Rezeki itu luas. Mempunyai kawan yang baik itu pun rezeki. Jarang orang Tuhan bagi rezeki mempunyai kawan. Tambah2 kawan yang tahan lama dengan kita, yang selesa dengan kita. Ada orang masuk Uni, jumpa kawan dan wujudnya satu geng. Mereka share susah senang sama2. Bantu mana patut. Ketawa dan menangis bersama. Bila habis belajar di Uni, mereka kekal cukup ahli kumpulan. Balik pulang meninggalkan kenangan yg sangat bermakna yang mereka sendiri cipta.
Ada orang, Tuhan tak bagi rezeki berkawan. Mereka nak sangat punya kawan yang akhirnya membentuk satu kumpulan. Tapi Tuhan tak bagi pada dia. Dia sendirinya banyak. Kadang kalau ada kawan yang selalu di sebelah dia tu dia rasa alhamdulillah sangat dah. Tapi, tak lama. Sebab kawan tu sendiri pun mestilah punya komitmen dan hak sendiri untuk ditunaikan. Akhirnya dia sendiri. Kalau ada yang teman dia makan, keluar, dan kadang ada untuk dengar cerita dia pun dah cukup syukur dah.
Tapi, tanpa dia sedar..sebenarnya Tuhan memberi rezeki yang berbeza kepadanya. Tuhan bagi dia kepercayaan. Kepercayaan yang Tuhan bagi tu buat orang ramai kenal dia. Ramai akan tegur dia bila jumpa, padahal tak rapat sangat pun. Dengan kepercayaan tu juga, kisah-kisah yang ditanggung kawannya dapat dia dengar. Ada yang call, wasep, dan datang jumpa depan-depan dengan dia, hanya untuk kongsi masalah dengan dia.Hanya untuk jumpa dia dan kata mereka tenang terasa bila tengok muka dia. MasyaAllah. Jaranh juga rezeki sedemikian Tuhan bagi buat hambaNya.
Benarlah, setiap manusia mempunyai rezeki yang berbeza. Tuhan dah tetapkan pada dia rezeki yang sebegitu, manakala untuk orang lainnya sebegitu.Setiap punya kelebihan dan kekurangan sendiri, sebab Tuhan tentukan rezeki tu kerana dia tahu bagaimana hambaNya itu. Tuhan yang ciptakan kita, jadi Tuhan tahu mana yang terbaik buat kita.
Alhamdulillah.
– Imaan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit