Assalamualaikum. Terima kasih admin jika sudi siarkan post ini. Perkongsian ini sedikit panjang. Harap semua pembaca dapat membaca dengan tenang.
Bersyukur kepada Allah Taala diberi kesempatan untuk share amalan2 yang diberikan khusus dari seorang Hamba Allah yang sangat mulia iaitu Al -Fadhil Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah sebelum saya menghadapi viva voce master saya. Syukur kepada Allah yang telah mengizinkan saya lulus Msc Applied Biology (Research) dengan mudahnya.
Sejujurnya bukan mudah untuk mempertahankan penyelidikan yang anda telah buat bertahun di hadapan panel yang pakar2. Berkat amalan2 ini, alhamdulillah viva voce saya berjalan sangat lancar (lebih kurang 1 jam setengah) dan lebih mengejutkan tiada soalan berkenaan penyelidikan saya.
Jadi rugi jika saya tidak berkongsi pada sahabat2. Amalan2 ini sangatlah umum, jadi boleh diamalkan utk pelbagai tujuan. Namun begitu, hendaklah kita memulakan sesuatu amalan dengan hanya satu tujuan iaitu kerana Allah Taala. InshaAllah selesai segala urusan dunia kita. Sangatlah rugi jika kita menggunakan amal hanya semata2 untuk mendapatkan kesenangan dunia.
Saya ringkaskan pesanan2 beliau seperti di bawah
—————————————-
Amalan setiap hari
1⃣ Jaga solat di awal waktu 5 solat fardhu.
2⃣ Jaga solat sunat qabliah dan ba’diah (untuk tampung kekurangan solat fardhu).
3⃣ Solat taubat dan Istigfar 100x setiap malam.
InshaAllah, Allah akan menyelesaikan semua masalah dan hutang. Yang paling penting amalan2 ini dapat menenangkan jiwa dan sembuhkan penyakit.
Kenapa penting sangat amalan2 ni?
Bila dosa terampun, Hati kita akan jadi bersih, Kita mudah mengawal emosi, Secara tak langsung mudah belajar atau bekerja dengan cemerlang, Dikuatkan ingatan, Mampu berfikir kreatif.
4⃣ Solat sunat witir sebagai pembalut kpd segala amalan kita seharian agar dapat diserahkan kepada Allah dengan sempurna.
5⃣ Maafkan semua orang sebelum tidur agar doa mudah dikabulkan, hati jadi bersih, wajah jadi cun, badan sihat, lebih kreatif dan semua orang maafkan kita.
6⃣ DOA PEMBUKA 12 PINTU, DOA BUANG SIFAT NEGATIF, BISMILLAH 5 dan AYAT KURSI(Boleh google ye).
Berdasarkan pengalaman, Orang bujang bertemu jodoh, Yang berkahwin akan tambah kasih sayang, Sembuh penyakit, Terbuka pintu2 rezeki dan kecemerlangan.
7⃣ Pagar diri dengan AL FATIHAH, AYATUL KURSI dan SURAH 3 QUL.
Hembus pada tangan dan sapu seluruh anggota badan, untuk elak gangguan manusia, binatang, jin dan sihir
8⃣ Lembutkan hati kita dan semua orang dengan AL-FATIHAH, SURAH AL-HASYR 21-24, SURAH TAHA 1-5, AYAT KURSI (Boleh rujuk Quran ye).
Hembus pada badan, makanan, gambar atau pakaian yang di pakai sebelum di cuci. Untuk lembutkan hati sendiri, sedut dan telan air liur selepas baca ayat2 di atas.
9⃣ Baca BISMILLAH 3X, SURAH AL IKHLAS, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan setiap kali nak masuk rumah.
Elakkan syaitan yang bernama DAASIM yang duduk atas pintu daripada masuk kepala dan ganggu supaya manusia bergaduh. Sesuai diamalkan bagi bos yang menzalimi pekerjanya, kawan dengan kawan bertengkar, suami isteri bertengkar, anak2 melawan ibu bapa etc.
1⃣0⃣ Layan semua orang lebih baik daripada biasa supaya mereka melayan kita dengan baik.
1⃣1⃣ DOA KETIKA MENGHADAPI PRESENTATION/INTERVIEW.
Baca YA AZIZ, YA JABBAR YA MUTAKABBIR (Boleh google maksudnya). Hembus pada panel jika masih jauh, berdehem depannya jika sudah berhadapan, akan melembutkan hati sesiapa agar dapat mendengar hujah kita.
1⃣2⃣ DOA KETIKA SEDIH/TERTEKAN.
Innalillahi wainna ilahi rojiuun, Allahummakjurni fi musibati wa akhlifi khairon minha (Boleh google ye), Minta doa ‘Ya Allah, akan aku hadapi viva & rasa risau & gemuruh Ya Allah. Berilah aku ketenangan, keyakinan diri, petah menjawab soalan2 dalam viva nanti Ya Allah. InshaAllah hati akan tenang dan doa dikabulkan.
1⃣3⃣ DOA NABI MUSA (boleh google ye).
Supaya dimudahkan berbicara dengan orang lain.
1⃣4⃣ Sentiasa doakan kawan2 dan orang lain.
Bila kita doakan kawan, malaikat akan aminkan doa dan seterusnya mendoakan kita agar berjaya.
Allah akan jadikan kawan2 hormat dan sayang kat kita.
—————————————–
Mudah-mudahan post ini bermanfaat. Like, share dan tag rakan2 anda sebanyak mungkin supaya lebih ramai yang dapat manfaat amalan2 ini.
Disclaimer: Ayat2 di bahagian amalan2 sepenuhnya bukan di tulis oleh saya. Tetapi Al Fadhil Dato Dr Fadzilah Kamsah sendiri.
– Anis Mardhiyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit