Berkira-kira

Assalamualaikum. Tq admin kalau sudi post kan confession ni. Kebelakangan ni makin menjadi jadi pulak status mak mak di wall aku. Bab cikgu minta itu cikgu minta ini dengan anak anak. Belum masuk kutipan duit untuk baju sukan, untuk keceriaan kelas, untuk kelas tambahan dan macam macam ( nanti korang tambah sendiri). Aku ni cikgu. Baru je juga jadi cikgu. Dalam 10 tahun. Tapi aku pernah jadi anak murid. Dan sedang jadi mak. Anak aku bukan sekolah di sekolah aku sebab aku taknak anak aku bermanja manja sangat dengan aku.
Sedikit teguran untuk mak mak yang memanas di fb pasal cikgu cikgu minta itu minta ini. Iya..memang peruntukan sekolah tak cukup untuk tampung keperluan anak anak kamu dan anak kami. Takkan nak harapkan buku teks dan buku kerja yang kerajaan bagi tu je sepanjang tahun untuk di jadikan rujukan mengajar anak kamu? Kamu ingat cukup ke buku buku tu untuk pandai kan anak kamu? Tak cukup. Sebab tu cikgu kutip duit untuk beli buku tambahan. Nak harapkan ibubapa, berapa kerat je yang berusaha beli buku rujukan tambahan untuk anak dorang. Setiap kali buat pungutan untuk beli buku, cikgu cikgu akan buat pungutan dua tiga kali. Kalau ibubapa tak mampu, ibubapa jangan memanas di fb..sila jumpa cikgu. Bagitau cikgu saya tak mampu nak bayar. Ok fine. Cikgu faham. Cikgu manusia. Ada hati nurani dan empati. Tapi cikgu bukan buta. Cikgu boleh bezakan antara yang mampu dengan yang betul betul tak mampu dan buat buat tak mampu.
Bila dah buat status di fb, boleh pula dia tulis, harap harap cikgu tak pulaukan anak saya. Maknanya? Kau memang tahu la status kau tu pedas pedih dan mampu merobek hati seorang guru dan memperjudikan nasib anak kau. Kan? Kau ingat friendlist kau yang sama sama kononnya backup kau di komen tu, depa tak mengadu pada cikgu berkenaan? Kau ingat apa yang kau tulis di fb tu orang tak boleh sebar kan? Come on la mak ayah. Benda macam ni orang lagi suka nak sebarkan dan bergosip tau. Kesian anak kau tak pasal pasal jadi mangsa. Ingat. Tak semua cikgu dilahirkan sejenis redha dan boleh di pijak pijak. Ada juga cikgu jenis berdendam sebab cikgu pon manusia. Kita dah jadi mak ayah ni patut professional. Jangan perjudikan nasib anak anak. Aku dulu, mak ayah dewa kan cikgu sampai tahap kalau aku cakap cikgu ni garang, setepek penampar kena di badan. Elakkan buat status tak professional di fb kau. Kawan kawan kau bukan semuanya hati mulia. Masing masing pandai main peranan nak bodek cikgu.
Kau tahu tak cikgu ni mengajar berapa kelas? Sekurang kurangnya 5 kelas. Setiap kelas paling cikai 30 orang. Di setiap kelas tu WAJIB cikgu kena korbankan duit untuk fotostat lembaran kerja dan benda benda lain. Aku fokus pada lembaran kerja je la. Katakan sehari cikgu spend at least RM2 untuk 1 kelas. Kalau setahun yang ada 200 hari waktu sekolah tu..dah berapa yang cikgu spend untuk anak kau dan anak aku? Tu paling cikai dah tu aku bagi. RM2 je. Tu baru lembaran kerja harian belum masuk lembaran kerja extra. Fikir la kak..masing masing ada pengorbanan tersendiri. Sedih saya baca status akak. Akak berkira kira nak keluarkan RM3 untuk beli buku yang cikgu nak. Padahal akak tu founder tudung. Hari hari melawa di fb. Hujung minggu je makan sedap sedap di restoran ternama. Takkan RM3 pon akak berkira sampai memanas di fb. Dan paling sedih akak ungkit balik hadiah tudung yang akak bagi pada cikgu anak akak masa sambutan hari guru tahun lepas. Cikgu tu tak minta pon hadiah dari akak. Saya tahu sebab saya kenal cikgu yang akak maksudkan tu. Alahai. Buruk siku betul. Dah bagi lepas tu mengungkit. Di fb pulak tu. Haih *gelengkepala*
Itu la kita ni. Sikit sikit nak up di fb sikit sikit nak up di fb tanpa kita fikir silaturahim sesama kita. Jangan la macam tu. Kawan sama kawan kalau tak puas hati tak perlu la sindir sindir di fb. Terus terang. Kan lagi elok. Mesej personal. Sama juga tak puas hati dengan bos. Tak puas hati dengan siapa siapa. Mesej personal. Itu je la dari saya. Ingat lah. Bersusah hari ini untuk kesenangan hari esok.
– Cikgu manes
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit