Assalamulaikum admin, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin sekiranya confession saya ni disiarkan. Confession saya hari ini bukan nak aibkan sesiapa, tapi untuk dijadikan pengajaran kepada pembaca confession saya supaya jangan terlalu percayakan “bestfriend”. I thought friendship with her is all about give and take, rupa2 nya saya silap.Ok, crita dia camni, saya ada seorang ex bestfriend, nama gelaran Dian. Kitorang sama – sama belajar di sebuah IPTA tempatan. Kitorang kawan tak lama, dalam 2 years je. Mula2 senang susah sama – sama, sampailah semester 5 dia dah besar kepala bila dia rasa ‘banyak kawan’. Saya dengar masalah dia, dia ? tak. Dia fikir pasal diri dia sorang je.kitorang mempunyai personality yang sangat berbeza, bagai langit dan bumi. Saya someone yang kalau orang nak tegur or ajak borak, saya on je, and tak banyak cakap, while Dian ni pulak someone yang simple2 je, muka skema and easy going, tapi lama kelamaan lidah serupa ular bila dia start berkawan balik dengan si ular yang pernah tikam belakang dia dulu. Sepanjang berkawan dengan dia, dia always rasa confident kadang2 terlebih confident sampai jadi attention seeker. Benda yang tak kelakar dia gelak (bila lecturer mengajar). And I was like.…whatttt?!! Semua orang hairan dengan Dian ni. Tetiba je gelak. Lecturer punya explanation bukan klakar pun, tapi dia punya gelak macam dia sorang je ada suara. Kau rasa? You know what, dia dah membuatkan semua orang dalam class tu rasa tak selesa. Ada cakap – cakap yang kurang senang pasal dia, tapi aku diamkan aje.
Hari berganti hari, perubahan Dian buatkan aku rasa penat dan nak give up. Tapi aku teruskan jugak sebab nak jaga (kononnya) ‘ikatan persahabatan’. Dian mudah terpengaruh dengan kata2 si ular yang dia kawan balik tu, padahal si ular tu cari dia balik masa susah je(sebab saya dah kenal si ular ni lama). Dia memang tak pernah belajar dari kesilapan. Kalau aku jadi dia, memang aku tak akan buat macam dia buat. Yang membuatkan aku sedih, dia dah mula rasa diri dia bagus and semua yang aku buat pada dia semua serba tak kena, nasihat aku kat dia pun dia tak nak dengar dah sebab rasa diri dia dah terlampau perfect. Sampai satu tahap, dia dengan tanpa rasa bersalah sindir aku depan lecturer and classmate. You know what she said? “yelah, susah ada kawan bebal camni.” saya ni dah lah pemalu, dia buat saya camtu, sampai satu kelas dah cop saya bebal. Malu tau tak, malu!!! Saya macam ringan je tangan ni nak tumbuk gigi jongang dia tu!!! Dia ni pun, tak tau ke dalam banyak2 ‘kawan’ yang dia sanjung tu banyak kutuk dia dari belakang. Haaa, bangga lah lagi. Yup, saya dengar semuanya bila diaorang kutuk Dian depan saya. Still, saya diamkan aje. Saya tak jelous kalau dia banyak kawan, tapi dia ni tak pandai membezakan mana intan mana permata. Diaorang berkawan dengan dia pun sebab nak ambik kesempatan. Gelak sama2, borak rancak sama2, mintak tolong siapkan assignment sedang kan boleh je buat sendiri tapi suruh si Dian ni siapkan, bila Dian mitak tolong, seen je. Dia tetap iya kan je. Alasan? “alah. Tolong kawan”. Hmmm…nak kata bodoh, kesian. One day, dia ada Tanya aku dengan bunyi sinis, “kau selesa ke duduk tempat camni?” “kau pandai ke buat sorang2?” Tujuan dia tanya camtu supaya dia boleh rendah – rendahkan saya. Ya allah, bunyi dia cakap tu macam dia ni perfect namateyyy!!! Again, saya diamkan aje.
Bila markah assignment keluar, dialah orang pertama yang terhegeh2 tanya berapa markah assignment saya supaya dia boleh buat perbandingan and dapat angkat bakul sendiri. Kalau markah assignment saya lebih 1 markah je berbanding markah dia, dia akan buat muka macam nak kena tonyoh dengan kasut but bola. So, saya terpaksa mengalah and tipu dia, cakap yang ada orang lebih tinggi markah dari saya. Air muka dia terus happy. Vavinya. Lama kelamaan saya rasa sangat kecewa dengan dia, all I do is give up to her, jaga hati, jaga aib, dengar masalah dia, yang dulu dia ada family problem, ada depression, cerita merapu dia yang tak ada orang akan percaya which is dia kata pernah hack sistem pertahanan amerika syarikat. Really?!! Korang ingat korang akan percaya ke dengan crita ni? And still, saya iya kan aje. Sampailah satu tahap bila mulut dia start celupar, dia bukak aib saya dalam group whatsapp kelas. Wow, terima kasih kawan. Alasan? Ow, konon sebab tak ada topic lain nk bincang,just nak melawak, guna aib aku???!!! Wow, wow, wow…what a good friend are you. Saya menangis teruk betapa bodohnya saya percaya sangat dengan kawan macam tu. Kitaorang bergaduh dalam whatsapp, and dia minta maaf, minta maaf pun macam tak ikhlas, siap play victim lagi. Dah, enough is enough. Since that moment, I have lost respect and trust towards her. Orang nak tikam belakang dia, dia anggap kawan baik. Saya yang sentiasa ada dari dia susah dulu sampai sekarang dia anggap saya macam sampah. Tak pa, hari2 saya doa, semoga dijauhi dari manusia yang toksik, and rupa2 nya dialah orang nya.
Saya ni tak banyak kawan, dia je lah yang paling saya rapat. Bukan saya tak ingat kebaikan dia, tapi bila dia buat kat saya camtu, hmmm hilang respect. Saya ayik mengalah je dengan dia, bagi dia macam2, dengar masalah dia, saya belanja dia makan, dia pura2 tanya soalan sinis semata2 nak mintak makanan saya, takda satu pun terima kasih dia ucapkan, tak pa, saya tak kecik hati, saya ikhlas, saya ikhlas berkawan dengan dia. Tapi sekarang saya dah tawar hati dengan dia. So, moral of the story, macam mane baik sekalipun korang anggap kawan korang baik, jangan sesekali percaya 100%. Sorry kalau confession saya ni agak panjang (maklumlah lama pendam) dan sorry kalau bahasa saya macam rojak dan ada beberapa bahasa yang kurang enak didengari hehehe. Setakat ini sahaja confession saya. Terima kasih.
Sekian, miss M.
– miss M
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit