lah orang score paper tu.
Kita orang satu kelas pun fokus la masa Sir X bagi tips. Tengah syok2 dengar, tiba tiba dengar budak2 gelak2 terkekek ketawa apa tah yg funny sangat tu. Pusing je belakang, lah budak 4 orang tu buat hal lagi. Sekali Sir X macam dah tak tahan sangat, dia hampir nak baling extension wire yang dia pegang tu kat budak 4 orang tu. Kiteorang satu kelas la terkejut. Nasib budak lelaki sabarkan dan tenangkan Sir.
ya Rabbi. memang tak insaf lagi 4 orang makhluk tu. Nak final dah kut ?!?! Atleast hormat lah Sir yang nak bagi tips exam tu. kalau kau pandai takpe, ni carrymarks pun nyawa2 ikan. Macam mana ilmu nak berkat kalau lecturer pun kau tak hormat. memang geng tu famous dengan kes tak hormat lecturer. Kalau kau bagus sangat, jangan masuk kelas belajar. Pensyarah pun kau tak nak hormat. Macam mana lah nak jadi mahasiswa yg berguna ? Macam mana Ilmu yg pensyarah tu bagi nak berkat ?
Dari dulu lagi, since sekolah rendah kita belajar yang Cikgu / Pensyarah atau pemberi ilmu ni kita kena hormat. Kalau tak kerana jasa mereka, kita takkan kenal ABC 123. Kalau tak kerana jasa mereka, kita takkan berjaya sampai menara gading. Bahkan Imam al-Ghazali pun memartabatkan kedudukan seorang guru. Kerana gurulah, seorang pelajar itu dapat meraih kejayaan dunia dan akhirat.
Tapi pelajar zaman sekarang ni, guru/ pensyarah pun kau kutuk, kau maki. Bawa bawa la sedar diri. Tanpa guru, siapalah kita. Jadi aku nak pesan dekat semua yang bergelar pelajar. Hormati dan sayangilah guru guru anda. Kerana jasa dan pengorbanan mereka. mungkin kita takkan jadi seperti sekarang. yang berilmu dan yang berjaya. Sejauh mana pun kau berjaya, ingatlah siapa yang mendidik dan siapa yang mengajar. Sekian.
– Seorang Pelajar
– Seorang Pelajar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit