Berkat Nafkah Seorang Anak Kepada Ayah dan Suami

Perkenalkan diri,aku Tia,seorang penjawat awam dari timur tanah air.Aku ingin berkongsi kisah ayahku,berkahnya nafkah dari seorang ,anak,ayah,suami dan abang yang dapat aku pelajari sedari aku kecil.

Ayah and ibu kini pesara.Dahulu mereka juga penjawat awam.Dikurnia 6 cahaya mata yang serba sempurna fizikal dan akal.Gaji ayah dan ibu ketika pencen tidaklah sebesar mana,aku kira gaji aku ketika aku memulakan kerja sebagai penjawat awam lagi besar dari gaji mereka.Hidup kami sederhana,tapi cukup dengan segalanya.

Setahu aku gaji ibuku sedikit besar dari gaji ayahku,tetapi sepanjang hidup aku sangat beruntung untuk mempelajari erti tanggungjawab dari seorang ayah dan erti ketaatan dari seorang ibu.Dari kecil aku selalu melihat ayah akan mengirim sejumlah wang kepada ibu di depan anak-anak,ibu juga akan meminta wang dari ayah dan kami juga akan meminta wang dari ayah.Duit rumah,barang dapur dan makanan serta pakaian memang dinafkahi ayah.Ayah tidak merungut.Hidup ayah hanya mengabdi kepada kami,membahagiakan kami sekeluarga.Bagaimana dengan duit ibu?ibuku juga bekerja.Duit ibu kebanyakan disimpan di dalam bank.Tapi digunakan juga untuk beberapa keperluan lain dan kebanyakan digunakan untuk pelaburan.Ayah adalah menteri kewangan dalam keluarga.Duit ibu yang ayah gunakan bersama mesti mendapat persetujuan dari ibu jua.Utamanya di sini,duit ayah adalah teras kehidupan kami sekeluarga.Ayah menafkahi dan ibu pula sentiasa berbuat ihsan(topup wang mana yang perlu) dalam keluarga.

Setelah hampir tiga dekad aku hidup,baru aku mengerti bagaimana Allah telah memperkembangkan duit nafkah yang dibelanja ayah selama ini.Aku kini mengerti luasnya rezeki yang diberi Allah adalah hasil berkat nafkah dan kebijaksanaan ayah serta perlakuan ihsan dari ibu.Ayah aku kira sangat2 bertanggungjawab.Nafkah ayah bukan hanya pada duit tapi pada nafkah pendidikan agama.Kerana aku merupakan anak sulong aku melihat sendiri bagaimana susahnya hidup ayah dan ibu ketika aku masih kecil,dari menumpang rumah nenek dan hanya mampu memiliki motor,ayah berpindah ke rumah kecil yang hanya mempunyai satu bilik kemudian diberi rezeki membeli rumah dan kereta sendiri dan sehingga hari ini ayah mempunyai beberapa buah rumah,tanah dan kereta.

Tuhan itu maha baik.Dia membalas setiap perlakuan hambaNya yang menunaikan kewajipan mereka.Dari muda ayah juga tak pernah mengabaikan duit pada keluarga.Dari ayah aku hidup susah sampai senang duit selalu diberi.Ayah juga punya 3 adik perempuan yang berusia yang tidak bekerja dan seorang ayah.Kata ibu,duit bulanan sewa rumah yg ayah dapati ayah masukkan ke akaun datuk aku yang masih menanggung anak2 nya.Kerana ayah juga menanggung mereka berempat,Tuhan juga menanggung 4 adik beradikku dengan memberikan rezeki tajaan biasiswa.Ajaib bukan urusan Tuhan.Malahan antara kami juga ada yg ditaja sehingga ke luar negara.Padahal aku kira ada diantara adik-adikku tidaklah terlalu cemerlang keputusan peperiksaan SPM,tapi mgkin berkah nafkah dari seorang ayah,suami ,anak dan abang Allah jualah mempermudahkan segalanya.

Nafkah agama.Ini paling penting.Ayah tidak pernah mengabaikan solat.Solat adalah perkara yang sangat penting bagi ayah.Ini sangat ditekankan dalam keluarga.Alhamdulillah kami adik beradik mampu menunaikan solat 5 waktu dan mampu meluang masa untuk mengaji setiap hari.Ayah masa muda tidak pandai mengaji,tapi selepas kahwin ayah belajar agama dan mengaji dan mengajarkan pula kepada kami anak-anak.Bacaan al quran kami juga baik dan sesetengah sahabat menyangkakan aku adalah anak seorang ustaz/ustazah(padahal bukan).Ini adalah hasil didikan ayah.Ayah berusaha memasukkan kami ke sekolah agama walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit bayaran,Tuhan mempermudahkan urusan ayah,keputusan anak2 ayah agak memberangsangkan dan melayakkan kami ke sekolah agama yang biasanya menerima mereka yang berkeputusan cemerlang.

Ayah selalu mengajar kami untuk memberi.Memberi pada fakir miskin dan ahli keluarga yang kurang berkemampuan dan susah.Ayah dan ibu pastikan sebahagian duit gaji kami yang pertama diberikan kepada mak cik dan pak cik kami.Katanya untuk berkah.Ayah selalu menghulur wang kepada adik atau saudaranya yang susah dan ayah mengajarkan hal ini kepada kami.Setiap tahun ayah akan mengumpulkan wang kami(adik-beradik yang telah bekerja) dan digunakan untuk membeli beras dan mengagihkan kepada fakir miskin.

Harini ayah dan ibu hidup senang.Memiliki beberapa buah kereta,rumah dan tanah.Punya masa untuk beribadah,ada masa mereka melancong keluar negara bersama.Tidak kalut memikirkan hutang pelajaran anak-anak.Malahan aku kira adikku yang bongsu juga antara mereka yang dikurniakan akal yang pandai(mudah-mudahan dia juga boleh mendapatkan bisiswa).Alhamdulillah anak-anak ayah yang bekerja masing2 mampu untuk menghulurkan wang bulanan untuk ayah dan ibu walaupun tidak banyak.Ada masanya pula kami belikan barang keperluan rumah atau dapur untuk mereka.Inilah yang kami pelajari dari ayah dan ibu.

Bagi aku nafkah tidak menjadikan ayah aku kaya,tapi nafkah menjadikan hidup ayah aku penuh berkah dan cukup.Betapa ramai mereka di luar sana diberi kaya tetapi tidak diberi anugerah kecukupan oleh Allah.Siang malam tidak tenang kerana asyik memikirkan harta.Tetapi mereka yang diberi anugerah kecukupan oleh Allah tidak perlu kepada nikmat kaya.Kaya adalah satu anugerah dari Allah tetapi diberi cukup itu adalah satu anugerah yang lebih besar dan terindah dari diberi kaya.Lihat di luar sana,ada suami isteri bekerja gaji besar dengan jumlah anak yang sedikit,namun ada sahaja benda yang tidak cukup(mungkin berkahnya sudah hilang kerana melanggar hak Allah dan sesama manusia ) tetapi ada mereka yang hanya suami yang bekerja bersama tanggungan 6,7 atau 8 anak tetapi hidup mereka tetap cukup(walaupun tidak kaya,seperti zaman orang dulu2).Nilailah hidup kita sendiri,apakah berkahnya sudah hilang?

Firman Allah Swt tentang nafkah.:
“Kaum laki-laki adalah pemimpin bagi kaum perempuan, oleh karena Allah telah melebihkan sebagian mereka(laki-laki) atas sebagian yang lain (wanita) dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (An-Nisa:34).

Dan firman-Nya lagi tentang perihal nafkah,
“ Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah berilah nafkah menutrut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang kecuali sesuai dengan apa yang Allah berikan kepadanya.” (At-Thalaq:7).

Nafkah tidak menjadikan kita miskin.Bahkan nafkahlah yang meluaskan rezeki kita.Ketika anda memilih untuk mengabaikan nafkah,hakikatnya anda telah memilih untuk menyempitkan sendiri rezeki anda.
Nasihat aku kepada lelaki diluar sana,walau isteri anda bekerja,jangan pernah abaikan nafkah.Ia bukan pilihan ,ia adalah kewajipan anda sebagai suami yg termeterai sejak kali pertama anda melafaz akad nikah.Sebenarnya bila Allah mengatakan nafkah adalah tanggungjawab lelaki,percayalah Allah jualah akan memberi kecukupan dari arah mana2 yang disukaiNya bila seseorg lelaki itu cuba untuk bertanggungjawab(ini aku lihat dari kehidupan ayah aku).Jika anda seorang lelaki yang mempunyai anak bersama bekas isteri,tunaikanlah tanggungjawab anda.Jangan abaikan nafkah jika anda mempunyai ayah dan ibu dan jika seorang abang bertanggungjawablah pada adik perempuan anda.Yang mengabaikan nafkah,anda mungkin diberi kekayaan tetapi jauh sekali dari kecukupan dan berkah Allah.Nafkah tidak menjadikan ayah aku paling kaya tetapi nafkah menjadikan kehidupan kami sekeluarga berkah(yang ini lebih bernilai dari kaya hakikatnya),nafkah menjadikan ayah seorang suami yang mulia di mata isteri,seorang ayah bertanggungjawab di mata anak-anak,seorang umat yang dibanggakan nabi dan seorang hamba Allah yang menunaikan hak yang telah diperintahkan olehNYA sebagai seorang suami dan ayah.

Apa untung kita kaya tetapi hak-hak tanggungan terabai?Di akhirat nanti sudahlah kita pasti ditanya tentang kekayaan harta kita dan jangan ditambah pula dengan beban-beban hak anak, isteri, ibubapa yang tak kita penuhi haknya.Sebelum kita menyalahkan PM dan ekonominya yang malap kerana rezeki kita sempit,cuba tanya diri kita dahulu adakah kita sudah melaksanakan tanggungjawab nafkah kita?Boleh jadi rezeki yang sempit itu adalah hasil kerana kita mengabai hak tanggungan di bawah kita.Kerana rezeki itu sepenuhnya adalah mutlak milik Allah dan hanya dari Allah.

Suami,anak dan seorang bapa haruslah bertanggungjwab dalam perihal nafkah dan isteri jika bekerja sama2lah berbuat ihsan dalam keluarga.Moga dilimpah rahmatNYA.

Tia.

– Tia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit