Berkorban Demi Cinta

Assalamualaikum. Confession ini lebih kepada luahan hati dan berkongsi pandangan dan pengalaman mungkin yang pernah melalui. Terima kasih admin jika confession ini disiarkan.

Cukuplah dikenali sebagai Tini, seorang isteri dan ibu anak 2 yang berkerjaya. Sudah hampir 6 tahun berkahwin dengan suami.

3 tahun awal perkahwinan kami PJJ. Tahun ke 4 baru duduk serumah bila suami berhenti kerja dan balik kampung bekerja sendiri.

Duduk serumah maksudnya duduk di rumah keluarga suami atau mak mertua saya. Bapa mertua dah lama meninggal dunia.

Memang sebelum berkahwin suami dah beritahu akan duduk di rumah mak mertua, sebab mak mertua kurang sihat dan tinggal seorang.

Adik beradik lain tinggal di luar negeri dan balik ke kampung di hujung minggu sahaja. Saya ok sahaja sebab mak mertua memang sangat baik orangnya. Pernah jumpa dalam tempoh fasa pertunangan.

Untuk pengetahuan, secara jujur saya rasa hidup dalam tempoh PJJ lebih menggembirakan daripada adanya suami depan mata.

Asal nampak suami, apa yang saya tegur atau cakap dengan dia sentiasa ada sahaja yang tak kena di mata suami. Sampai saya rasa keliru, cakap salah tak cakap pun salah.

Ada saja keadaan saya dimarahi depan ipar dan mertua. Malu dan terasa juga hati ini tapi sekarang kalau kena lagi saya dah redha.

Semakin faham peel suami. Saya semakin pandai bawa diri dan lagipun saya ada anak2 yang boleh jadi kawan saya.

Anak2 memang rapat dengan saya sebab suami memang kategori family man tapi bab jaga dan mengasuh anak dia tak rajin dan sedikit kurang sabar.

Mungkin dia fikir isteri ada dan tu totally tugas isteri. Dia main dengan anak hanya ketika anak dah kenyang dan wangi. Yang faham saja faham.

Yang paling saya tak boleh terima, dulu sebelum kahwin dia kata jaga dan duduk serumah dengan mak dia saja.

Tapi sekarang kami 4 beranak tidur di bilik yang sama di bilik mak dia. Tak terjangkau dek akal saya. Mak mertua saya kurang sihat, sebab tu suami ambik keputusan tidur semua sebilik, senang.

Bagi saya, saya kurang selesa. Tiada privasi. Akhirnya saya bawak anak2 tidur bilik kami dan suami tidur dengan mak dia. Begitulah hingga harini.

Saya? Entahlah, dulu mula2 saya persoal juga tapi sekarang saya dah malas nak ambik port. Just follow the flow.

Saya perlukan pendapat semua, adakah apa yang saya rasa ni tak patut atau hanya saya sahaja yang mengada-ada.

Mungkin korang di luar sana rasa saya ni selfish, mak mertua sakit kot tu pun nak berkira. Atau mungkin ada yang tanya kenapa tak nak pindah.

Dalam proses, belum dapat kunci lagi. Tapi anak saya pernah tanya mertua nak duduk dengan kami ke tak, dia kata siang takpe tinggal rumah saya, malam dia nak tidur rumah dia.

Hurmmm, serba salah saya dibuatnya.

Maaf terpanjang pulak. Terima kasih admin. Alhamdulillah, saya berjaya menaip luahan hati ini dengan rasa yang sangat positif.

– Tini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *