Berkorban dan berkongsi adalah antara asas dalam rumahtangga. Kalau tak sedia nak berkorban dan berkongsi lebih baik jangan berkahwin sebab nanti akan menyusahkan anak orang.
Salam semua. Aku cuma nak meluah. Saat aku menaip ni, aku baru je lepas habiskan homemade burger aku dengan tangisan dalam hati. Aku sangat sedih dan terasa hati dengan sikap suami.
Ceritanya petang tadi kami keluar beli barang dapur. Masa balik tu tengah susun-susun barang kat peti ais aku ternampak daging burger.
Pertama kali aku tengok suami aku beli, dia teringin agaknya. Waktu tu dah maghrib jadi kami cepat-cepat mandi dan solat. Dah siap solat maghrib dan isyak, aku ajar anak-anak mengaji. Masa tu aku nampak suami aku keluar bilik.
Biasanya dia ke dapur minum air dan masuk balik sambung mengaji. Sambil aku ajar anak mengaji tu aku teringat kat daging burger tadi, rasa macam lapar pula.
Biasanya aku tak makan dah selepas maghrib tapi petang tadi aku tak makan nasi jadi macam lapar pula.
Lepas je anak-anak selesai mengaji aku perasan suami masih lagi kat dapur. Aku pun tanya anak aku ayah buat apa kat dapur, anak aku kata ayah masak burger. Kelam kabut aku bangun buka telekung semua menuju ke dapur.
Bila sampai tengok dia dah siap makan dan tengah basuh tangan. Burger tadi dah habis, dia buat untuk dia dan kongsi sikit dengan anak. Aku sangat kecewa, bab makan ni sangat sensitif bagi aku.
Aku pun cakap kat dia “kenapa abang tak panggil makan?”
Dia jawab “sayang kan selalu tak makan malam”.
Kalau ya pun ajak je la. Bukannya selalu makan burger, hari-hari kita makan nasi. Sekali-sekala makan burger teringinlah juga.
Aku kecik hati sangat-sangat tapi macam biasa, dia tak pernah rasa bersalah dan akan buat macam tiada apa yang berlaku.
Sambil menahan air mata aku terus masak dan buat burger sendiri. Sambil aku masak tu aku teringat ni kali ke berapa ratus dia buat macam ni sejak 12 tahun perkahwinan.
Tiap kali dia masak, dia akan masak portion untuk dia seorang makan. Dia tak pernah panggil dan ajak aku makan sekali. Kadang bila aku ke dapur tengok dah habis dia makan sorang je.
Kalau dia teringin nak makan sesuatu dia tak suruh aku buat,dia diam-diam masak dan makan sorang.
Apa salahnya dia cakap tolong masakkan nasi goreng, tolong buatkan abang teh. Aku ada je kat rumah tapi dia taknak minta aku buat sedangkan aku sangat suka masak apatah lagi kalau dia minta.
Nampak macam bagus tak nak menyusahkan isteri, tapi sebenarnya dia selfish, dia tak nak berkongsi hidup dengan isteri. Dia suka buat semuanya sendiri. Dia taknak masukkan saya dalam hidup dia.
Sedih bila ingat kalau saya yang masak memang sentiasa utamakan apa yang dia suka, siap je masak memang panggil dia makan sama. Kalau dia tidur saya kejut. Kalau dia sibuk kerja saya bawakan hantar kat depan dia.
Kadang saya rasa menyesal sangat kawin dengan dia, kalaulah boleh putar balik waktu. Bukanlah tak redha dengan takdir Allah, tapi benda ni sangat menguji kesabaran saya.
Saya berkahwin nak ada teman hidup, bukan suami hanya pada nama. Saya mahu berkongsi semuanya dengan orang yang betul-betul sayangkan saya. Makan bersama, berkongsi cerita dan berkongsi segalanya dalam hidup.
Ini baru cerita bab makan, belum yang lain lagi. Malas nak cerita, panjang sangat.
Sungguh saya hairan. Kenapa ye manusia macam ni tapi masih nak berkahwin. Tak payahlah ada hati nak kahwin tapi bila dah kahwin nak hidup sendiri-sendiri. Sangatlah menyakitkan.
Ini memang perangai dia sejak awal kahwin tau, bukan dibuat-buat sebab merajuk ka apa tapi memang macam ni lah dia.
Saya dah penat slow talk dan gaduh pasal ni tapi tak berubah. Nak berpisah anak dah ramai. Tak tau nak sabar macam mana lagi. Tolonglah bagi kata-kata semangat.
– Rani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kedekut nak mampos laki kau!
Aku lelaki belum kahwin rasa tahan marah baca kisah kau kak.
Aku ni bujang pun sanggup belanja kakak, adik, abang, anak saudara walaupun aku kerja sambil belajardan gaji tak semewah mereka yang bekerja tetap. Cukup makan tiap bulan sebab selalu berkongsi rezeki dengan keluarga sendiri. Urusan hidup aku mudah A sampai Z. Ada je orang tolong bila aku nak buat sesuatu. Syukur kak hidup aku bahagia berkat doa semua keluarga yang aku. Walaupun aku anak bongsu lelaki aku bangga sebagai jantan sejati
Kenapa kau teruskan perkahwinan kalau perkara sekecil makan pun laki kau berkira?
Dia bagi nafkah untuk diri sendiri dan anak je ke? Kau tu tanggungjawab dia kak.
Akue ni nak bagi nasihat lebih tak boleh. Tapi sebagai lelaki aku malu dengan sikap suami kau.
Mungkin salah kau jugak kak terlalu pendam tak pernah komunikasi baik dengan suami.
Lelaki kena terus terang kak. Ada benda tak suka terus beritahu baik baik. Lelaki tak faham kiasan. Kau pura pura ok dia anggap kau ok.
Kau boleh belajar komunikasi rumahtangga suami isteri kak kalau kau masih nak selamatkan perkahwinan. Bila kau dah berubah baru kau mampu ajak pasangan kau berubah. Mana tahu boleh pergi kursus hubungan suami isteri keluarga bahagia sama sama? Banyak program begitu zaman IT kak. Pandailah kau nak hidup. Salam
salam kak,
sy rase suami akk xnak susahkan akk..bukan sbb die xnak share ngan akk..pastu die takut klo die masakkan jugak utk akk,die risau punah diet akk..be positif kak..suami akk tu kategori baik..klo org lain,semua nk bini yg buatkan smpai bini penat pun suh masak.just my 2 sen..klo akk rase suami akk x baik, laki org lain lagi teruk kak.wslm
Hadoiii keciknya masalah ko sampai nk pisah. Kalu saya bersyukur dapat laki tak nyusahkan macam laki kau Tu. Jom tukar laki nak tak. Laki akak serba serbi nk kita buat, dia bukan kira kita demam ke, penat ke, takder mood ke, sibuk dng anak ke, langsung tak membantu. Konon balik kerja penat, habis kita pon kerja juga. Bila dia paksa akak berhenti kerja lg dasyat dia bikin, macam babu dibuatnya. Pernah ada akak masuk hospital dekat sebulan sakit yg menyebabkan kita demam kuat dan badan jadi lemah macam orang mati, ada dia kesian, mampus kau situ, kerja rumah on….. Ya Allah siksa sungguh. Sampai satu tahap akak minta pisah, terkejut beruk dia, bila akak cerita semua, dia berjanji akan berubah, mmg betul dia berubah walaupon sikit ajer, tapi akak dah cukup bersyukur. Ini dah boleh disuruh itu ini dan banyak benda hal peribadi dia, diuruskan sendiri. Alhamdulillah 😍😍😍
Tak sukanye , betul selfish suami you . kalau pun isteri tak biasa makan malam pelawa la ckp nak masak beger nak tak ? ni masak , makan sorok2 . cuba you try buat mcm tu lepas ni . you masak potion untuk you dgn anak je bile dia lapar mencari you ckp ” tadi abg tido , ingat abg dah taknak makan” nak tgok sikit reaksi dia macam mana . baru dia ade akai agaknye ,jenis tak bersyukur. Bini ni nak makan ke nak ape ke semua dok fikir suami dlu risau dia lapar ke penat ke . tapi si suami hampeh