Aku Alif. Aku rasa nak share apa yang aku belajar hari ni. Hari ni aku belajar yang kalau kita jaga ibu kita, nanti rezeki kita jadi banyak. Aku rasa statement tu cliche. Like it’s a general knowledge yang semua orang tau. Tapi sebab aku tengok hasil nya kat depan mata aku sendiri jadi aku rasa sangat la impressed that aku rasa aku nak share mende ni.
Mak aku suri rumah. Ayah aku pesara kerajaan. Being a pesara means takde keje sangat pun kat rumah. So ayah aku bercucuk tanam sikit2. Alhamdulillah keluarga aku ni duduk kampung, tanah ada la sikit nak dikerjakan. Ayah aku tanam ulam raja sikit. Nak buat makan sendiri je sebenarnya. Sambil2 keluarkan peluh daripada tak buat pape. Ayah aku pun tanam kacang botor, terung, serai, pokok2 herba yg aku tak berapa kenal. My bad. Oh, aku cuma orang biasa, bujang, umur 25, a student. So aku jarang ada kat rumah. Cuti sem je baru balik.
Masa aku kat u, aku dpt tau yg ayah aku sekarang jual ulam raja tu kecil2. Ala peket2 pastu hantar kat kedai. Seringgit je satu bungkus. Ulam raja campur kacang botor. Seronok mak dengan ayah aku bertanam pastu jual sikit2. Alhamdulillah daripada untuk makan sendiri, sekarang ayah aku tanam kat sekeliling rumah untuk jual2. Banyak dah pokok ulam raja kat rumah tu.
Sekarang ni tengah cuti sem. Nenek aku belah ayah aku ni tak sihat, lama dah, lumpuh separuh badan. Pastu adik beradik bapak aku hire bibik untuk jaga nenek aku. Then ditakdirkan Allah, bibik tu lari. Tak tahan dengan nenek aku kot. Biasa la orang tua ni kadang2 cerewet sikit. So ayah aku as anak sulung jaga lah nenek aku tu.
Untuk jaga nenek aku tu, ayah aku balik la ambik nenek aku kat kat kampung. Masa nak ambik kat kampung, pokok petai belakang rumah nenek tu berbuah banyak betul. Ayah aku pun kait lah. Petai sedap kot. Thing is ayah aku kait sampai penuh trunk kereta lol. So bawak la nenek aku balik rumah kitorg dengan petai banyak tu. Esok nya ayah aku jual petai tu. Sepapan rm1 je sebab ala jual suka2 je. Ayah aku bawak pegi kedai minum dia selalu lepak. Habis orang borong. Ayah aku bawak pegi pasar malam. Habis jugak. Kira duit petai, ada la dapat rm80 camtu. Alhamdulillah.
Nenek kat rumah elok je la kami jaga. Kadang2 aku kena uruskan sebab mak dgn ayah kadang2 ada keje lain nak buat. Aku ni takde la penyabar mana tapi alhamdulillah setakat ni bg aku bearable lagi lah nk sorong dia bawak bilik air sediakan makan sediakan untuk solat bagai. Aku tak la rapat sangat dengan nenek aku tp orang tua kan, nak tak nak kena hormat. Tu je la yang aku fikir bila aku tak sabar haha. Tapi setiap pagi ayah aku mandikan, mak aku sapukan minyak panas urut2 something. It’s great that parents aku tunjukkan contoh yang baik buat kitorg anak2, camne nak jaga orang tua. Kalau korang nak anak korang jaga korang bila dah tua, korang pun kena la tunjuk contoh yg baik kat anak korang. Tu yg aku fikir lah.
So semalam ayah aku pegi balik kampung ambik petai lagi. Pegi balik hari je. Padahal kampung aku tu selang 1 negeri jugak la drpd rumah aku. 2 jam jalan kot kalau lalu highway. Hari ni ada pasar malam. Jadi boleh la ayah aku jual petai kat pasar malam lg. Pagi tadi ayah aku bawak pegi kedai minum, ada orang borong petai dia. Ada jugak saudara aku beli sikit. Tadi dia jual kat pasar malam. Selalunya petang2 mak aku harvest kacang botor dgn ulam raja dgn ayah aku sama2 (parents aku ni memang sweet benau dorang berdua. Aku harap kalau aku dah kawen nnti aku sweet sampai ke tua cm dorang hahah) tapi sebab ayah aku pegi pasar jual petai, aku la yg tolong petik tadi. Banyak buah kacang botor tu. Pokok depan banyak buah. Pokok belakang pun banyak. Aku fikir sekarang cuaca baik kot so banyak pollination terjadi dan selalu hujan so be it lah aku tak la fikir banyak. Tapi memang banyak la harvest kali ni (parents aku harvest 2hari sekali. Kalau biar lama sangat takut tua, keras dah nak makan).
Tadi aku makan malam dengan ayah aku. Saja borak2 sambil makan petai, aku tanya ayah aku berapa dapat hasil jualan petai tadi. Ayah aku lepas habis makan dia kira lah hasil yang dia dapat. Hoho hampir rm300. Aku macam wahh 300 sehari not badd. Then ayah aku cakap “Yelah, ni lah rezeki sebab nenek ko ada kat sini”. Mcm aku cakap, bg aku benda tu cliche. Sebelum nenek aku dtg pun, mak aku sambil tengok sayur2 dia cakap “sekarang tak banyak sangat sayur nye. Tengok la nanti bila nenek ko datang, mesti lebat sume pokok ni”. Mungkin aku kesah tak kesah je sebelum ni. Tapi bila bapak aku dapat 300 sekali jual, dengan kacang botor tadi harvest punya lah banyak, aku rasa macam, ha’ah la wey ni memang real. Bapak aku jual petai tu sejam je korang tau. Dia bawak van lama dia pegi pasar, dok kat hujung pasar kat area belakang kat depan encik jual ikan, dia letak kanvas kat atas jalan, dia letak petai2 tu atas kanvas dan duduk atas jalan tu dan orang pilih la nak yang mana. Takde plastik takde apa. Dan in fact malam sebelum jual which is malam tadi kitorg check one by one petai tu dengan aku sekali, tengok petai yg elok dengan tak, yang mana patut bg free je kat orang sebab mata dia cuma 5 biji. Gebu gebas petai tu aku yang suka petai ni geram je tengok. Ayah aku cakap yg orang yang dah beli petai kat pasar area depan2, bila ke belakang nampak ayah aku jual petai ni dorang beli lagi kat ayah aku sebab petai ayah aku jual memang nampak best gemuk2. Oh, sambung cerita yg masa makan td, bapak aku cakap lagi, yang selalu bila nenek aku datang sini, mesti sayur2 sume banyak hasil. Bukan la nk jd syirik nak cakap yg nenek aku tu ada power buat sayur jadi banyak. Tapi nak cakap yg rezeki bila jaga nenek aku tu. Dan parents aku berdua orang yg sungguh percaya akan rezeki tu murah kalau kita jaga orang tua. Dan yelah Tuhan tu sebagaimana sangkaan hambaNya. Tu pun ye jugak.
Ayah aku cakap yg sebelum ni masa ayah aku mula2 jual ulam raja, time tu pun nenek aku ada kat rumah aku. Pokok ulam raja time tu sungguh la aktif mngeluarkan pucuk that ayah aku decide nak jual sbb banyak sangat. Time tu pokok ulam raja kat rumah aku berapa ketul sangat. Tp sebab banyak pucuk nya, tu yg boleh sampai jual. Pastu bapak aku cakap lagi, “Ko tak nampak sebelum ni kacang botor tu takde pun buah nya? Ni sejak nenek ko ada kat sini, dah pagi petang petik pun masih banyak buah nya.” Then aku pun tersedar. Ha’ah lah 3 bulan ni tak banyak sangat kacang botor. Kalau ada pun untuk makan sendiri tak jual sangat. Tapi this time tadi aku yg packing pack2 yg cuma ada kacang botor je. Kalau tak sebelum ni sbb kacang botor tu tak banyak sangat so ulam raja tu pack dengan kacang botor sekali. Sebab kacang botor tu tak banyak sangat pun sebelum ni.
“Orang tak sedar, yang jaga mak bapak ni bawak rezeki. Ni sekarang ko tengok sendiri hasil nya”. Dan ye aku lah yang witness sendiri kebenaran mende tu. Kadang2 sesetengah orang berkira betul dengan mak bapak sendiri. Padahal actually berkat wey rezeki kalau ko niat memang baik. Pastu aku yang tak sabo sangat dgn nenek aku pun rasa lembut hati sebab mengenangkan betapa kalau aku jaga nenek aku elok2 nanti murah rezeki parents aku. Kalau tak duit pun, kesihatan. InsyaAllah.
Tu je lah cerita aku. Aku harap yang baik dapat jadikan pedoman. Aku harap aku dah besar nanti boleh jaga parents aku dengan baik, walaupun aku rasa nanti kitorg adik beradik might bergaduh berebut nak jaga parents aku sbb adik beradik aku sume baik2 belaka. Aku je setan sikit haha. Tp setan aku pun, insyaAllah, if it comes to my parents insyaAllah I’ll do anything. Kalau kita bahagiakan hidup parents kita, insyaAllah hidup kita pun bahagia. Sekian.
– Alifya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit