Berkecil Hati Dengan Allah

Assalamualaikum, mungkin coretan aku kali ini akan dapat banyak tomahan dan kutukan tapi jujur tiada niat lain selain cuma untuk meluahkan apa yang aku rasa jauh terbuku dalam hati ini.

Aku mulakan dengan kisah zaman sekolah aku bukan seorang budak yang cerdik. Result biasa-biasa sampailah tahun aku menduduki SPM.

Alangkah terkejutnya result SPM aku straight As.

Bayangkan aku yang tak pernah dapat lebih dari 3A sepanjang peperiksaan. Trial SPM apatah lagi. Langsung tak ada A.

Bukan setakat aku yang terkejut, parents aku pun terkejut dengan result SPM aku.

Aku kemudian direzekikan untuk sambung belajar degree ke luar negara selama 4 tahun dengan tajaan biasiswa.

Baliknya aku ke tanah air pada tahun 2018, mungkin nasib aku tak baik. Walaupun dengan ijazah dari luar negara, aku tak dapat banyak tawaran kerja.

Hanya satu yang aku dapat dengan gaji permulaan sebanyak RM1,200.

Aku agak down waktu itu, tapi mak menyakinkan aku untuk terima dan cari pengalaman kerja sebagai seorang fresh grad.

Aku bekerja selama 3 tahun sebelum aku berkahwin dan mengikut suamiku pindah ke negeri lain dan aku mula mencari pekerjaan baru.

Alhamdulillah selepas 2 bulan menganggur, aku dapat tawaran bekerja di ibu kota dengan gaji RM2,300 sebagai seorang senior.

Aku masih berfikiran positif lagi. Naik lebih RM1,000 dari gaji terakhir aku, tapi aku tak putus asa. Aku masih teruskan mencari pekerjaan dengan gaji yang lebih baik.

Selepas kurang setahun di syarikat kedua, aku dapat tawaran untuk bekerja di sebuah syarikat kecil di kawasan pejabat suamiku dengan tawaran sebanyak RM2,800

Dan sedar tak sedar aku sudah hampir 2 tahun disini dan gajiku dinaikkan hanya sebanyak RM100.

Adik beradik dan kawan-kawan aku yang lain semuanya sudah memiliki tangga gaji sebanyak RM4,000 dan ke atas walaupun cuma fresh grad.

Jauh di sudut hati aku, aku sangat terasa dengan Tuhan.

Bukanlah aku tidak pernah berdoa dan menangis merayu kepada dia supaya aku juga diberikan rezeki pekerjaan dengan gaji yang selayaknya.

Berpuluh kerja aku apply, setiap kali ada opening aku apply.

Aku mula rasa apa gunanya ada ijazah luar negara, sekarang aku terbeban dengan hutang belajar sebanyak RM100k walaupun aku gred dengan second class upper (kelas kedua tinggi).

Apa gunanya pengalaman pergi belajar dan hidup di negara orang kalau aku balik di negara sendiri tapi aku cuma dapat gaji yang cukup-cukup makan dan menggantung hutang yang besar.

Andai aku dapat undur masa, aku tak akan terima tajaan tersebut. At least aku takkan terbeban dengan hutang RM100k.

Aku sedar aku sebagai hamba, tidak layak meminta tapi aku juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan.

Orang selalu berkata supaya bersangka baik dengan Tuhan tapi sejujurnya susah untuk aku bersangka baik bila aku menangis merayu meminta pun, tetap doaku tidak dikabulkan.

Aku kadang-kadang sampai rasa putus asa untuk berdoa.

Aku rasa macam apa guna aku berdoa, bukan Tuhan akan kabulkan.

Banyak kali suami aku suruh bersabar dan menasihati aku untuk terus berdoa dan jangan putus asa dengan rahmat Tuhan tapi entahlah.

Aku tak tahu macam mana nak cakap perasaan yang aku rasa sekarang.

Dosaku terlampau banyak ke sampai langsung tak layak untuk doa aku dikabulkan?

Sesungguhnya aku memang terlampau berkecil hati dengan Tuhan walaupun aku sedar aku tak ada hak untuk rasa demikian terhadap Dia.

Cuma aku penat dan aku rasa putus harapan…

– May (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *