Berkat Dhuha

Hai semua, terima kasih admin sebab siarkan apa yang aku nak tulis ni. Aku pon bukanlah orang berilmu,cuma nak share cebis-cebis ilmu yang Allah bagi pinjam ni. Aku just nak share pasal solat dhuha. Aku bukanlah selalu amal solat dhuha pon sebelum ni. Aku cerita pasal diri aku dulu. Aku asal daripada keluarga yang bukan berada ,tapi alhamdulillah still cukup makan pakai apa semua. Cuma bila dah masuk universiti ni,dengan PTPTN ja memang tak cukup lah nak buat makan kat universiti ni sebab yuran pon dah lebih dari duit PT tu. Ayah aku pulak tak boleh kerja berat sebab dia baru lepas operation,emak aku pulak suri rumah. Hanya adik beradik aku yang dah bekerja ja yang hulur duit sikit sikit untuk mak ayah aku. Tapi mereka pon ada tanggungan masing masing jugak kan.

Haritu aku buntu,duit Pt aku dekat nak habis lah dalam bank sebab buat makan and beli segala benda kan. Dengan duit Pt tu jugaklah aku hulur kat mak ayah aku sebab aku tahu mereka pon nak ambil duit mana kan untuk adik adik aku lagi. Okay bukan tu yang aku nak cerita,sambung balik. Masa tu aku macam tak naklah mintak kat mak ayah aku atau adik beradik aku yang lain sebab tak nak susahkan mereka. Masa tu aku ada rm50 ja dalam bank aku harap cukuplah nak buat makan sebulan sebelum aku balik cuti nanti. Pastu,dugaan lagi sebab duit tu tak boleh nak keluarkan sebab nak genap rm50 kalau nak keluarkan jugak. Kalau keluar rm50 pon 0 ringgit terus ah bank aku. Pastu tup tup dengar pulak mintak bayar duit baju kelab. Kena bayar masa tu jugak. Ya Alah aku tak tahu nak buat apa. Dengan duit aku nak makan lagi .

Siang malam aku takleh tido weyh nak pikirkan mana nak cari duit ni,nak makan lagi. Aku letakkan pilihan yang mintak kat mak ayah aku tu as the last choice lah sebab tak naklah susahkan mereka. Malam sebelum nak lena ,pikir dulu pastu serabut. Esok malamnya aku fikir fikir balik,aku cuba muhasabah diri aku. Apa sebabnya Allah bagi ujian yang sebegini kat aku. Maybe benda ni dengar macam simple ja untuk korang,tapi siapa yang pernah rasa dia tahu lah.

Malam tu aku betul betul muhasabah diri aku,aku fikir balik yang aku ini untung. Masih lagi ada mak ayah,ada keluarga,keluarga pon tak ada masalah . Ada orang yang walaupun kaya,kita tak tahu yang masalah dia lagi besar daripada masalah kita. Mungkin mak ayah dia selalu bergaduh,mungkin hampir nak cerai berai,mungkin ada yang mak ayah langsung tak ambil peduli. Banyak lah sebenarnya nikmat yang Allah bagi tapi aku tak sedar. Pastu aku tekad nak tawakal sepenuhnya kat Allah. Aku nak cuba start solat dhuha. Memang betullah,kita ni hanya ingat Allah masa kita susah ja,masa senang lebih banyak leka.

Esoknya aku start solat dhuha,aku cari doa doa untuk kemurahan rezeki,aku hafal balik ayat 1000 dinar yang aku dah lupa. Aku baca tak berhenti henti masa kelas sampai nak mengalir air mata pon ada sebab asyik fikirkan masalah tu. Pastu mungkin Allah nak tunjuk jalan. Aku tergerak hati nak contact salah seorang adik beradik aku yang tua sikit dari aku. Padahal bagi aku benda tu mungkin jadi last choice aku. So aku tawakal sangat sangat. Terus dia reply nanti dia bank in. Aku suruh dia bank in rm20 ja asal duit rm50 aku yang dalam bank tu aku boleh keluarkan. Untuk duit makan,aku ada lagi berapa belas ringgit,dan masa tu pon aku ingat nak mula berniaga makanan dekat hostel. InsyaALLAH boleh tampung.Alhamdulillah lega sangat sangat masa tu .Rasa macam hilang satu beban walaupun rasa bersalah juga mintak kat dia kan. Dia cakap nak bank in rm50.

Esoknya lagi aku still lagi solat dhuha dan baca ayat 1000 dinar tu sepanjang hari. Emak aku telefon aku cakap dia nak bank in rm100 .Aku rasa banyak sangat tu,nanti keluarga aku pon nak guna juga. Aku tak nak pon. Rupa-rupanya rezeki Allah nak bagi. Cerita dia malam sebelum tu ayah aku terima zakat dalam berapa ratus tah.Alhamdulillah sangat sangat. Esoknya lagi,aku still buat benda sama solat dhuha dan 1000 dinar. Mak aku telefon lagi cakap ayah tegaskan jugak nak bank in rm200 kat aku sebab tau aku nak bayar bas lagi,bayar baju lagi. Masya ALLAH ,Allah ja tahu perasaan aku masa tu. Dalam masa yang sama aku tak nak susahkan mak ayah aku.

Esoknya lagi, adik beradik aku tu belum bank in lagi duit yang mak ayah aku bagi tu.Aku macam biasa teruskan dengan solat dhuha dan 1000 dinar. Aku tunggu punya tunggu. Mak aku telefon cakap tengah otw ke bank dengan dia. Harini ayah aku suruh bank in rm300 terus sebab ayah aku ada dapat upah kerja dia sikit. Ya Allah,memang rasa macam aku ni sangat sangat lah menyusahkan mak ayah aku sebab belajar kat universiti ni banyak susahkan mereka. Cuma aku janji dengan diri aku sendiri ja,yang aku nak balas jasa mereka bila aku dah kerja nanti. Tak nak dah mereka hidup susah ni. Allahu

Maka kat sinilah aku nampak betapa berkatnya Solat dhuha ni untuk rezeki kita. Ingat juga,solat dhuha ni bukan semata mata nak dapat rezeki lebih,tapi lebih kepada mensyukuri nikmat nikmat Allah. Bila kita mensyukuri,maka Allah akan tambahkan lagi. Mula dari situ,aku cuba kuatkan diri aku untuk istiqamah solat dhuha supaya boleh dekatkan diri aku ni dengan Dia. Aku harap story aku yang tak seberapa ni dapat sedikit sebanyak ajak korang untuk solat dhuha ni. Tenang sangat tau masa solat dhuha ni serious talk. Harap korang pon boleh cuba,tak apa cuba dulu seminggu sekali. InsyaALLAH lama lama boleh istiqamah. Assalamualaikum.

– mina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit