Berkiblatkan Duit, Bertuhankan Anak

Assalamualaikum semua. Straight to the point, aku nak cerita pasal duit, & pasal anak. Aku akan tulis secara typically, secara general. Berdasarkan ape yang aku perhatikan. Bukan semua, tetapi kebanyakan.

Dulu mak aku anak 8, selamba je larung dengan gaji gabung mak bapak tak sampai seribu. Makan pakai cukup ke tak cukup , kami adik beradik tetap membesar dengan baik. Tapi sekarang dah lain. Zaman sekarang nak anak sorang pun kena hold, buat kira2, rasa2 boleh baru proceed. Rezeki anak memang ada, tapi zaman sekarang kalau boleh semua kena plan ahead.

Awal2 kerja pikir nak beli kete. At least motor, salah satu keperluan dah zaman ni. Pastu nak kawen, beli rumah. Bulan2 nak bajet duit makan, bills, petrol etc lagi. Dah macam satu expectation semua orang untuk hidup macam ni. Semuanya perlukan duit. Hidup cari duit sampai tua. Blaja, kawen, beli kete, beli rumah, bela anak.. Masa dah settle semua target, nak tarik nafas lega, tengok2 cermin dah tua rupanya.

Zaman sekarang bukan yang orang baik atau orang berilmu yang akan dihormati, dikagumi, disanjungi. Tapi orang yang berharta, orang yang berkerjaya hebat & banyak duit. Orang pergi belajar university tinggi2 bukan untuk ilmu, tapi untuk dapat kerja bagus. Belajar untuk menambah ilmu macam dah tak relevan lagi. Orang akan cakap “ade phd tapi keluar tak dapat keje, baik macam abang dia sampai SPM je tapi sekarang keje elok”. Siapa2 pun sembang2 tanya kerja apa (ie: anak kerja apa, laki kau kerja apa, abang kau kerja apa), kalau kerja bagus2 leh la agak2 gaji. Takde yang peduli orang tu pandai mengaji tak, baik tak. Senang kata pencapaian di ukur dari segi DUIT.

Pasal anak pulak, sekarang budak muda perangai pelik2. Dulu kita takut orang tua, sekarang orang tua yang takut anak. Budak2 sekarang lembik, lemah, hasil didikan kita. Makbapak marah, cikgu tegur sikit, balik rumah ugut nak bunuh diri, Stress sangat gamaknya. Sampai ke tua macam tu. Masuk kerja as fresh grad, itu complaint, ini complaint.. Aku nampak memang banyak fresh grad masuk bijak, macam berkualiti.. tapi lemah in a way. Tau nak merungut je. Semua orang salah, kau je betul.

Makbapak zaman sekarang pulak typically (bermula dari golongan berpendapatan sederhana) macam satu kewajipan belikan anak kereta, rumah. Or at least bayarkan deposit. Tak nak anak susah, Lama2, anak2 rasa tu bukan lagi ikhsan, tapi kewajipan makbapak dia. Tak rasa makbapak bekorban sangat pun sebab semua makbapak kawan2 die pun sama. Makbapak kerja sampai tua, tak dapat merasa nak enjoy duit sendiri.

Zaman dulu orang kata ramai anak ni bagus, dah tua anak2 boleh jaga kita. Tapi zaman sekarang tak payahla berharap sangat, anak yang dah dewasa tu tak datang setiap minggu mintak duit kita pun dah cukup baik. Tak payah nak harapkan anak meringankan beban, tak menambah beban (ie: bela cucu) pun patut bersyukur.

Sebenarnya tak payah nak cerita pasal yang lahir tahun 90’s yang dah dewasa tu. Budak 3,4tahun sekarang awal2 kita boleh nampak makbapak dia kuli, dia yang bos. Budak kecik jerit2, nangis2 kalau tak dapat ape yang dia nak. Makbapak tak sampai hati..sayang anak sangat2. Baca buku parenting, budak ni kita kena didik macam tu, macam ni. Jangan tu, jangan ni. Last2 anak yang control makbapak.

Anak buat muka sedih nak hadiah apa, nak pegi mana, nak makan apa. Makbapak ni pulun la nak penuhi. Anak biadap pun tak marah, pukul jauh sekali. Bukan nak salahkan individu, sebab bukan sorang tapi kebanyakan ibubapa muda memang adapt style “bertuankan anak”. Pelik, kenapa makbapak zaman dulu don’t care that much? Betul ke cara bertuankan anak ni adalah cara mendidik anak dengan betul? Macam mana pun aku tak rasa salah sesiapa sebab memang antara tanda akhir zaman “ibu melahirkan tuan” & sekarang ni dah nampak jelas.

Sebenarnya banyak lagi nak ulas, tapi setakat ni la dulu. Macam aku kata tadi, aku cite ni berdasarkan general observation je, bukan semua. Kalau #gengsentapsokmo nak sentap pun aku takle nak buat ape. Bagi #gengtaksentap, ape pendapat korang, betul tak zaman sekarang ni ala2 berkiblatkan duit, bertuhankan anak?

– Abu Bakar Ali

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *