Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada admin jika artikel saya ini disiarkan.
Kedua, saya ingin meminta maaf sekiranya artikel saya ini agak membosankan atau penggunaan perkataan atau tatabahasa yang salah.
Berkenaan dengan tajuk, ya saya ingin menulis artikel berkenaan BERKAT yang saya sendiri alami dan mungkin majoriti pembaca sekalian pernah alaminya.
Alhamdulillah saya merupakan penerima biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan baru sahaja menamatkan pelajaran dengan jayanya bersama dengan rakan seperjuangan yang lain pada awal tahun dan telah pulang ke tanah air sejurus majlis konvokesyen.
Alhamdulillah juga setelah pulang ke tanah air, tempoh saya menganggur tidak lama iaitu sekitar satu bulan lebih dan diberikan rezeki oleh Allah untuk bekerja di salah sebua syarikat di ibu kota. Gaji pun alhamdulillah sekitar RM 4-5k sebulan.
Empat bulan pertama saya bekerja, saya berasa seakan-akan gaji yang saya terima itu tidak mencukupi. Maklumlah, bayar itu bayar ini, sedar-sedar sahaja tinggal cukup-ckup makan sahaja untuk ‘survive’ sehingga gaji seterusnya.
Saya tidak pernah beritahu sesiapa akan masalah kewangan saya ketika itu. Tapi biasalah orang kata, ‘instinct’ ibu itu kuat. Pada suatu hari, sambil-sambil berbual dengan emak saya, emak saya berkata kepada saya, kenapa tak bagi duit ke ibu dan bapa saya.
Untuk pengetahuan, keluarga saya bukanlah miskin dan bukanlah kaya. Golongan atas sedikit daripada sederhana dan bawah sedikit dari kaya. Haha. Emak saya berkata, mereka bukannnya perlukan pun duit tapi just nak bagi hidup saya ini lebih dipermudahkan.
Selepas itu, saya cuba beri kepada ibubapa saya sekitar RM1K sebulan dan ajaibnya, saya tidak rasa pun kesempitan wang yang saya alami seperti sebelum ini. Bahkan lebih dari cukup.
Gaji sama sahaja macam biasa, takde naik apa2. Komitmen bayar itu bayar ini pun sama sahaja tidak berubah. Tapi ajaibnya kuasa Allah dengan berkat-Nya dan redha ibubapa saya berasa lebih tenang berbanding sebelum ini. Duit yang saya bagi tu pun ibubapa saya tak gunakan pun. Nampak tak? Hehe
Saya pernah dengar ceramah di YouTube, uztaz tu berkata berkat ini dimaksudkan degan sedikit, tetapi diraskan banyak. Kecik tetapi dirasakan besar dan sebaginya. Sebab tu kita selalu tengok orang yang bunuh2 diri ni, kebanyakannya terdiri daripada golongan -golongan kaya.
Bila gaji yang kita dapat diberkati Allah, insya-Allah akan dirasakan sentiasa cukup bahkan lebih.
Semenjak daripada itu, saya bertekad untuk “bersedekah”. Tujuan saya ini bukan untuk tujuan riak atau menunjuk tapi dengan niat memberi semangat kepada yang lain untuk turut sama lakukan apa yang saya lakukan.
Alhamdulillah syukur kepada Allah, rezeki makin bertambah dan hidup serta hati menjadi lebih tenang berbanding sebelum. Uztaz-uztaz berkata hidup kene memberi jika mahu rezeki ditambah. Benar kenyataan itu.
Semoga pembaca sekalian sama-sama memudahkan urusan ibu bapa kita semua.
Terima Kasih,
– Milo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit