Berkawan Dengan Tunang Orang

Salam semua. Boleh panggil aku Delima. Tahun ni dah masuk 32 tahun. Yes, dah jadi andartu kalau ikut standard orang malaysia.

Maaflah kalau confession ini menggukan bahasa ‘rojak’, dah lama sebenarnya tidak mengarang panjang. Kat sini aku nak ceritakan pengalaman aku berkawan dengan tunang orang.

Kisah bagi aku tidaklah sadis pun, rasa lucu pun ada, pelik ada, sedih pun ada. Ntah la, macam-macam.

Last relationship masa aku berumur 26 tahun, dah lebih 5 tahun gais. Dalam tempoh itu, aku sebenarnya tak kenal rapat dengan mana-mana lelaki langsung sebab trauma putus cinta tu juga kot.

Aku hanya berurusan dengan lelaki pun kalau atas urusan kerja atau masa apa-apa aktiviti macam hiking ke.

Aku fokus pada kerjaya aku sampailah aku dapat apa yang aku ada sekarang. Dalam usia sekarang, ikutkan harta dunia sudah agak lengkap. Hsuami yang belum ada hahahaha.

Okay dipendekkan cerita dalam bulan 8 tahun lepas, semasa scroll FB, aku terserempak dengan iklan App online dating ni, aku pun tak pasti kenapa iklan tu keluar sedangkan aku tak cari.

Selepas tu aku pun tergerak hati nak cuba. Lepas install, dekat dalam tu adalah beberapa orang yang chat dengan aku, aku pun layankan saja la sebab tengah tak buat apa kan. Masa tu malam.

Selepas beberapa hari, dalam banyak-banyak orang yang aku bersembang dalam tu, ada seorang lelaki ni, aku namakan dia Oren.

Oren ni lebih tua 3 tahun dari aku. Dia pun seorang yang berkerjaya dan single katanya. Masa mula-mula chat, kami terus ‘klik’. Ada kimia orang cakap. Hahaha.

Tak tahu macam mana nak explain tapi bila sembang dengan Oren, rasa tengah sembang dengan long lost bestfriend gitu hahaha.

Seminggu lepas chat dalam app tu saja dengan Oren, Oren ajak untuk kami chat dekat telegram. Dia bagi nombor telefon untuk add.

Bila dah mula chat di telegram setiap hari, tidak pernah sekali pun kami tak contact. Dia takkan miss dengan dengan mesej selamat pagi, selamat bekerja dia. Malam lepas balik kerja, biasanya kitaorang akan bersembang lagi.

Kadang chat, kadang call. Aku sebenarnya bukanlah seorang yang mudah ‘cair’ dengan lelaki. Aku sangat berhati-hati la setakat ni. Bagi aku, I need to be the one yang benarkan dia masuk dalam hati aku, bukan sebaliknya.

Dan aku juga tahu, bukan aku seorang saja yang dia chat dari aplikasi tu, memandangkan kenal pun dari online kan, jumpa berdepan ada dalam perancangan, tapi belum lagi. Tapi sebab tahap istiqamah dia tu, aku tak rasa pun dia main-main.

Lagi satu kebaikan Oren ni, bagi aku dia ni agak polite. Dengan perempuan lain tak tahu la, tapi dengan aku sejak dari awal, dia tak ajak sembang benda-benda yang tak patut. Faham kan?

Selalu kami hanya akan sembang pasal hari masing-masing contoh macam ada staff dia yang buat hal ke, hari ni aku jumpa client ke, etc..

Selain tu kami selalunya bersembang padal ideas, places to go, tempat travel, makanan, movies. Basically, we can talk about anything tanpa rasa awkward pun.

Bagi aku perkara tu sangat penting la sebab aku suka bercerita dan dia bole go on with the conversation walaupun perkara tu bukan benda yang dia minat sangat haha.

Lepas lebih kurang 3 bulan, aku dah mula rasa nak get real with this guy, tapi tak tahu nak bagi hint macam mana. Jadi aku pun mulakan solat istikharah. Beberapa kali aku doa sungguh-sungguh kalau aku patut kenal rapat dengan lelaki tu.

Lepas beberapa hari tu, aku mula rasa tak bahagia bila contact dengan dia. Ntah la macam mana nak explain. We still talk like usual, tapi aku rasa lain.

Sepanjang kami berkawan, dia tak pernah minta media sosial aku, dan aku pun tak pernah nak tanya pasal media sosial tapi biasalah perempuan, rasa ingin tahu tinggi.

Selepas lebih kurang seminggu mencari, menggodek, jeng jeng jeng.. Aku jumpa satu instagram akaun yang ada gambar dia, aku juga jumpa IG dia dan juga ada jumpa facebook seseorang yang rasa kawan dia kot.

Dan kat situ terbongkarlah, sebenarnya dia dah bertunang dan lagi 2 bulan nak kahwin gais. Macam mana aku tahu lagi 2 bulan?

Sebab nampak komen kawan/ family dia dalam gambar tu hahahaha. Aku rasa macam kecik besar saja dunia ni.

Rasa macam terfikir, macam mana dia boleh contact aku setiap hari dari pagi sampai malam, bila masa dia contact tunang dia? Sebab kadang-kadang kami sembang sampai tengah malam.

Lepas dari kejadian tu, aku tak tanya pun dengan dia pasal tu, sebab dia pun tak pernah nak ajak serius dengan aku.

Walaupun dia agak flirtatious sebenarnya bila tengah texting/ calling tu. Aku just bagitahu dia, aku nak putuskan contact ni, sebab aku nak bertunang dah tak lama lagi. Hahahaha. Sadis kan.

Aku rasa macam baik sangat la pulak cakap macam tu, tapi aku malas nak panjangkan cerita. Mungkin dari awal dia anggap aku tak lebih dari kawan, mungkin aku saja perasan lebih, tulah single lama sangat hahahaha.

Bila aku cakap pasal nak putuskan contact tu, dia macam sedih tapi dia okayy saja dengan keputusan aku. And then, dalam masa seminggu tu, aku kurangkan contact dengan dia and slowly aku blok number dia dari fon.

Walaupun benda ni dah berlaku lebih kurang sebulan lepas, kadang-kadang aku teringat juga, lagilah dengan isu viral suami curang tu sekarang ni hahaha, kadang tak faham macam mana lelaki boleh layan 2 (atau lebih) perempuan dalam satu masa.

Bila teringat, sampai sekarang aku sebenarnya sedih, tapi aku memilih untuk gembira. Kadang juga aku tak faham kenapa lelaki boleh buat macam bagi harapan dengan perempuan lain dekat-dekat dah nak kahwin dah pun.

Walaupun mungkin niat dia nak berkawan saja, patutnya dari awal dia tak perlu bagitahu yang dia tu single. Should make it clear from the start patutnya.

Memang aku faham la, orang cakap ujian bertunang tu besar, aku rasa ni ujian untuk Oren dan tunang dia. Tak pasal aku yang jadi mangsa haha.

Okaylah guys, doakan aku dapat jodoh yang baik-baik ya. Aku harap sangat dapat seseorang yang boleh layankan segala cerita-cerita aku macam Oren.

Kepada Oren, aku doakan kau bahagia sampai jannah with her. Walaupun kau tak tahu aku tahu status sebenar kau. Aku baik-baik saja.

Aku harap lepas ni, jika Allah temukan aku dengan someone, biarlah yang betul-betul the one. Penat asyik jumpa orang yang salah. Doakan aku gais.

– Delima (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *