Saya malas nak intro panjang-panjang, straight to the point saja kerana kisah saya juga mungkin panjang. Saya dah baca confession Kongsi Perbelanjaan Keluarga, (https://iiumc.com/kongsi-perbelanjaan-keluarga-ii/).
Partly saya setuju partly saya tak setuju. Tapi malas nak ulas panjang awal2 ni, cuma saya nak cerita berkenaan kami suami isteri dari sudut pandangan isteri sebagai jawapan kepada confession tersebut.
Ibu saya bekerjaya. Sepanjang perkahwinan dia, ayah tak pernah hulur duit nafkah khas dekat ibu. Dia hanya langsaikan belanja dapur, itu pun ibu ada top up.
Rumah potong dari gaji ibu sebab atas nama ibu. Bil2, kereta semua ayah tanggung. Ibu mengeluh tak pernah merasa duit pemberian suami.
Mengambil pengalaman ibu, semasa saya nak kahwin, saya bagitau dan ajar suami awal2, dia wajib beri nafkah duit dekat saya walaupun hanya RM50.
Tak banyak saya minta masa tu, hanya RM50 sebab pengalaman mengajar saya, suami jika tidak diajar dari awal, memang sampai bila2, dia takkan hulur duit kepada isterinya sampai bila-bila.
Saya bukanlah lapar duit suami masa tu, saya cuma nak suami belajar bertanggungjawab. Dan, teori saya betul setelah beberapa tahun berkahwin. Minta maaf jika ada yang sentap. Mungkin tak semua macam tu.
Saya juga cakap saya nak kerja sebab saya nak hulur duit dekat mak ayah walaupun mak ayah bukannya susah pun.
Dan, saya juga mengambil contoh rumah tangga mak ayah, share segala perbelanjaan dengan suami. Dan, suami jawab, ya, dia memang nak isteri yang bekerja kerana dia tak mampu nak tanggung.
Masa tu memang gaji dia kecil, tak sampai 2 ribu pun. Dan, gaji saya lebih besar dari gaji dia. Tapi, saya naif masa tu, tak tau hukum sebenarnya.
Dan, suami apabila dia selesa dibantu isteri, walaupun gaji dia dah naik, dia menjadi tak kisah dengan keadaan Isterinya yang struggle juga. Dan ditakdirkan Allah, company saya bekerja tak okay ekonomi, gaji saya tak naik2.
Walaupun awalnya gaji saya lebih tinggi, akhirnya gaji saya lebih rendah daripada gaji suami walaupun saya kerja di bidang professional, suami pula jawapan kerani.
Tetapi disebabkan dia dah selesa share dua orang segala perbelanjaan kecuali makan minum saja ditanggung sepenuhnya, dia tak kisah dengan keadaan kewangan saya ketika itu.
Setiap kali saya bertanya gaji dia berapa, dia jawab dia tak ingat. Ya, saya percaya memang dia tak ingat etakact gaji dia sebab password emel dia pun selalu lupa, online banking pun tak de sebab dia sejenis tak ingat password.
Tapi, nak cakap roughly pun dia macam reluctant masa tu. Memang benar, setiap kali nak isi borang sekolah anak, dia perlu refer slip gaji dekat ofis baru bagitau saya.
Tapi, dalam masa sama, dia seolah2 mengelak untuk saya tau gaji sebenarnya. Yang pasti gaji dia lebih tinggi sebab dia bekerja dengan badan berkanun, memang tangga gaji kerani di situ tinggi.
Dalam sharing perbelanjaan, makin lama komitmen makin bertambah, yuran anak2, perbelanjaan sekolah anak2, gaji saya pula tak bertambah beberapa tahun kerana masalah ekonomi syarikat tersebut,
Gaji suami selesa bertambah setiap tahun walaupun semasa pandemic. Dengan level saya ketika itu, ada kawan2 sudah mencapai gaji 5-7 ribu sedangkan gaji bersih saya tak sampai 3 ribu.
Sampai satu tahap, gaji saya negatif dengan komitmen perbelanjaan rumah dan diri sendiri.
Komitmen rumah sahaja (loan rumah, loan kereta, bayaran pengasuh untuk 4 anak, penapis air, yuran sekolah dll) pun sudah hampir 2 ribu apabila di bahagi 2 ngan suami (total dekat 4 ribu),
Komitmen diri sendiri pula, loan PTPTN, bil sendiri, minyak kereta isi sendiri (suami tak bantu kecuali masa balik kg) hampir 200 sebulan, insurans sendiri, duit kepada mak ayah dll yang berjumlah hampir 1 ribu.
Kami bukan jenis bermewah sebab astro pun tak pakai untuk berjimat, kereta juga kereta nasional kita, rumah juga loan dalam 1k sahaja. Saya tunjuk dekat suami, suami hanya diam tak memberikan solusi.
Dia yang sudah selesa disokong saya, tidak offer untuk menarik sebahagian perbelanjaan contohnya loan rumah daripada perbelanjaan kami. Padahal rumah tu atas nama dia, tapi saya share bayar.
Ketika itu, dia hanya menambah nafkah duit untuk belanja makan saya, dia beri RM50 seminggu atau jika habis cepat, minta lagi.
Sebab gaji saya licin untuk komitmen rumah dan diri saya. Manakala dia boleh menyimpan dengan senangnya, shopping dengan senang hatinya untuk diri sendiri. Manakala saya hendak shopping untuk diri sendiri pun tak mampu waima nak beli pencuci muka.
Saya tidaklah mengatakan dia kedekut. Dia pemurah. Dan, dia juga ringan tulang. Apabila saya minta dia belikan apa2 yang saya nak, dia belikan.
Apabila saya teringin nak makan apa2 walaupun mahal, dia belikan tanpa berkira. Yang pasti, jika saya nak apa2, saya perlu minta dengan dia sebab gaji saya dah licin kan.
Tapi, saya juga mempunyai perasaan segan, saya tidak meminta sewenangnya. Banyak yang saya pendam saja keinginan saya. Sedangkan suami, tiba2 membeli apa2 yang dia suka tanpa risau.
Alhamdulillah, mujur saja suami bukan juga sejenis membazir dan tiada hobi mahal. Tetapi, lama kelamaan, yang asalnya ikhlas untuk sama2 berkongsi perbelanjaan untuk membantu suami, ia menjadi bebanan kepada saya.
Saya merasakan saya tak merasa langsung hasil titik peluh saya. Dah le suasana kerja saya sangat2 memberi tekanan. Kerja selalu balik malam tapi tiada dibayar OT. Kena marah dengan client tu biasa.
Kerja hujung minggu sampai malam pun biasa. Tapi tiada dibayar OT. Saya bekerja dengan sangat penat dan dengan bayaran sedikit.
Dan, semua gaji saya di habiskan untuk keluarga saya tanpa ada baki pun. Nak menyimpan pun tak dapat. Honestly, memang saya tidak dapat merasa gaji sendiri masa tu, nak reward diri pun tak dapat.
Awal2 saya bekerja dulu, saya pakai juga beg berjenama, tapi di ambang2 akhir kerja saya, saya pakai beg pasar malam, atau beg tiada jenama. Itu pun kadang2 dengan ehsan suami.
Adakah saya marah dengan suami ketika itu? Tidak. Saya hanya stress dan memendam awalnya.
Dia suami yang terlalu baik cuma dia terlalu selesa dibantu saya sehingga dia tidak sedar ia memberi tekanan dan bebanan kepada saya. Sedangkan dia mempunyai lebihan gaji yang banyak setelah dibantu saya.
Tapi, akhirnya saya meletup dengan tekanan kerja saya. Saya seolah2 depression. Dengan tekanan kerja dan kewangan saya sendiri. Hari2 saya mengamuk dekat suami yang saya nak resign jadi surirumah.
Asalnya, suami memang tidak bersetuju seratus peratus. Dia mengugut ingin menjual rumah dan kereta jika nak resign kerana katanya dia tak mampu nak tanggung sendiri.
Saya cakap ngan dia, awak tak percaya dengan rezeki Allah. Masa tu juga saya sudah mula belajar fakta yang sebenarnya, tempat tinggal, pakaian dan makan minum adalah tanggungjawab suami sepenuhnya.
Kenapa saya pula yang terbeban dengan tanggungjawab sebenar dia? Mujur saja makan minum bukan saya yang tanggung.
Saya terfikir sepatutnya saya hanya top up apa yang tak cukup saja dan tolong bayar kereta memandangkan itu bukan nafkah wajib. Tetapi saya terbeban dengan separuh komitmen rumah yang consume hampir sebulan gaji bersih saya yang tak sampai 3 ribu.
Hari2 saya bising, saya cakap saya kerja pun saya tak menikmati duit saya, buat apa saya kerja? Saya bekerja saya sangat tertekan. Hari2 saya mengamuk, menangis.
Dia tetap mengugut nak menjual kereta dan rumah jika saya nak berhenti. Sampai satu tahap saya memang betul2 tertekan dengan kerja saya, saya mengamuk menangis dan kata awak sanggup ke tengok saya jadi gila kerana kerja?
Bukan tanggungjawab saya pun mencari nafkah, apatah lagi kerja dalam suasana yang sangat2 stress. Berbulan2 saya bergaduh dengan suami pasal ni. Dan, ya, dia menambah belanja saya masa tu. Tapi, saya bukan nak duit dia sangat.
Hakikatnya sebenarnya saya rasa saya bekerja for what jika saya tak dapat menikmati langsung hasil titik peluh saya? Dan juga saya stress dengan kerja saya.
Ya, saya stress dengan 2 perkara masa tu,
1) nature kerja saya yang sangat stress, torture saya mentally dan physically,
2) gaji saya licin untuk komitmen rumah tangga sedangkan ia bukan tanggungjawab nafkah saya pun
Dan, akhirnya satu hari ketika saya bergaduh dengan dia, menangis2, dia cakap dengan saya, okay, awak resign la, bagi notis. Ya, saya betul2 resign setelah bekerja hampir satu dekad.
Saya resign setelah saya istikharah. Banyak petunjuk ke arah resign kerana anak2. Lupa nak mention, kerana nature kerja saya, anak2 saya terabai.
Jadi, saya pun tak hesitate langsung untuk resign. Ya, tuan puan, gaji saya tak setimpal dengan pengalaman kerja saya walaupun saya di bidang professional.
Saya memilih untuk resign terus kerana saya tau walaupun saya cari kerja di tempat lain dengan gaji lebih mahal, tekanan yang sama tetap akan menghantui saya selagi saya bekerja di bidang tersebut.
Dan, saya juga ingin resign sebab saya nak suami melaksanakan tanggungjawab dia sepenuhnya. Saya tidak mahu kaki dia terikat untuk ke Syurga kerana saya tidak ikhlas dan tidak redha membantu.
Awalnya saya ikhlas, tapi akhirnya apabila melihat attitude dia setelah selesa dibantu, saya menjadi tidak ikhlas ketika itu.
Kisah saya selepas resign? Ya, awalnya struggle sebab semua jatuh atas bahu suami tiba2 kan. Suami juga masih tetap menghulur nafkah seadanya kerana nak bermewah pun dah tak dapat.
Tapi, saya tak kisah! Kami cuba berjimat. Awalnya suami merungut dan macam tak redha sebab dia dah terbiasa dibantu isteri. Duit cukup2. Masih struggle. Alhamdulillah, tak pernah berlapar pun.
Cuma tak bermewah. Jual ke kereta dan rumah? Takde la. Okay saja kami masih boleh survive sampai sekarang. Beberapa bulan selepas saya resign, pandemik bermula.
Di situ saya mula nampak hikmah kenapa semasa saya istikharah dulu, saya mendapat petunjuk untuk resign kerana anak2.
Dan, suami juga semakin redha. Selepas suami redha dan ikhlas, Alhamdulillah, kehidupan kami makin stabil. Saya juga buat bisnes online untuk support keinginan saya. Tak banyak dapat tapi alhamdulillah.
Suami tak usik duit saya. Sekurang-kurangnya anak membesar depan mata saya. Dan, suami mula nampak berkatnya apabila dia benar2 menjalankan tanggungjawab nafkah dia.
Walaupun tak mewah tapi kami cukup. Dan, hanya selepas saya resign baru dia mampu bawa kami sekeluarga bercuti!
Dan, nafkah isteri pun dia tambah lagi. Nampak tak keberkatannya di situ. Padahal awalnya nampak macam tak cukup saja gaji dia untuk dia sorang tanggung semua. Kami pun tak tau dari mana dtgnya kecukupan tu. Tentu lah daripada Allah… Allah dah janji kan rezeki…
Saya bercerita bukan nak memburukkan suami. Tidak. Suami saya baik, sangat baik. Dia lah Sebaik-baik suami yang saya rasa takkan jumpa di mana2.
Dia banyak bertoleransi dengan saya, dia sangat ringan tulang dan sangat baik kepada anak2 dan isteri. Cuma mungkin ada kekhilafan sedikit awal2 part nafkah.
Para suami di luar, laksanakanlah tanggungjawab sebenar anda tanpa risau nanti duit tak cukup. Ikhlas kan diri anda. Sebab bila ikhlas dan redha jalan kan tanggungjawab nafkah anda, di situlah kecukupan tu akan datang, keberkatannya tu akan datang.
Dan, Percayalah kepada Allah, Percayalah dia akan memberi rezeki kepada hambaNya yang percaya kepada dia.
Rezeki tu pelbagai bentuk. Dan, jangan risau, kebanyakan isteri tak kedekut pun sebenarnya. Kita mungkin rasa dia tak membantu tapi entah2 sebenarnya banyak dia top up seperti keinginan anak2, deco barang dalam rumah dll.
Kepada para Isteri, tak salah membantu, tapi bantu lah dengan ikhlas dan jangan sampai jadi terbeban macam kisah saya.
Akhir kata, doakanlah bisnes online saya maju dan rezeki saya makin murah. Supaya saya juga boleh bahagia kan suami saya dan anak2 saya. Saya happy jaga sendiri anak2 sambil berbisnes online. Bisnes tu memang jiwa saya, jadi saya happy.
Tiada lagi tekanan kerja seperti dulu. Bisnes pun ada cabaran tapi sebab ianya jiwa saya, saya seronok. Tolong ya doakan saya ya. Sekarang ni income saya seratus dua saja sebulan tapi doakan saya mampu dapat sekurang-kurangnya 4 angka sebulan ya.
– Queen Gambit (bukan pemain catur) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit