Berkirakah Aku?

Assalamualaikum. Aku kenalkan diri aku sebagai Mia. Sudah berkahwin anak 3. Aku nak share life aku, dengan harapan ada la nasihat atau teguran untuk aku yang mungkin tak sedar.

Aku awal2 kahwin duduk rumah sewa parents aku. Tapi parents aku kata tak perlu bayar la. Mungkin niat untuk tolong la anak dia yang baru belajar bina hidup baru.

Tapi aku still bayar sewa juga. Aku transfer duit senyap2 dalam account parents aku. Malu kot duduk tak bayar. Kalau aku tak kahwin lagi takpe la.

Senang kata laki aku hanya cuci kaki je masuk rumah. Tapi bukan ke si suami yang patut sediakan kan? Ni terbalik pula. Dia hanya bayar utilities dan maintance fee.

Kami duduk dalam 3 tahun rumah tu lepas tu kami pindah selepas laki aku beli rumah. Rumah tersebut dia hanya keluarkan 0.01% dari harga rumah. Dan 15% aku keluarkan.

Duit tu aku simpan dari aku awal kerja kot, masa tu tak kenal lagi laki aku. Susah2 aku simpan last2 buat modal downpayment rumah dia.

Btw rumah tu atas nama dia, bukan bersama. Sebab dia kata bulan2 dia sendiri akan bayar. Barang2 rumah semua pakai duit aku. Tv, katil, washing machine, peti ais ect2. Which is dia kata nak share 50-50, tapi sampai dah 7 tahun ni tak bayar2.

Bab nafkah anak pulak. Dari aku beranak anak 1st sampai anak ke 3, dia hanya beli susu je. Tu pun untuk anak ke 2 & 3. Nak juga bagi dia rasa sikit beli barang anak.

Pampers, baju, daily needs memang semua atas aku. Toiletries rumah semua atas aku.

Barang2 dapur kalau cecah 200 mesti dia akan tanya beli apa. Padahal yang mahal2 frozen food, Hotdog, nuggets dia punya! Aku nak beli sotong udang pun fikir 10x. Kalau aku nak beli jugak, aku akan beli asing. Beli masa aku keluar sorang2.

Paling sadis masa berpantang, dia langsung tak ambik tahu pasal kebajikan aku. Confiment lady pakai duit aku. Beli makanan, barang2 baby, barang2 pantang semua atas aku. Even kos beranak pun atas aku. Tadika transit anak pun dia suruh pakai duit pasif rumah sewa aku.

Bila dia pinjam duit aku mesti susah nak bayar. Pernah juga aku mintak, tapi kena label berkira. Last2 tak bayar juga. Tapi bila aku pinjam duit dia, cepat dia tuntut.

Nak kata gaji dia kecik, tak jugak. Gaji dia 5 angka. Tapi hujung bulan mesti kering. Keluar makan kalau dia bayar mesti bila balik dia akan masam muka or mood tak baik. Kalau guna duit aku, dia pau makanan yang mahal2.

Mula2 aku ok je tapi bila lama2 macamni, aku dah jadi tak ikhlas. Rasa macam kena ambik kesempatan je.

Bab2 haid wanita aku rasa dia tak berapa arif juga. Sampaikan haram bersama masa haid pun dia tak tahu. Padahal dia selalu kata dia selalu dengar ustaz2 mengajar.

Tiap2 hari bercerita pasal berkat, doa bagai tapi dia sedar tak sekarang sendiri tak lunaskan tanggungjawab dia. Nak dapat berkat celah mana??

Sekarang ni aku tak tahu nak luahkan kat siapa. Parents or siblings aku memang tak la sebab akan jatuh maruah dia.

Korang rasa patut ke aku jujur, direct cakap kat mak dia? Luah kat tuan badan, mesti akan bergaduh besar. Ke korang rasa aku ni jenis berkira sangat?

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. merana hidup kau..kalau aku dah angkat kakiii.. baik jaga diri sendiri & anak2,.buang masa buang duit je smpai bila nak hidup mcam nie

  2. Sudah sampai masanya awak pulangkn tanggungjawab sebagai suami kepadanya. Jangan bayar lg loan rumah, bil2 , nafkah anak dan perbelanjaan makan d rumah. Tu semua adalah tgjwb suami menyediakn utk isteri. Duit isteri bukan hak dia dn haram dia gunakn tanpa redha isteri. Awak kena tegas dn jgn bayar apa2. Jika awak ada keinginan makan beli hanya utk awak dn anak shj. Tegas lah puan jgn tanggung membabi buta. Segala bayaran simpan resit pembelian utk persediaan kemudian hari.

  3. Teruskan berkira sis. Pulangkan balik semua tanggungjawab suami. Jgn tunjuk sis ada duit. Cakap je duit dah habis. Tipu sunat. Kalau boleh listdownkan semua yg sis byr tu.

    Awak ada 2 choices je
    1. Angkat kaki
    2. Berkira dgn suami, pulangkan tanggungjawab kepada tuannya

    Husband i dulu cmtu jgk. I yg byr semua rumah kereta anak3. Dia benti keje lepas i bersalin anak no 2. Sgt2 stress masa tu sbb semua kita yg tanggung. Bila office offer vss i terus accept & pulangkan balik semuaaaa tanggungjawab dekat husband. I tgh proses nk jual rumah. Restart balik hidup. Now I buat bodoh je, buat2 takde duit, biar semua dia yg cari. Dah takde kesian2 dah. Buat hati kering je sekrang ni. Pandai2 la dia nk cari & cukupkan duit nafkah utk kami sekeluarga.

    Jgn takut nak downgrade kn lifestyle sis utk ketenangan di masa depan.

    Nafkah WAJIB dari suami
    1. Tempat tinggal
    2. Makan minum
    3. Pakaian

  4. Awak rasa klau cerita dekat mak mertua, dia akan back up awak ke? Awak terus terang, peduli lah gaduh pun, yg penting cakap. Jgn confront, tp discuss, cakap elok2, dlm suasana tenang. Klau escalate kpd tinggi suara, diam, stop n pergi.

    Then beri masa utk berubah, jgn tambah anak, x perlu dah bayar apa yg patut dia bayar, tanggungjawab dia. Cukup masa tp x berubah, awak sniri patut fikir apa tujuan awak kahwin, apa awak nak dlm perkahwinan, hala tuju perkahwinan awak. Klau awak risau awak berkira, awak cari balik dalil pasal tanggungjawab suami, isteri.

  5. Rumah nama suami, tapi downpayment awak yg bayar…..Suami dah bayar semula ke? Rumah tu sure ke akan jadi hak awak kalau apa2 jadi kat dia? Suami berkira, awak pun kena la bekira jangan la kerana sayang nanti merana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *