Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Saya seorang perempuan berumur 23 tahun yang kini sedang bekerja di sektor swasta sudah melebihi 2 tahun, Terima Kasih kepada Admin jika sudi siarkan cerita saya ini.. Saya nak bercerita pengalaman saya bekerja dengan orang Cina.. Bukan RACIST yee…
Seperti yang dinyatakan dia atas,, pada tahun pertama tidak akan ada cuti tahunan,, maksudnya jika cuti akan dikira CUTI TANPA GAJI… Saya tidak pernah bercuti sehinggalah satu masa saya akan berangkat untuk menunaikan UMRAH pada bulan 12 tahun 2016… itulah cuti pertama saya dan bercuti tanpa gaji selama 3 minggu…
Ditakdirkan saya akan berkahwin pada tahun 2017 dan akan mengambil yang banyak cuti kerana untuk menguruskan perkahwinan,, perkara yang tidak dirancang kerana pihak keluarga yang aturkan.. (btw saya anak bongsu).. hehehe.. ketika sedang merancang,, ada kekosongan jawatan yang akan diisi,, penemuduga ada bertanya kepada bakal pekerja itu sama ada mahu berkahwin dalam masa terdekat ke?? (berdasarkan kawan saya itu,, dia yang bagitahu)… saya tak tahu la motif dia apa? Tapi saya merasakan yang pihak syarikat sangat tidak berminat dengan pekerja yang sudah berkahwin & berkomitmen..
Apabila saya ingin apply cuti untuk majlis menyambut menantu pada Bulan 10 2017,, saya telah diberitahu oleh atasan saya,, bahawa saya jangan terlalu kerap bercuti… tapi apakan saya,, saya bukan cuti hanya untuk suka-suka… saya bercuti apabila ada hal yang tidak dapat dielakkan sahaja.. sehinggalah saya menjadi tawar hati sekarang.
Pada tahun 2018 saya telah bercuti 5 hari sehingga hari ini,, saya cuti kerana faktor-faktor keluarga,, membuat kenduri doa selamat untul cahaya mata yang bakal dilahirkan pada bulan 4 ini & pada bulan ini saya telah bercuti selama 4 ½ hari disebabkan untuk menguruskan borang permohonan rumah… saya tidak merancang untuk bercuti begitu banyak tetapi disebabkan rancangan yang tidak menjadi saya terpaksa dan apabila saya minta cuti sebelum cuti yang sepatutnya saya bercuti disebabkan faktor kesihatan saya diperli katanya “Awak ni macam-macam hal”,, saya sangat berkecil hati,, (mungkin faktor sedang mengandung juga).. tetapi sedangkan dia tahu saya hanya letak kepala atas meja disebabkan saya memang betul betul tidak larat.. saya rasa mungkin dia marah sebab saya akan cuti lagi 2 hari keesokkannya.. tindakan dia betol ke??
Apabila sudah berbincang dengan keluarga bulan ini merupakan bulan terakhir saya bekerja dan akan bercuti pada awal bulan depan dengan CUTI TANPA GAJI sehingga saya melahirkan… ini juga untuk mengelakkan dari pekerja lain dari menanggung kerja tergantung yang saya tinggalkan jika saya tidak bercuti lebih awal…
Apa yang saya lihat,, majikan saya tidak berminat dengan pekerja yang sudah berkahwin,, mereka inginkan pekerja yang boleh memberi 100% tumpuan terhadap kerja.. diorang sangat workaholic,, diorang boleh bekerja sehingga malam,, diorang juga berkahwin pasa usia yang lewat & tidak mengutamakan soal zuriat… (bukanlah hendak membawang tetapi dari apa yang diperhatikan) mereka juga sangat mengambil perihal kesihatan.. (minum air masak & mengawal pemakanan).. Dari mereka juga saya banyak belajar,, banyak benda positif juga… yang saya tulis ini bukanlah hendak banding-bandingkan kaum,, tetapi itu memang sikap yang mereka terapkan sehingga mereka berjaya… tetapi manusia tetap manusia kan,, bukan mesin yang sampai satu masa akan dilupuskan…
Sekian, terima kasih sebab sudi membaca luahan hati saya….
Little Heart
– Litlle Heart
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit